Photobucket

September 12, 2015

Interview #3 : Asasi UM

          




ASSALAMUALAIKUM. setelah sekian lama tak update blog. Setahun lebih rasanya. haishh. Sekarang dah dah habis pun PASUM tapi nak share lah juga pengalaman interview sebelum masuk PASUM. Alah,yang korang isi UPU then ada certain kos and U yang kena hadapi interview dulu. Untuk yang PASUM ni,eh tau ke PASUM tu apa? PASUM stands for Pusat Asasi Sains Universiti Malaya. Biasanya untuk lepasan SPM yang isi UPU kalau nak dapat PASUM, kena buat first choice lah kat UPU tu. Ini adalah disebabkan Universiti ni demand sikit eh bukan,dia kan Universiti terunggul di Malaysia (eceh). 


           Biasanya lepas dua minggu adik-2 apply UPU, dia akan umumkan bila nak cek untuk interview. Untuk pengetahuan batch kami (batch 37) adalah batch pertama yang ditemuduga untuk kemasukan PASUM sesi 2013/2014. So, tak dapatlah nak tanya mana-2 senior soalan yang di jangkakan keluar. Hahah.



            Macam biasalah kena la tanya Pakcik Google soalan-2 lazim untuk  temuduga ni. Interview ni tak silap la dia buat kat setiap zon. Mula-2 aku dapat tempat IV kat UM Nilam Puri kat  Kelantan . Ada juga kat selatan,tengah dan Sabah Sarawak. Tapi aku minta tukar ke UMKL sebab lagi dekat berbanding Kelantan kalau nak pergi. 



            Seingat aku, aku dapat interview hari Selasa. Sesi IV ni dia buat dalam beberapa hari. Aku datang awal masa tu sebab dapat sesi awal. Malam sebelum tu dah round dah UM, cari tempat nak attend IV. kat surat tawaran dia tulis Auditorium Kompleks PASUM (lebih kurang camtu). First time aku round UM, Ya Allah besar amat. Padahal PASUM punya building secoet je kat situ. Yang lain-2 semua fakulti-2 budak degree. okay sambung-- 



             Hari IV tu memang sesak gila nak masuk kompleks PASUM tu tapi Alhamdulillah la dapat tempat parking yang strategik. Outfit of the day ialah baju kurung kuning. Nak bagi tips tentang pemakaian. Pakai lah baju yang formal dan sopan untuk temuduga ni walaupun untuk asasi je tapi kena biasakanlah sebab lepas ni banyak lagi korang kena attend IV.


             Sebelum masuk ke Audi tu ada kena cek dulu group and time to be interviewed. Seingat aku, aku dapat dalam 10.30 camtu. Awal jugaklah. Masuk je Audi,fuhhh bapak segala ekon (aircond) ke apa dia pasang. Terbang-merbang kain. Haha.First Impression, besaq gila bakhang Audi ni. Aku tak terfikir pula kuliah sebenarnya belajar kat situ. Kerusi semuanya pink. Dah masuk pulak kena sign then kena amek borang kuning. Aku pon amek port tempat duduk. Ramai ohh dalam tu. Baru pukul 8.00 taksilap aku time tu. Semuanya eksaited nak kena IV. 

            Tunggu punya tunggu tibalah nama aku dipanggil,sekali dengan budak group. Yeah,IV ini di buat berkumpulan. There's pros and cons. Tunggulah kat luar  bilik untuk di IV. Dah boleh kenal la sape bebudak group kita masa tu. Then,aku kenal-2 la dengan mereka. Al-kisahnya terjumpa budak yang pernah masuk sekolah aku dulu tapi sekejap je pastu dia keluar. Ehehe. Yang di jadikan cerita semuanya dari Pahang tapi sorang je dari KL. Tung tang tung tang borak-2 cuak sebelum masuk IV.


*****************************

         Dah masuk tu  ( dalam 5 orang kot,tak ingat sudah ==') kitorang pun duduk. Introduce yourself one by one. Seingat  aku ada dalam 3 orang IVer. Dan dan dan rupanya salah sorang tu lecturer fizik aku masa sem 2 (sebab tulis ni lepas habis asasi enn ahah) . Then, soalan tu dia bagi situation ada macam dapat duit la. Then korang kena bagi solution untuk buat apa. Ada la dia bagi 3 jawapan and pilih jawapan tu. Ini kena bincang ngan rakan dalam tu untuk dapat persefahaman. Oh lupa, masa lepas kena introduce tu IVer tu tanya la kenapa nak masuk UM. Prepare lah jawapan korang siap-2 ye. Be kretip gituh. Lebih kurang 20 minit kot. Then, dengan leganya keluarlah dari bilik tu.Fuhh,habis. IV asasi je pon, kah. 

        Aku jumpa la ayah aku dengan kakak aku lepas tu. Kitorang nak gerak gi PWTC sebab masa tu ada pesta buku. Lepas tu terus balik naik bas sebab ayah aku ada kursus kat Genting Highlands. Huu. Okay,hopefully korang dapat la sedikit sebanyak input dari entri ni. Sumpah weh berzaman aku tinggalkan draft menda ni tak sempat nak post. Dan actually aku sekarang dah masuk tahun dua untuk degree. Haa, nak tau kat mana aku sambung belajar, tunggu next entri yang taktau bila nak keluar. Nanti aku share pulak IV untuk masuk degree plak lepas PASUM dulu, okay? Assalamualaikum!


   
     










 
Copyright sns-sitinur.blogspot.com :)