Photobucket

May 6, 2013

Hadiah selamat sampai | GA dearxila.my

Assalam.sekian lama menunggu hadiah dari seseorang,rupanya hari ini telah sampai.hahah.hadiah tu dari sorang blogger.nape aku dapatkan?sebabnya aku ada join satu gieaway dia.menanglah giveaway tu.siap dapat hadiah esklusif lagi kau.hahah.hadiahnya ialah necklace hello kitty.waalaaweeh.




besar sampul dia tapi bila pegang nipis je.aku pun hairan,hadiah patutnya kecik je kan. rupa-rupanya dalam tu ada sampul kecil yang comel :)



abaikan jari telunjuk ku.hehe.comelkan akak yang lukis tuh.


tengok dalam sampul putih tu ada ni,hailaaa.sangat comel maa. inilah aku first time dapat rantai.hahahahaks :P




terpegun tengok rantai ni.aku suka buat hiasan benda-benda cenggini.lagipun kalau pakai pun memang aku alergik habis lah.cincin dan gelang apatah lagi.tadi pun cuba pakai sekejap,berapa minit lepas tu mula dah alergik kegatalan dia.haahaah.

terima kasih kepada kak dear xila kerana buat giveaway tersebut dan kepada sponsor necklace hello kitty ini:))


May 4, 2013

Interview #2 : Yayasan Pahang



di sebabkan aku anak Pahang,aku pergilah minta pinjaman pendidikan dari yayasan Pahang.hanya meminta tapi taktahu lagi untuk kos apa.pada suatu hari...dapatlah mesej dari YP katanya kena pergi interview untuk pinjaman Ijazah Perbankan Islam dan Ekonomi pada 25 april 2013.wuahha,memang terbaik kan.sehari selepas aku IV JPA.

kenapa dapat untuk Perbankan Islam?sebabnya masa isi borang tu dia ada tawarkan untuk tiga negara iaitu Mesir, Jordan dan Morocco.aku dah lah taktahu mana satu nak pilih dan kos apa yang dia tawarkan.jadinya,aku tinggalkan kosong je la kat situ.haha.ada satu hari selepas aku hantar borang permohonan,ada orang telefon.dia tanya nak amek yang mana.dia sarankan Jordan.aku tanyalah untuk kos apa ye?dia cakap perbankan islam,dalam fikiranku,ni mesti yang IKIP punya program tuh.aku tanya dia lagi,yang mesir tu untuk apa?dia cakap MEDIC.heh,aku memang 'minat' la medic.takdelah,medic adalah bukan sasaranku walaupun mak ayah suruh.Allahu,jangan lah jadikan aku anak derhaka.aku cakap je la yang Jordan tuh.hehe.




sepertimana yanng kukatakan tadi interview tu hari Khamis/25 April.aku pun pergilah menumpang Husna Amalia dan Anis Amira.seawal 7 pagi bertolak dan sampai dalam 8.30 la.dah ramai dah woihh.pergi masuk bilik sembilan dan daftar.jumpalah kengkawan.memang ramai.huahhaa.best la jugak sebabnya jumpa ramai kawan baru.dia divide 3 bilik untuk 3 kos.medic-mesir,Jordan-Perbankan Islam dan Morocco-Pengajian Islam.yeyehh,memang ramai lepasan kuliah.lebih tua setahun la dari lepasan SPM.hehheh.

untuk sesi IV dia panggil ikut nama rupanya.nama aku dah lah bermula dengan huruf S.memang last laaa.beborak lah dulu.tanya-2 kawan yang dah kena IV.tunggu la nama aku ni bila la nak di panggil.dah 12.30 dah ni.perut buat konsert lagu apa taktahu.nasib aku bawak bekal jemput air tangan mak aku buat alas perut.sempat lagi aku tidur masa tu.haha.okay,aku memang konpem 120% kumpulan last sebabnya tinggal lagi 6 orang.yang untuk kos lain tu ada tinggal sikit-2 lagi.ngeh.





okay,sampai masanya dipanggil.masuk ke dalam bilik.ada 2 orang panel.seorang lelaki dan seorang perempuan.yeeyeeh!!!*dah tetiba*haha.mula-2 tu dia tanya la biodata semua berdasarkan apa yang kami lampirkan bersama borang permohonan dulu.

lepas tuu,yang perempuan tu(kuat betul slang english dia) tanya dalam bahasa inggeris tapi dia suh jawab arab.amenda ntah soalan pertama dia tapi di sebabkan ramai yang tak jawab(hehe,lama dah tinggalkan arab,jahatnya!!).soalan seterusnya "it's a simple question,what do you see from the window behind you".muahahaha,memangla senang kalau jawab BI/BM tapi dia nak arab.aku pun jawab dengan kelakarnya,"unazzimu as-sajarah jamilah".haha,ayat cam kopipes dari orang sebelah aku je.dah aku tatau nak jawab pe,kahkah.lepastu dia bagi nasihat la,aku translate yeee,kalau nak duk Jordan kena la pandai cakap arab....bla...blaa(lupa dah).hehe

habis yang tu,dia tanya dalam inggeris jugak tapi depend on kita nak jawab BI/BM.dia tanya "how science and technology can generate the economy in Pahang"..aku pung jawab lah dengan adanya ICAM.cecewah.haha.tiba-2 ada sub soalan la pulak dan aku maleyh jawab.ahaha.lama jugak dalam tu tapi duk senyap je semua orang.hehe.dah habis tu keluar laa..done with the IV.

sebelum masuk bilik yang kat dalam dewan tu berialah cari pasal muamalat memandangkan kami ni bakal mengambil kos Perbankan Islam.dah,perbankan islam pun aku tatau acano tuh?teruk aok.tapi yang belajar dalam Pendidikan Syariah Islamiah tu tau lah sikit-2 pasal muamalat.macam-2 nama ada:mudarabah,syarikat,...........(lupa lagi). (y)

lepas tu balik la dengan ayah Husna Amalia.dalam kereta tu Husna pasang CD hafiz hamidun dan lagu tuh aku tak pernah dengar sebelum ni.aku pun cari lah kat youtube dan jumpalah lagu tersebut.sodap giloos ekau den kabo.hehe.jom dengar....




April 27, 2013

tawaran ke matrikulasi

ohh heeh,post ke dua untuk hari ni.aku pasti ramai lepasan SPM2012 kat luar sana dah cek untuk matrik diorang.alhamdulillah bagi yang berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi dan jangan bersedih jika tidak mendapat tawaran.UPU kan ada lagi,chill:))





aku pergi cek semalam dekat laman web moe.korang yang tak cek lagi boleh la jenguk di situ ataupun boleh semak melalui SMS --> 


Taipkan MOE jarak MAT jarak NO. KP dan hantarkan ke 15888
Contoh : MOE MAT 920605051542

okay,aku dapat kat selangor.budak-2 sekolah aku berapa kerat je dapat kat selangor.ramai yang dapat dekat Kedah.ramai sangat weh.boleh buka satu kelas rasanya.hehe.kesian jugak dekat depaorang(eh?) sebabnya mostly duduk dekat Pahang siap bawah ketiak mak lagi,heh itu gurau.sebenarnya bila lagi kan kita nak berdikari & survive hidup kat luar sendiri kan.kenalah berlatih awal-2,kalau tak terperap lah kau kat situ.hihi.hidup kat asrama lain,hidup dekat matrik/kolej lain.kat matrik/kolej tadak cikgu nak jadi warden jaga 24 jam kita,kan?ke aku salah fakta?heh


kalau taknak masuk matrik tunggu la UPU.sama jugak kan jarak dia?jauh dari rumah.yess,harus berdikari dan aku ni bercakap bukanlah dah pandai sangat kan jaga diri.harus dan harus wehh belajar hidup sengsorang.nak cakap bebanyak pasal perbandingan F6/matrik/asasi/diploma aku memang tak pro ah tapi ada la info-2 sedikit.

sedikit info/pendapat nak di kongsikan :



Kolej-kolej Matrikulasi Terbaik

1. Kolej Matrikulasi Pahang

2. Kolej Matrikulasi Perlis

3. Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

4. Kolej Matrikulasi Labuan

5. Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan


ulasan kaunselor halatujupada saya yang penting bukan ranking kolej matrikulasi 
tetapi apa yang pelajar akan dapat capai nanti, kerana dalam permohonan ke program ijazah (selepas matrikulasi nanti) tidak dinilai di kolej mana pelajar yang memohon belajar tetapi berapa CGPA yang dicapai oleh pelajar...



yang dapat jauh-2 tu jangan jadikan jarak sebagai halangan sepertimana yang dikatakan oleh kaunselor halatuju juga :jauh-jauh pun dalam Malaysia sahaja..... 
kalau belajar dalam Malaysia dikatakan jauh tetapi dalam hati kalau dapat pergi belajar ke luar negara tak apa pula.... walaupun lebih jauh dari Malaysia 





MATRIKS : BOLEHKAH MENUKAR ALIRAN?

Pertukaran Jurusan Sains kepada Perakaunan dibenarkan. Hantar surat rayuan kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi.

Pertukaran Jurusan Perakaunan kepada Sains TIDAK dibenarkan.

Pertukaran Aliran Sains Hayat kepada Sains Fizikal atau sebaliknya dibenarkan dan rayuan dibuat kepada pengarah kolej ditempatkan.

Pertukaran dari Aliran Teknikal kepada Sains atau sebaliknya perlu disalurkan kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi sahaja.

sedikit gambaran matrik selangor


Matrikulasi: Jika anda semua ‘berhati kecil’, tidak yakin dengan diri sendiri, liat untuk bekerja keras, inginkan kejayaan datang menggolek, maka eloklah anda tolak tawaran matrik walaupun ‘sebelah kaki’ sebenarnya sudah dapat masuk u .


Asasi: Anda berpeluang menikmati sesi pembelajaran dalam bidang yang anda minat serta suasana kehidupan di kampus di IPTA. Tak kena lelong ke nanti? Kalau pointer rendah tetap dilelong dan kena ambil kursus yang tiada kena mengena dengan bidang semasa di Asasi.


Diploma: Menyediakan anda untuk bekerja selepas tamat diploma. Nak sambung degree, tempat agak terhad kerana keutamaan diberi kepada lepasan STPM/ Matrik/ Asasi. Tak kena lelong? Betul…. tak dilelong sebab lepasan diploma ni kalau tak dapat tu, tak dapat la sampai habis. Kalau nak dapat, kena pointer tinggi-tinggi. Bila dah masuk U, hanya U tertentu saja yang serapkan pelajar diploma dia sendiri terus ke tahun 2. Yang lain, masuk tahun 1 macam orang lain juga.





harap-2 info tersebut membantu kalian dan juga aku untuk membuat keputusan sama ada di mana ingin meyambung pelajaran.apa yang penting untuk mendapat keputusan terbaik ialah dengan solat istikharah,Dia sentiasa ada untuk kita:)



Interview #1 : Program Khas Kejuruteraan Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ)

Assalam:)lama betul tak menulis.okay,disebabkan application aku untuk MARA di tolak semena-menanya.haha.cewah,yelah mana taknya SPM result aku sebenarnya 10A1B.Bi B+,pheww.memang melepas untuk MARA.hahaa.takpe,aku pun apply jugak untuk JPA ni.padahal engineering,dahlah ayah aku tak kasi.ngehngeh


bila dah boleh cek untuk JPA,aku pun cek la dah aku pun dapat.biasa je perasaan dia.haha.cakap kat ayah aku nak pergi,ayah aku pun macam takbenarkan je.tapi aku nak gi jugak sebab nak cari pengalaman interview.tak kisah la kalau tak dapat.dah orang lain semua dah ada pengalaman interview.aku je tak gi mana-2 IV (interview) .Mara tahun ni tak buat IV,dorang buat IQ test.yang mara-jpa buat IV.aku pun tanya la budak-2 yang pergi IV MARA-JPA.ada la jugak kawan-2 aku yg dah pergi share dorang punya pengalaman.










yang atas tu surat tawaran dia.okay,berbincanglah dengan makayah aku cane nak gi sebabnya ayah aku kena gi kursus.keputusannya,aku gi tido kat umah mak sedara aku supaya esok dia boleh tunjukkan jalan untuk mak aku yang nak hantar aku kat UIA.hehe,berbelit ayat.dahlah pergi awal konon takut jem strauberi berlaku.haha.sampai je pergi lah parking,pergi usha tempat tu.tadak orang lagi.yelah,dalam pukul 7.30 sampai.haha.ada jumpa staff tu,dia kata "awalnya datang" hehe.yang sorang lagi dia pergi tunjukkan tempat nak daftar ngan toilet.hehe.

tunggu lah sampai kaunter tu bukak.dalam masa tu ada la yang datang.mostly chinese,tadak pulak india.bila kaunter pendaftaran dah buka,pergi la daftar dan bagi apa yang dia minta tu.aku org yang kedua mendaftar.then,dia suruh cari nama,tandatangan dan tengok nombor.no 10.dahlah kumpulan pertama.weewit.dia bagi tag num 10.

selepas semua orang dah mendaftar,ada sedikit briefing untuk SAC & temuduga tu.nama orang tu Nazri,dia sruh beratur dan pakai tag nombor tadi.tiba-2 dia cakap "eh,yang pakai nombor sepuluh tu macam dah datang semalam".heh.malu seketika.ahak.


then,bermula SAC(student assessment centre)dan temuduga.sepertimana  yang sedia maklum,JPA start tahun lepas dia menggunakan sistem ini di mana ada 3 bilik dan calon akan masuk ke setiap bilik.okeh,meh aku terangkan lagi kegelapan korang yang terkedu je baca apa yg aku tulis nih.haha.

3 bilik = 3 group,maknanya dia akan rotate untuk setiap bilik.so,pagi yg aku kena  interview tuh ada 3 grup.satu grup sepatotnya 10 orang.memandangkan hari tu ada orang tak datang,gruop aku jdi 7 orang je.bilik pertama yg aku dapat ialah bilik penyelasaian masalah.full bahasa melayu.yang kedua case study,full in english.dan bilik ketiga di panggil bilik temuduga: dia akan kasi satu soalan dalam BI dan jawab dalam BI dan satu soalan dalam BM dan perlu jawab dalma BM.



                     

meh aku ceghita pasal IV aku tu,lai lai...

BILIK SATU:PENYELESAIAN MASALAH(BM)

bila dah masuk bilik tu,dah nampak dah ada kerusi bersusun.beri salam semua,dia suruh duduk.ada dua orang panel seorang lelaki dan seorang perempuan.dia bagi task di mana kami perlu berbincang sesama sendiri,tulis di kertas mahjung dah bentang.task : langkah-langkah mengatasi buli dalam negara Malaysia.haaa,macam kena buat karangan kan tajuk dia.panel tu bagi 25minit untuk bincang dah 15 minit untuk bentangkan.

kitorang tak kenal saru sama lain.ada sorang ni dia minta kertas lah untuk catat-2 apa yg nak kitorang tulis.pastu dia cakap pe kata kita taaruf dulu.haha.okay,nama dia yg tukang catat-2 tu hafizi.then,rafi,dia ni aku pernah kenal la sebelum tapi tak pernah ckap sebab pernah satu grup ngan dia  kat PISSA dulu,budak semsas.imran,ni muka dia macam pernah jumpa tapi di mana ya.penat aku fikir tapi tetap takjumpa.yang sorang lagi ni nama dia TEY je aku ingat,hehe.dia budak cina.4 orang lelaki grup aku.yang perempuan sekali dengan aku dua orang budak cina.sorang tu dia suruh panggil KHOO je,dari raub.sorang lagi panggil HUIQII,dari Alor Akar je.dan sorang lagi aku lah.cukup kan 3 orang.

time kitorang bincang tu kitorang brainstorm dulu pasal punca buli.dan seterusnya kami bincang  langkah-2 dia.masa tu kami pecah kan lagi kepada dua kumpulan.itu untuk tulis la point apa yang patut.disebabkan aku suka tulis(hah?),aku angkat tangan kata nak tulis.dah siap tulis tu,divide la sapa nak cakap yg ini yang itu.dah lebih dah ni 25 minit dan panel tu kasi extra 5 minit.

dah masa untuk bentang,kami bentanglah mengikut apa yg di tulis.aku dapat point last.lepas tu ada la yg menambah-2 skit.panel tu ada tanya 'bagaimana yang ayahnya imam dan ibunya seorang yang alim tetapi anaknya pembuli.soalan ni aku jawab la.hehe.dah habis tu,salam la dengan panel.cakap terima kasih semua:)



BILIK DUA : CASE STUDY (BI)

panel dua orang juga.berumur sudah dan sorang tu berkopiah.hehe.ni panel-2 ni dia amek lecturer dari U yang terdekat.dia suruh bincang 'how the subject can enhance the sense of belonging among the youngster'.subject dia ialah datuk Lee Chong Wei.dah lah kena cakap inggeris kan,sonyap sedikit drpd yg BM tadi.hehe.aku pun tambah-2 menda dorang cakap.then,aku yg tulis lagi.heww,takpo  naa.haha.pastu bentang macam biasa.dah habis bentang tu panel tu tanya la kenapa pilih oversea,haa,aku pun jawab la dengan sehabis baik mungkin.dia tanya lagi,apa yg patut buat dengan sports arena ni jika anda semua jadi engineer.bape kerat je yang jawab.haha.eh,durasinya sama je macam yang pertama tadi.



BILIK KETIGA : BILIK TEMUDUGA (BI&BM)

yang ni bilik yang terakhir lah kira.bila masuk blik tu sama juga,ada dua orang panel,seorang lelaki(india) dan seorang perempuan.dalam bilik ni je kitorang duduk atas kerusi yg di sediakan sebabnya untuk bilik yang sebelum ni kami duduk kat lantai yg ada karpet tu kan,kerusi semua tolak tepi.heheh.soalan pertama adalah dalam BM berbunyi 'bagaimana untuk meningkatkan kualiti pengangkutan awam di Malaysia'.dia suruh bincang-2 dulu,nasib aku bawak masuk buku nota,kira boleh la catat2 apa yang patut.yang untuk ni,dia akan tanya sorang-2 tapi kira untung la sebab tahu kan apa dia soalannya.nasib lah aku nombor 10,jadinya jawab last skali.nasib lagi orang-2 sebelum aku tak bagi point yang aku nak jawab.haha.

nak tau apa yang aku jawab??letak CCTV dalam setiap pengangkutan awam.huaahhaa.memang puas hati betul prof india tu.tapi awas,untuk sesi ini dia akan condemn kita dan terus-menerus pangkah kita.mungkin aku yang last kot so dia tak banyak pangkah aku la.aku perasan yang awal-2 tadi banyak kot dia berdebat ngan member-2 grup aku tuh.perasaan malu lu tidak la jika kena pangkah sebab semua orang akan dia debat.hohho.

untuk soalan BI lak,lebih kurang macam ni lah : kalau masa awak belajar kat luar negara,ada seorang wakil kompeni ni dia tawar kerja kat negara tu.apa respon kami yang di taja JPA ni.aku jawab la aku tolak sebab kita dah ada kontrak dengan JPA.yg prof pompuan tu dia pangkah,tapi kalau awak terima tawaran dia awak akan dapat gaji besar dan boleh bayar balik kepada JPA.aku cakap la aku taknak bayar sesen pon kat JPA.heehee v.v

habis sudah interview ku pada hari itu.memang best jugak la,dapat kawan baru.aku tak aim sangat nak dapat tapi aku aim nak dapat pengalaman je.yes,,now i have the experience in interview.heheh,tercapai hasratku.esoknya pulak aku ada interview untuk pinjaman Yayasan Pahang.nanti aku cerita pasal tu pulak.ohehh,nak bagi sedikit tips mungkin ada adik-2 atau rakan sebaya atau senior-2 yang nak pergi interview.tak kisah lah kan interview apa.jom..

TIPS INTERVIEW

sebelum temuduga

  • cetak apa yang di perlukan
  • cari seberapa banyak mungkin info berkaitan dengan temuduga/kos tersebut
  • berlatih speaking depan cermin supaya menjadikan diri anda lebih yakin
  • buat sedikit catatan pasal nak perkenalkan diri,kalau boleh banyakkan cakap pasal pencapaian kita
  • bertanyakan rakan-2 yang telah menghadiri temuduga tersebut

semasa

  • jangan terlalu gementar kerana ketenangan mengatasi kebijaksanaan.hihi
  • cuba membuat eye-contact dengan panel,jangan tunduk sangat.nanti lagi lah dia tanya kita kan
  • menjawab dengan baik apa yang di tanya
  • cuba menonjolkan diri dengan cara yang patut
  • etika pemakaian harus di patuhi
  • jangan goyang-2kan kaki anda bila duduk,ia akan menarik perhatian panel.hoho
  • cuba menjadi orang yg volunteer awal.hehe

setelah

  • tawakaltualallah yang lebih baik,kita dah berusaha kan,allah yang menentukannya
  • cuba lah usha-2 laman web ataupun emel  dia kot-2 dah keluar keputusan
  • berkongsilah dengan rakan-2 yang sepertimana yang telahku kongsikan:)





semoga apa yang telah aku sampaikan ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada kalian yang membacanya:Dterima kasih kerana telah baca entri yang paling panjang aku rasa.haha.assalam.


 

April 4, 2013

Ujian JPJ dan Dugaannya





heee,seperti sedia maklum.19 mac lepas adalah hari aku kena test JPJ untuk mendapatkan lesen P bagi motosikal dan motokar.malam sebelum tu,aku rasa macam memang cuak gila.taktahu lah kenapa.sejuk kaki.halamak.


hari tu,pergi la kat PLMP tuh.tak masuk pagar lagi,dah nampak dah berderet kereta di susun.ahaha,semua dah kecut perut.masuk pejabat,ambil nombor giliran.untuk moto aku kena nombor 31,untuk kereta kena nombor 5 sesi kedua.



#test moto,jpj tuh dah panggil nama.pastu amek la moto tuh.tetiba sampai kat brek kecemasan terlebih line putih tu bila berhenti.hahak.habislah aku.pergi la jalan terus then JPJ buat arahan untuk terus ke bahagian 3.maknanya dah gagal le tuh.hokhok.teruskan dengan bahagian 3.alhamdulillah lulus.muehehe.




#test kereta, selepas dah habis test moto tu tunggu pulak untuk kereta.dah kena panggil untuk bahagian 2 yang bukit,side parking dan 3-pointer.wuahha.yang nak buat parking bukit tu,naik kali pertama macam tk mencecah 50% line kuning pun.undurla balik.naik lagi sekali.macam tak ok je tapi aku angkat tangan gak.bereh ah tu kalau JPJ tu tak cakap pape.buat teknik nak turun seperti biasa,haha.rasa macam nak berdrift pulak.bunyi enjin kuat..pergi untuk side parking,tu oke je.yang 3 pointer tu pulak cam terseka-2 je tapi alhamdulillah okay:) masa nak tandangan tu terketaq-2 tangan.waduhaii,haha.



masa nak buat bahagian 3 tu tunggu la.usha-2 muka JPJ mana yang baik hati.haha.ceytt,ada plak satu kete ni kosong je.JPJ yang dalam kereta tu pun honhon je.dan aku pergilah menuju ke kereta tersebut.kereta VIVA tu.tkpenah aku sentuh sebelum ni.selama ni berlatih guna kereta kancil je kan.pasrah je la.cewah.masuk>beri salam>buat apa yang patut>dah nak turunkan henbrek dah ketat pulak.muahaha.cuba berapa kali tk boleh juga.pastu pakcik tu tolong la.haha.nasib dia tk gagalkan terus.nak jalan plak,lepaskan clutch tekan minyak.deng,mati plak kat situ.aku pun senyum sipu-2 dan start balik kereta tu.debor dah ni.lepaskan clutch lagi dan tekan pedal minyak.alhamdulillah,berjalan dengan baik.hoho. 

jalan la seperti biasa.sampai nak belok kat pasar tu,aku macam terlaju sket.pusing je stereng macam dah nak melayang dah.haha.aku dalam hati jangan la JPJ tu tanda yang membawa secara bahaya.haha.dan selepasnya harus belok ke kanan tapi tiba-2 dia suruh belok kiri.in sama ada dia nak cepat atau aku dah gagal.huwaaa.pastu aku tanya dia, ''balik terus ke?'' pastu dia cakap ''yelah,balik terus laa''  aku pun bawak balik terusla.haha.dah sampai,dia suruh tulis nama & tandatangan.pastuh keluar kereta cakap terima kasih.tengok result.17/20.wuhhooo!lulus.ya allah,bersyukur rasanya sebabnya aku buat pakej biasa je.em emmm:)


yeahh,dah gagal bahagian 2 moto tu mesti kena ulang balik kan.dan aku ulang 2 april baru ni.lama lah pulak nak tunggu sebabnya aku daftar lambat walhal yang ulangan harus didahulukan dahulu.hehe.nak pukul 11 lebih kot.terik woiih.sabow je lah.time dia panggil nama aku,pergilah naik titi.buat macam biasa.fufuhhh,nasib lulus.wehheee,secara tkrasminya dapat la lesen P.sebabnya tk dapatpun lagi yang betul-2 punya lesen.dalam seminggu dua ni dapat la.tapi lepas ni aku taktau la bawak kete ke tidak.yang moto tuh pasti la sebabnya hampir tiap hari pergi bawak moto.kali ni kira ada insurans lah.tak kena saman kan kan   n.n


TIPS-2 bagi korang yang nak hadapi test JPJ ni

1.bertenang je y.y
2.bawa air mineral dah dibacakan al-fatihah -lepas tu minum la yek
3.budi bicara dengan JPJ tu perlu -ambil hati katakan
4.masa nak naik titi tu,press minyak pastuh tekan brek kaki-inshaa allah stabil nanti bila bawak moto atas titi
5.yang penting baca doa sebelum naik kenderaan :)



sori,entri agak panjang T.T




March 16, 2013

RESULT SPM 2012 ! | JOM MASUK U !





assalam semua.bagaimana dengan hari anda hari ini?huii,macam pakar motivasi je kan.malam tadi baru je umum bila keputusan SPM 2012 keluar kat TV3 rasanya.21 MAC 2013 ?yapp..nak info yang lebih sikit boleh jenguk sini..kalau sebelum-2 ni kecoh 20 hb tp tup-2 sehari selepasnya.kira okaylaa.tapi entah,taktahu nak cakap cemana.aku tak pasti apa yang akan terjadi masa hari tu.heeeeeeee.ya allah,takboleh nak bayang slip keputusan SPM 2012 bagi calon A055 ni.mak aii.



teringat lagi jihad nak SPM dulu.dengan kawan-2 semua struggle.wee..sangat indah rasanya bersama dengan kawan-2.khamis ni pula akan bersua kembali.ntah bagaimana gambarannya.semoga semua bekas calon SPM di pusat CP015 serta seluruh negara mendapat keputusan yang cemerlang hendaknya:)

k,stop pasal result.tkperlu fikir lagi.haha



ohh,tadi baru pergi program Jom Masuk U di SASICC,Zenith.tumpang dengan kawan.budak-2 ni ramai nak pergi hari ahad.lagipun ramai yg dah balik PLKN selepas 3bulan bergempur di kem masing.hahah.cuba gi lahad datu plak.huu.gurau-2.atleast,dorang dah ada pengalaman daripada aku kan.haiyaa.ni jeles ngan budak-2 PLKN ni ;)


pergi tadi awal kot,dalam 0830.padahal petang tu ayah aku pergi jugak,nape tak gi ngan ayah aku je kan.haha.masuk,jalan-2 cari U berkenan.penuh beg koy haa.dalam 1145,dah habis pusing-2 dah,ternampak la budak sekolah.fauzan,fikri dan hafizudin.emm,tegur-2 je macam biasa.ehh,sebelum tu jumpa afiqah husna,farhana ngan kawan mereka.then,jumpa shahirah.pastu jumpa khairun najjah dengan hidayahtun.kak hanim,farah aini.hah,terbuktikan bahawasanya ramai yang pergi ke JOM MASUK U tu.crowded yang amat bila dah tengahari tuu.

cakap-2 pasal U ni,aku ni nak sambung kat U mana yek?masuk matrik dulu ke apa?amek bidang apa?hmmm.engineering vs medic vs pharmacist.waduh.tunggu result lah macam tu.inshaa Allah cemerlang:)



''Ya Allah,kau berikanlah keputusan SPM2012 kami dengan cemerlang.bergantung kepada usaha kami selama ini.kami hanya mampu bertawakal dan berdoa sahaja pada saat ini.aamiin.''

March 11, 2013

Kursus Masakan Kek Untuk Remaja :)



  
  
  
  
  

just click the photo !


baru-2 ni pergi kursus masakan.hujung bulan lepas.takde la baru-2 ni sangat kot.haha.pergi tu mula-2 takut jugak la sebabnya sengsorang.tempatnya dekat KEMAS Pekan.masukla tempat tuu,tulis nama.duduk.hmmm.bosan plak.tadi dah perasan sorang tu,budak SP.tapi buat-2 taktahu je dulu.ngeh-2.tengah-2 duduk tuh,nampak la seseorang dari belakang tengah nak ambil kerusi.ni aku dah konfem dah ni,mesti dia.yaa,syarranur zaim.dia pun terkejut jugak aku ada kat situ.kot la.ke betul arra?haha.

mula-2 tu,dia suh breakfast dulu,aku pun makan la.amek kuih je sebabnya udah kekenyangan...pastu,bermulalah kursusnya.yg si arra zaim tuh memang dah pernah join kelas masakan sebelum ni.lebih kurang dah pro+expert lah kan.ngeh-2.

kursus tu berlansung selama dua hari.tanpa bayaran.makanan free.siap bagi apron.kursus itu seharian.buku resipi diperuntukkan.wohhoo.aku rasa memang berbaloi gila.hari first tuh blajar buat Kek Banana Chocolate Chip Muffin , Kek Coklat Lembab dan Sultanah Layer Cake. semua tu mula-2 cikgu tunjukkan.then,kitorang kena buat sendiri.kerjasama.yang join kursus tu dalam tigapuluh orang.agak best jugak la.dah siap semua kek tu.boleh plak bawak balik sikit-sorang.dia bagi kotak macam kotak nak isi kek tu.yang sedapnya aku rasa ialah Sultanah Layer Cake.

hari kedua tu pulak berjalan seperti biasa(cewah,macam kasi report je).hari kedua kami buat Red Velvet Cupcake ,  Tiramisu Cheese Cake dan macam-2 coklat.yang coklat tu just cairkan coklat yang sedia ada pastu masuk dalam bekas yang berbentuk.hari tu banyak main dengan cheese la.lepas habis buat semua tu,adalah orang dari pihak KEMAS ni kasi ucapan penghargaan.lebih kurang macam tu laa.dapatla sijil dan tuala sebagai cenderahati.hmm,buku resipi dah ada tapi aku still tak buat mana-2 kek tu.hehe.



berdebar untuk test JPJ 19 mac ni.
berdebar lagi untuk result SPM 20 mac ni!
nanti resipi inshaa Allah akan diberi.
moga Allah permudahkan semuanya,aamiin.




March 8, 2013

Happy International Women's Day






hello and hi there.just want to say.....






 HAPPY INTERNATIONAL WOMEN'S DAY 




to all the women over there!



this song I dedicate to all women in the world esp for muslimah:))



counting for SPM result's release.
oh God,give  us the best !
dupdap.haiiihh~
0812 ♥   INSTAR 







March 1, 2013

rutin harian di sekolah & asrama #2


rutin hari ini adalah makan.bila cakap pasal makan,rasa macam nak tergelak.ehhee,mungkin sensitif bab makan-2 ni.kalau kat sekolah dulu sehari tu makan lima kali tak silap.memang banyak makan.

sekali makan pagi.sekali makan tengahari.sekali minum petang.sekali makan malam.sekali minum malam.yang makanan beratnya makan tengahari dan malam lah.

kalau kat sekolah makannya kat kantin.keknyee sangat tak suka pergi kantin bila time rehat.bukan tak suka sebenarnya tapi lebih kepada tak minat.dahtu,bila akhir-2 nak habis sekolah mulala berlari-2 anak(ayu gitu) ke kantin.sangat kelakar.

kalau takpun pergi ke KOOP.menghabiskan duit dengan beli yogurt,atleast boleh menguruskan badan.muahaha.nak-2 lagi yang low fat punya.tapi macam tak berkesan.kehkeh.

nak dijadikan cerita budak asramalah,selalunya puasa.makan punya lagi sedap.tapi jangan diutamakan makanan sedap je bila puasa.ibadah tu kena ikhlas.baru berkat.alhamdulillah.

meh kita tengok lak koleksi makanan dalam loker.bersusun semua jenis biskut.ngeh-2.ni kes pasal terover bizi sampai lupa masa nak makan.bila nak makan,dema dah tutup.biskut jadi mangsa.kengkadang buat penghilang ngantuk semasa dalam kelas.nyorok-2 suap dalam mulut.hahaha.

apa-2 pun kita kena bersyukur dengan rezeki depan mata.jangan asyik nak  kompelen saje.memanglah kesihatan kena jaga kan.tapi masa makan tu ingat ke orang yang takdek makanan langsung tu???bersyukur ke tidak kita ni.asyik nak merungut je kan.ingat-2 la sikit ye..
  
 ''Tidak sekali-2 Rasulullah S.A.W mencela makanan.Jika baginda menyukainya,maka Baginda makan.Jika Baginda tidak menggemarinya, maka Baginda tidak makan.'' (HR Bukhari & Muslim)





 

February 23, 2013

Fakta Anak Kedua,eh?

ada baru ni tengok semanis kurma.tajuk dia 'sudah baligh tapi belum mumayyiz'.lebih kurang macam tu lah tajuk dia kot.ni bukan tengok sangat pun,dengar je lah banyak.tiba-2 aku terdengar Ust siti bahyah kata ''biasanya anak kedua ni banyak berahsia''.hah,terkejut aku.betul lah ustazah tu kata.yelah,aku anak kedua..agak berahsia jugak la aku ni.kott..haha

dan dan je tadi tengok twitter tengah trending #FaktaAnakKedua.habis kena retweet semua.eh,takde la semua.mostly sama dengan perangai aku lah.macam mana yang lain-2 tu sama ya?hebat bukan ciptaan Allah.mesti ada chromosome tertentu yang melakukan crossing over semasa meiosis.hehe







so,apa pendapat korang (bagi anak kedua)?  mungkin anak pertama/ketiga/keempat dan seterusnya bagi fakta pasal kalian juga:)



 
Copyright sns-sitinur.blogspot.com :)