heee,seperti sedia maklum.19 mac lepas adalah hari aku kena test JPJ untuk mendapatkan lesen P bagi motosikal dan motokar.malam sebelum tu,aku rasa macam memang cuak gila.taktahu lah kenapa.sejuk kaki.halamak.
hari tu,pergi la kat PLMP tuh.tak masuk pagar lagi,dah nampak dah berderet kereta di susun.ahaha,semua dah kecut perut.masuk pejabat,ambil nombor giliran.untuk moto aku kena nombor 31,untuk kereta kena nombor 5 sesi kedua.
#test moto,jpj tuh dah panggil nama.pastu amek la moto tuh.tetiba sampai kat brek kecemasan terlebih line putih tu bila berhenti.hahak.habislah aku.pergi la jalan terus then JPJ buat arahan untuk terus ke bahagian 3.maknanya dah gagal le tuh.hokhok.teruskan dengan bahagian 3.alhamdulillah lulus.muehehe.
#test kereta, selepas dah habis test moto tu tunggu pulak untuk kereta.dah kena panggil untuk bahagian 2 yang bukit,side parking dan 3-pointer.wuahha.yang nak buat parking bukit tu,naik kali pertama macam tk mencecah 50% line kuning pun.undurla balik.naik lagi sekali.macam tak ok je tapi aku angkat tangan gak.bereh ah tu kalau JPJ tu tak cakap pape.buat teknik nak turun seperti biasa,haha.rasa macam nak berdrift pulak.bunyi enjin kuat..pergi untuk side parking,tu oke je.yang 3 pointer tu pulak cam terseka-2 je tapi alhamdulillah okay:) masa nak tandangan tu terketaq-2 tangan.waduhaii,haha.
masa nak buat bahagian 3 tu tunggu la.usha-2 muka JPJ mana yang baik hati.haha.ceytt,ada plak satu kete ni kosong je.JPJ yang dalam kereta tu pun honhon je.dan aku pergilah menuju ke kereta tersebut.kereta VIVA tu.tkpenah aku sentuh sebelum ni.selama ni berlatih guna kereta kancil je kan.pasrah je la.cewah.masuk>beri salam>buat apa yang patut>dah nak turunkan henbrek dah ketat pulak.muahaha.cuba berapa kali tk boleh juga.pastu pakcik tu tolong la.haha.nasib dia tk gagalkan terus.nak jalan plak,lepaskan clutch tekan minyak.deng,mati plak kat situ.aku pun senyum sipu-2 dan start balik kereta tu.debor dah ni.lepaskan clutch lagi dan tekan pedal minyak.alhamdulillah,berjalan dengan baik.hoho.
jalan la seperti biasa.sampai nak belok kat pasar tu,aku macam terlaju sket.pusing je stereng macam dah nak melayang dah.haha.aku dalam hati jangan la JPJ tu tanda yang membawa secara bahaya.haha.dan selepasnya harus belok ke kanan tapi tiba-2 dia suruh belok kiri.in sama ada dia nak cepat atau aku dah gagal.huwaaa.pastu aku tanya dia, ''balik terus ke?'' pastu dia cakap ''yelah,balik terus laa'' aku pun bawak balik terusla.haha.dah sampai,dia suruh tulis nama & tandatangan.pastuh keluar kereta cakap terima kasih.tengok result.17/20.wuhhooo!lulus.ya allah,bersyukur rasanya sebabnya aku buat pakej biasa je.em emmm:)
yeahh,dah gagal bahagian 2 moto tu mesti kena ulang balik kan.dan aku ulang 2 april baru ni.lama lah pulak nak tunggu sebabnya aku daftar lambat walhal yang ulangan harus didahulukan dahulu.hehe.nak pukul 11 lebih kot.terik woiih.sabow je lah.time dia panggil nama aku,pergilah naik titi.buat macam biasa.fufuhhh,nasib lulus.wehheee,secara tkrasminya dapat la lesen P.sebabnya tk dapatpun lagi yang betul-2 punya lesen.dalam seminggu dua ni dapat la.tapi lepas ni aku taktau la bawak kete ke tidak.yang moto tuh pasti la sebabnya hampir tiap hari pergi bawak moto.kali ni kira ada insurans lah.tak kena saman kan kan n.n
TIPS-2 bagi korang yang nak hadapi test JPJ ni
1.bertenang je y.y
2.bawa air mineral dah dibacakan al-fatihah -lepas tu minum la yek
3.budi bicara dengan JPJ tu perlu -ambil hati katakan
4.masa nak naik titi tu,press minyak pastuh tekan brek kaki-inshaa allah stabil nanti bila bawak moto atas titi
5.yang penting baca doa sebelum naik kenderaan :)
sori,entri agak panjang T.T
7 smile (s) here :
congrates sue ^.^
@ar_waniey : thanks!
untunglah ada lesen motor XD
tahniah sue,wallaweh dia. 'balik terus ke?' 'yelah,balik terus lah' haha >< part tu klako
hai, blogwalking here. nice blog ^^ and join please...
http://farsyawidodo.blogspot.co.uk/2013/04/segmen-whos-lucky-and-whos-not.html
Sue, takutt :( tangan aku sejuk baca blog kau
piqah:haha,untung mende gopp
shima:tulah,malu-2 je ngan JPJ tu
Farsya:ok,thnks for the blogwalking
lunia:pergh,hebat betul aura ni.haha
Post a Comment