aku pergi cek semalam dekat laman web moe.korang yang tak cek lagi boleh la jenguk di situ ataupun boleh semak melalui SMS -->
Taipkan MOE jarak MAT jarak NO. KP dan hantarkan ke 15888
Contoh : MOE MAT 920605051542
okay,aku dapat kat selangor.budak-2 sekolah aku berapa kerat je dapat kat selangor.ramai yang dapat dekat Kedah.ramai sangat weh.boleh buka satu kelas rasanya.hehe.kesian jugak dekat depaorang(eh?) sebabnya mostly duduk dekat Pahang siap bawah ketiak mak lagi,heh itu gurau.sebenarnya bila lagi kan kita nak berdikari & survive hidup kat luar sendiri kan.kenalah berlatih awal-2,kalau tak terperap lah kau kat situ.hihi.hidup kat asrama lain,hidup dekat matrik/kolej lain.kat matrik/kolej tadak cikgu nak jadi warden jaga 24 jam kita,kan?ke aku salah fakta?heh
kalau taknak masuk matrik tunggu la UPU.sama jugak kan jarak dia?jauh dari rumah.yess,harus berdikari dan aku ni bercakap bukanlah dah pandai sangat kan jaga diri.harus dan harus wehh belajar hidup sengsorang.nak cakap bebanyak pasal perbandingan F6/matrik/asasi/diploma aku memang tak pro ah tapi ada la info-2 sedikit.
sedikit info/pendapat nak di kongsikan :
Kolej-kolej Matrikulasi Terbaik
1. Kolej Matrikulasi Pahang
2. Kolej Matrikulasi Perlis
3. Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
4. Kolej Matrikulasi Labuan
5. Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
ulasan kaunselor halatuju : pada saya yang penting bukan ranking kolej matrikulasi
tetapi apa yang pelajar akan dapat capai nanti, kerana dalam permohonan ke program ijazah (selepas matrikulasi nanti) tidak dinilai di kolej mana pelajar yang memohon belajar tetapi berapa CGPA yang dicapai oleh pelajar...
yang dapat jauh-2 tu jangan jadikan jarak sebagai halangan sepertimana yang dikatakan oleh kaunselor halatuju juga :jauh-jauh pun dalam Malaysia sahaja.....
kalau belajar dalam Malaysia dikatakan jauh tetapi dalam hati kalau dapat pergi belajar ke luar negara tak apa pula.... walaupun lebih jauh dari Malaysia
sedikit gambaran matrik selangor |
Matrikulasi: Jika anda semua ‘berhati kecil’, tidak yakin dengan diri sendiri, liat untuk bekerja keras, inginkan kejayaan datang menggolek, maka eloklah anda tolak tawaran matrik walaupun ‘sebelah kaki’ sebenarnya sudah dapat masuk u .
Asasi: Anda berpeluang menikmati sesi pembelajaran dalam bidang yang anda minat serta suasana kehidupan di kampus di IPTA. Tak kena lelong ke nanti? Kalau pointer rendah tetap dilelong dan kena ambil kursus yang tiada kena mengena dengan bidang semasa di Asasi.
Diploma: Menyediakan anda untuk bekerja selepas tamat diploma. Nak sambung degree, tempat agak terhad kerana keutamaan diberi kepada lepasan STPM/ Matrik/ Asasi. Tak kena lelong? Betul…. tak dilelong sebab lepasan diploma ni kalau tak dapat tu, tak dapat la sampai habis. Kalau nak dapat, kena pointer tinggi-tinggi. Bila dah masuk U, hanya U tertentu saja yang serapkan pelajar diploma dia sendiri terus ke tahun 2. Yang lain, masuk tahun 1 macam orang lain juga.
harap-2 info tersebut membantu kalian dan juga aku untuk membuat keputusan sama ada di mana ingin meyambung pelajaran.apa yang penting untuk mendapat keputusan terbaik ialah dengan solat istikharah,Dia sentiasa ada untuk kita:)
0 smile (s) here :
Post a Comment