Photobucket

March 21, 2010

bace la kwan2 kuh;p

Dunia semakin tua, ibarat menunggu kapan akan hancur. Fitnahnya berlaku di mana-mana. Ketika bi’dah disunnahkan dan amalan sunnah menjadi bidah. Akhir zaman kini, berlaku banyaknya fikrah-fikrah, jama’ah-jama’ah dan parti-parti. Hanya satu yang selamat di sisi Allah iaitu fikrah an-najihah.

Siapakah fikrah an-najihah itu? Adakah tabligh, pas, hisbut tahrir, salafi, wahabi, asy ‘ari, umno, abim, ikhwatul muslimin dan lain-lain lagi? Hanya Allah yang maha mengetahui. Yang pastinya, mereka yang berpegang kepada al-Qur’an dan sunnah itulah fikrah an-najihah yang selamat dan benar itu.

Malangnya kebanyakan kelompok atau jama’ah kini banyak yang mendakwah termasuk fikrah an-najihah. Tapi, jauh dari pegangan al-Quran dan Sunnah. Malah berbaur khurafat dan bid’ah. Para pendahulu kita para sahabat, tabiin dan tabi’it tabi’in adalah sebaik baik umat selepas kewafatan rasulullah saw. Mentakfirkan atau mengkafirkan jauh sekali. Selagi “ kalimah laa ilaha illa Llah” telah diikrarkan, dia tetap muslim sampai bila-bila.

Bahana taksub, antara faktor timbulnya perpecahan dan kebencian antara umat Islam dari dulu sampai sekarang. Mereka menganggap jamaah atau kelompoknya yang paling benar. Akhirnya, mereka mengagungkan jamaah sendiri. Mengutuk dan mengkafirkan jamaah lain. Bukankah sepatutnya kita saling mengislah dan bertolak ansur dalam hal-hal yang diikhtilafkan atau diperselisihkan dan berkerjasama dengan perkara-perkara yang disepakati. Permusuhan sesama saudara semuslim semakin menjadi jadi.

Alangkah indahnya jika kita seperti iman as-Syafi’e dan Iman Malik (semoga Allah merahmati mereka berdua). Di antara murid dengan guru. Iman syafi’e dalam fatwanya menyunnahkan Qunut sedangkan gurunya Imam Malik tidak. Ketika Imam as-Syafie Qunut imam Malik akan turut qunut. Begitu juga sebaliknya, apabila Imam Malik menjadi iman di kala subuh beliau tidak berqunut maka imam as-Syafie sebagai makmum tidak Qunut.

Ini antara salah satu contoh yang perlu kita ikuti. Iaitu perlunya ada keterbukaan, kelapangan dan tidak memudah menolak pendapat orang lain. Selagi ia tidak bertentangan dengan al-Quran dan sunnah. Namun perlu diingat setiap amalan yang kita lakukan hindari dari taqlid buta atau ikut-ikutan tanpa ada nas baik al-quran dan hadis, ijma ulama dan qiyas.

Sedih rasa hati penulis melihat banyaknya blog-blog Islam kita yang katanya berpegang kepada Al-quran dan sunnah saling mengkafirkan, Saling mengutuk antara satu sama lain, saling benci membenci dan 1001 akhlak negatif yang ditonjolkan. Padahal ulama imam al-mazaahib atau imam mazhab menghormati pendapat orang lain selagi ia tidak bertentangan dan berpandukan pada hujah dan dalil-dalil benar.

Perlukah kita mempermasalahkan qunut atau tidak qunut? Atau membaca yasin pada malam jumaat atau tidak? Atau tahlil atau tidak. Padahal masing masing punya hujah dan dalil-dalil. Sedarkah kita masalah umat lagi besar berbanding masa’alah furu’(cabang) ini. Masyarakat semakin keliru untuk memilih manakah Islam yang benar. Akhirnya lari dan takut mendekati masjid. Takut mengikuti pengajian dan taklim. Takut menghadiri ceramah dan tazkirah.

Penulis hendak mengajak para pembaca agar bersifat terbuka dan berlapang dada. Sematkan pada diri sikap husnuzhan atau bersangka baik kepada orang lain. Serta ikhlaslah dalam mengemban dakwah ini. Jika timbul su’uzan atau perasangka buruk kepada saudara kita semuslim walaupun berlainan aliran dan jama’ah beristigfarlahlah dan bertolak ansurlah dalam perkara yang diselisihkan itu. Ketahui sifat su’uzan ini adalah sifat mengikut hawa nafsu dan telunjuk syaitan semata.

Kalau nak mengkafirkan, membenci, muak, dendam,marah tujukanlah pada Yahudi laknatullah dan sekutunya Amerika yang terang-terangan memusuhi umat Islam di seluruh dunia. Membunuh saudara-saudara seislam kita. Baik itu di Palestin, Iraq, checnya,Khasymir, Patani, Filipina, poso, ambon dan banyak lagi. Sudah-sudahlah membenci sesama kita. Penulis khuatir Allah akan menhalang kita memasuki syurganya dan ridha atas amalan dakwah yang kita buat akibat perkara ini. Wallahu ‘alam Bisshawab.

March 15, 2010

PMR victim.

assalamualaikum.peepss:)


kat bawah ni kwan2 aq!! doakan la kami yer c0z
this year we gonna  sit 4 PMR!! 



2 PERKASA 2009


3 PERKASA 2010

SSTRAIGHT A's TOGETHER!!

oke la.nak gi bce buku.salam~


 
Copyright sns-sitinur.blogspot.com :)