January 27, 2013

ya hanana //maulidurrasul 1434 | 2013

|ASSALAMUALAIKUM|

ya hanana bermaksud betapa beruntungnya kami.sambil tu jom dengar lagu korang buleh juga nak tau lirik dia.sila tanya pakcik gugerl.heww

kecil lagi mereka

apa perisian korang sempena 12 rabiulawal ini?aku tengok macam-2 program yang diadakan.hoho,skema ayat.jadinya,aku ada join satu program kat masjid taqwa.dekat je ngan rumah aku,jalan kaki pun boleh.malam tu ada program sempena maulidurrasul.forum al-muqorrabin.3 orang panel;Ust Fadhilah,Ustzh Intan Salwa dan seorang lagi aku lupa namanya.ngeh~banyak jugak input yang aku dapat tapi malangnya tk dicatatkan,hehe.tapi,apa yg aku ingatnya..


  • Nama MUHAMMAD adalah nama pertama yang ada setelah berpuak-puak bangsa lahir selepas Nabi ADAM.sekarang ni dah ramai yang nama muhammad kan.sangat hebat nama ini.
  • Tiada seorang pun yang nama mereka di sanjung setiap pagi selain nabi MUHAMMAD kerana setiap subuh,iaitu pada waktu fajar,pasti akan azan kan.ASY HA DU ANNA MUHAMMAD RASULULLAH.nama pemimpin lain ade ke sebut dan dilaungkan pagi-2 macam tu?ado?hehe
  • ketika ibu nabi mengandungkannya,tidak ada satu sakit/sindrom bahawa siti aminah itu mengandung.punyalah Nabi kita tak menyusahkan ibunya.kelahirannya pula tidak menyakitkan.allahurabbi.lagipula,ibunya tidak pernah mengidam apa-2 ketika mengandungkan nabi.
  • bau peluh nabi wangi,tak macam kita.kena pakai deodoran bagai kan..fuyoo
  • sejak syaitan ada,4 kali mereka menjerit.in shaa allah betul la  apa yang aku ingat ni.pertama,masa dia dikeluarkan dari syurga.kedua,masa kena tunduk kepada nabi adam.ketiga,ketika nabi MUHAMMAD S.A.W di lahirkan.keempat,semasa surah al-fatihah diturunkan.punyalah hebat sampai setan pun nak menjerit.al-fatihah kan ubat segala penyakit.
  • sentiasalah berzikir dan berselawat kelak akan mendapat syafaat Nabi MUHAMMAD in shaa Allah!
  • kira-kira lebih 70,000 orang yang akan  ke syurga/mendapat syafaat nabi.wallahua'lam. 
  • semoga kita mendapat minum air telaga kautsar.ameen. 
  •  selalulah kita mengikut sunnah nabi.setiap sudut sesuatu perkara itu ada sunnahnya tersendiri.contoh;makan dengan tangan kanan.sonang jo kan.kalau dah biasa tu memang tak lali dah.ke ada yang makan tangan kiri?ada kelebihannya di situ.





yaa,itu je yang aku dapat ingat.in shaa allah betul apa yang aku tulis tu.ingatan ni bukan kuat sangat.pengajaran,sentiasalah bawa buku nota anda kemana-mana.hehe (Y).korang yang tahu ni silalah berkongsi dengan orang lain.bak kata al-asyrafi 'Dakwah itu satu seni'.kita sesiapa pun boleh dakwah asalkan kita islam.mungin dengan cara ini aku dapat berdakwah.pelbagai medium yang ada tapi ikut kita lah nak ambik peluang ke atau tidak kan. harapannya semoga kita menjadi lebih baik,mengikut akhlak rasulullah.ada yang takleh kita ikut bak kata ustaz fadhilah seperti tadi tu aku kata bau peluh rasulullah wangi.yang lain-lain tu berjuta lagi boleh ikut.bukan sekadar sunnah nabi yang kahwin ramai tu.laki-laki kalau nka kawin ramai mesti pakai alaan tu je kan.padahal banyak lagi buleh tiru nabi.hehe.tak kesah lah.



so,itu sahaja yang nak aku kongsikan.lagipun dah lama terperap sebagai draft.hari ni alhamdulllah dapat update semula.hehe.maassalamah:)



January 21, 2013

lesen memandu ^^,





|SALAM ALAYK|




hai bebudak lepasan SPM,apa yang korang buat kat rumah?kenyataannya ada yang menyambung pelajaran mereka sebagai fast-tracker ,ada yang bekerja,ada yang mengqada' balik tidur mereka,ada yang mengkhatamkan cerita-2 korea,ada yang menghabiskan masa mereka bersama Allah(alhamdulillah),ada yang berplkn,ada yang mencari tujuan hidup dan yang pastinya ramai yang tengah mengambil lesen.same goes to me,aku sudah habis kelas praktikal serta teori motor dan kereta:)


******************flash back******************

hari pertama haruslah menghadiri kelas KPP.apa itu KPP?Kurikulum Pendidikan Pemanduan.pagi tu ayah aku hantar ke PLMP dekat permatang keledang.jauh jugak dari rumah.ceyh,agak-2 berangan jadi budak baru nak masuk sekolah tak.haha,sebabnya aku boleh je naik kat pantai selamat.aku daftar kat ejen.so,ejen tu boleh hantar la ke sana.ayok,kebetulan pagi tu aku tak jumpa IC aku.puas la,sebabnya ayah aku guna aitu untuk daftar.ngeh-2,nak dekat pukul 8.30 jumpa jugak.dengan bersarapan sekeping roti+butter.waduh,lapar!sampai-2 dah ramai.uuu,ternampak shafiq dan faris aiman,budak SHAH.masuk pejabat dia,duduk.huwaa,takdek kawan.tak best!!tiba-2 ternampak sorang budak kat hujung.eyh,seem like syamsina.jyeah,k..sina ada.tapi dia takperasan aku lagi.takpe-2


duduk la sementara tunggu orang kat kaunter panggil nama.tup-2,tiba-2 ada sorang ni tepuk belakang aku.oo,yana rupanya.ade geng sorang lagi.nak keluar tu pulak,dayah baru masuk.cerah masa depan.haha..masuk la kuliah tu.nama dewan tu dewan kuliah afidah. Apsal lak ek?teringat cikgu afidah,best belajar kimia:D masuk dewan tu tak penuh lagi.tunggu-2,penuh la 50 orang.first-2 cik bad bagi ceramah.okla dia buat lawak+sporting.nak tengahari tu mula la mengantuk.hehe.petang tu pulak cikgu K,teringat fizik plak tapi cikgu tu laki la.cikgu lagi gila sporting.kelakar.eh lupe,dalam kelas tu ada gak budak sekolah lama aku.zaki masa sekolah rendah dulu,yo dengan syed kat sekolah menengah.petang tu balik laa.

memang suka selitkan gambar:)


kat rumah pulak ayah aku suruh buat latihan ujian statik.ada buku la maksudnya.ala-ala past years questions gitu.nak kena pergi ujian statik pulakkan.khamis minggu depan nya pulak pergi ujian statik kat atas leno.jawab la..alhamdulillah lulus.takpayah bazir duit nak kena ulang kan..

sabtu baru ni pergi la teori dan praktikal motor.pagi tu dengar ceramah.kebetulan jumpa athirah budak sp.kecoh jadi.haha,aku gi sekali ngan dayah la.kelakar.jumpa pulak kawan baru,budak ahmad,Engku Elysa nama dia.comel je.kami berempat jadi kacip plak time tu.eh-2 lupa,jumpa ayon,nawal ngan hakim karimi.mereka ni baru nak gi kelas KPP.masa kelas teori tu terjumpa pulak lagi budak sekolah rendah aku.Zul hanif dan Zul arif.diorang ni kembar.sekolah SMKAP...petang tu praktikal motor.dahlah kena buat sorang-2.malu wehh,bahagian tiga.mula-2 naik motor,betulkan cermin sisi,tengok free gear ke tak,start enjin,tengok signal kiri kana,depan belakang,tengok lampu depan,lampu brek,hon,pandang belakang dan luruskan tangan kanan.turun-2 motor tu plak kena angkat tongkat 2.dush,merana aku.sakit tangan ni tak habis lagi.haha.nasib baik boleh buat jugak,terkial aku.


ahad tu pulak teori dan praktikal kereta plak.hujan dah la renyai-2 dan sekali sekala lebat.sejuk bukan main.time ni baru ramai.kalau kelas motor tadi dalam 20++ .jumpa plak sina,pojan ngan kawan dia sorang,piqah.macam biasa dia ajar undang-2.kecut perut jugak nak bawak kereta.huu,takpe.nanti kan ada latihan.tu lah fungsi lesen L di beri kan.penat bagai nak rak balik tu.dah lah kena air hujan.sejuk~~


*************done*************

sekarang ni tunggu nak cop jari untuk kelas praktikal kereta sebabya ratio murid dan pelajar ialah 1:1..dan kelasnya 3 jam.tapi takyah belajar dah sebabnya dah belajar ramai-2 hari ahad tu.tunggu nak cop sebagai kehadiran rasmi je.takpaham sudah.doakan aku semoga dapat berlatih dengan semangat dan lulus test JPJ nanti,amin :B


jom dengar lagu raef,dia banyak ubah lirik lagu.suka:)


#teamawakeningrecord
search on youtube!!!


Bisikkan ke dalam hatimu yang paling dalam ; Dia bukan milikku. Dan aku pun bukan miliknya. Pemilik segala ialah Al-Malik. Dialah yang memiliki dan menguasai segala-galanya. Pada kita hanya amanah, sampai masanya terpaksa diserah. Jangan ada rasa dimiliki, dan jangan ada rasa memiliki. Bila terasa sepi, jangan katakan aku sepi… Tapi katakan kita sentiasa ada pemerhati merangkap penjaga buat kita

sebelum close tab ,jom singgah sini---> yiihhaaaa & yabedabeduuu
  


January 17, 2013

bonda..





Diambang tahun baru 2 Januari 2013 yang pilu,

Kita kehilangan seorang ibu tersayang,

Bagaikan mimpi melanda diri...

Seakan enggan untuk percaya,

Kami pun berkejaran pulang,

Airmata berlinangan sepanjang perjalanan...

Disulami doa dan Al-Fatihah...

Tabahlah hati,kuatlah jiwa...

Saat menatap sekujur tubuh kaku ibu,

Hati nan sedih semakin pilu,

Namun tergambar di wajah ibu bersih dan tenang

Terukir senyuman,nur di wajah orang beriman...

Dan kita...anak-anak yang di tinggalkan,

Sebagai warisan keturunan akan datang,

Mampukah kita meneladani hidup ibu?

Pesan-pesannya untuk dituruti ?

Menyelusuri kenangan bersama ibu...

Seorang ibu berhati tabah lagi berbakti,

Berbuat amal ke hujung usia,

Bekerja keras tak betah berdiam selagi berdaya,

Belanja di urus tiada boros,

Seolah ibu telah ketahui,

Bahawa waktunya sedikit berbaki,

Warkah wasiat telah ibu siapkan,

Untuk warisan agar sengketa di jauhkan,

Damailah ibunda,tenanglah ayahanda,

Di rehat yang panjang di Redha Ilahi,

Di lapangan taman, taman syurgawi,

Dan doa kami kan terus menyirami....

Al-fatihah...




Salamunalaik...sedih tak?ni nukilan mak aku yang ketiga selepas pemergian atokku.memang nampak sangat bahawa anak ini sayang akan ibu nya.aku pun begitu tapi aku tak reti lah nak bersastera seperti emakku.ni apa ek nak panggil?sajak ke??puisi ke??korang tahu tak??tapi yang pasti aku nak cakap kat sini,kita jangan la lupa pada kematian.ada pernah dengar pepatah/hadis (ke?) bahawa sesungguhnya orang yang mengingati mati adalah orang yang paling bijak..

satu lagi...kita hendaklah mengejar akhirat,pasti dunia akan mengejar kita.so,takyah nak bermegah-megah dengan apa yang kita ada.ada galaxy camera+memory card 16gb (ade ke?),ada tab,i-pad,i-phone lah dan bagai lagi kan.tak,bukan nak marah korang ade sebab aku takde semua benda tu.benda tu semua mengaburi mata kita.pepandailah guna ekk.bak kate sham kamikaze,'tipu lah kalau tak sayang semua tu,kalau tak sekarang jugak kumpulkan semua untuk sumbangan ke Gaza'.lebih kurang gitu la ayat dia,masa dengar ceramah bual bicara cinta anak muda.

ok,sempena maulidur rasul yang lebih kurang 7 hari lagi..jom lah kita sama-sama beramal ibadah+melakukan sunnah rasullullah,bukti kecintaan kita kepada rasul junjungan dan ALLAH.soalan Sham kamikaze lagi, 'betul ke kita ni sayang kat nabi dan Allah?'.ni dia tanya sebelum soalan tadi lah.jadi,muhasabah diri balik.aku pun sama,banyak kena baiki lagi.in shaa Allah!







January 15, 2013

cerita zaman sekolah #2 energetics

|ASSALAMUALAIKUM|

ya,harini pastinya mahu bercerita tentang sekolah.biasalah,setiap sekolah mesti ada program buat senior-2 form5 tika itu kan.macam-2 program telah di aturkan bagi menyuntik semangat pelajar-2 tersebut supaya tidak mudah 'down' dan seangakatan dengannya.kat sekolah aku plak ada la satu program ni dinamakan kem energetik..program ni cikgu buat untuk kali keduanya.kali pertama masa f5 2011.mungkin taun ini ada lagi kot.petang khamis tu ckgu afidah briefing macam-2 kat kami.bincang nak pakai baju apa supaya seragam.semestinya baju rumah lah yang jadi mangsanya.pueh eden mencarinye.alhamdulilah,dapat jugak.nak-nak lagi bonda suruh kitorang pakai tudung putih.walaweh,tudung putih aku dah la satu je.takpe-2.


then,tiba masa untuk pembahagian bilik.nak cakap hotel kang macam kaye sangat.resort ah,ha ye-2 resort.memandangkan kami ni suke berkepit ngan bff je,cikgu pun dah tetapkanlah untuk kitorang sape sebilik.hmm,aku dapat sebilik ngan tirah,fairuz ngan leeza.oklah diorang tuh.



objektifnya kem ini diadakan adalah untuk  memberi kesantaian (eh?) kepada para pelajar yang kononnya stress belajar di sekolah.hmm.kiranya kami ni belajar dalam suasana yang tenang,tepi pantai,romantik gitu.haha.subjek yang terlibat nya ialah addmath,mathmode,english,sejarah,physics,biologi and chemistry.kami dah disediakan dengan soklan-2 subjek tersebut.cikgu-2 yang terlibat pun cikgu-2 yang sama.kiranya,tukar angin ja.syukur:)



mungkin lebih difahami

kami bertolak dari sekolah selepas jumaat 6 julai dengan menaiki bas sekolah.tertidur-tidur aku dalam bas disebabkan buaian bas tersebut. =.='
dah sampai tuh kami berkumpul kat dewan kecik.tuan nik yang jadi kem komanden masa tu.memang lawak jugak dia tu walau nampak serius:D

ini nazrul,aiman dan hilmi.malangnya sekarang ini nazrul tak dapat dijejaki.huu

ok,,tengok nama  masing-2

aku grup mana weyh??

gegurls 5 talhah

ini sebelum berangkat(baju koko?)

eira jadi model beg,hee

cheese :)

luggage berlambak kat belakang tu,macam nak pergi seminggu (Y)

siapalah semangat sekolah sampai kat tudung pun ada lencana =.=''



peace.



yaa,ini malam pertama kat duta village.credit to aimi :D



ETERNITY nampak tak ket depan tu,tuan nik..

post mortem PPT oleh cikgu yati


hari sabtu tu plak semua macam bangun lewat.al-maklumlah,bilik ber'air-cond'.memang menggeliat dulu lah.budak laki lagi lambat kot.dah kena dah amaran oleh tuan nik.sebabnya kitorang patutnya berkumpul pkul 6.45 pagi untuk senaman,jadinya pagi tu tak jadi senaman.hehe.

hari tu jugak aku ngan beberapa orang lagi kena join olimpiad matematik kebangsaan 2012 (OMK).aku,ARRA,ATEYN, dan FARATIKA wakil pompuan.ANAS,FAUZAN,FARIEZ dan HAKIM wakil lelaki.aku memang melepas la slot BIO ngan PHYSICS.heh,bio aku dah lah macam tak betul je mase tu.hmm..bas sekolah amek kat situ..so,pergilah pagi tu dekat dewan UMP.ramai contestantnya.harapan nak menang tu memang tipislah sebabnya ramai chinese.sekolah-2 lain pon ramai yang join.tapi sebenarnya memang tak menang.soalan dia pun aku jawab hentam kromo.ni bukan calang-2 soalan math.sekali ngan IQ hah,amekaw.dari pengetahuan aku,hanya atiqah(budak f4 masa tu) yang lepasnya sebagai wakil sekolah.dia ni memang otak geliga.

anas wa pojan

anas macam samseng,tak pakai tie.






ni slot BI petang tu selepas tamatnya OMK.

tak pasal..

adawiyah,arwani dan LO.ngehh

madame LILY,miss you!

bersepahnya meja.malu-2 :B


kumpulan aku kira beruntunglah sebab dapat coffee house.boleh tengok dari atas pemandangan pantai.dekat jugak ngan tempat makan.huu,serbu terus kalau dah time makan.petang tu plak ada slot macam riadah tapi bapak terseksa aku rasa.kena merangkak la dalam air la,berlari-2 lah,melompat bintang la.memalukan...budak-2 PKBM yang handle.batch kitorang memang ramai PKBM.#respekmereka.so,terpaksa ikut jugak apa kena buat walaupun kawan.memang habis basahlah baju tudung semua.nasib baik kasut kena cabut,kalau tak berat beg.dah last-2 tu,tuan nik suruh kitorang masuk air,time ni macam lega sikit la.katanya,sebagai sebab esok tkyah pakai tudung putih,basah kan.balik tu,memang taklarat nak jalan.dengan bawak pasirnya yang lekat kat seluar.

merah melambangkan keberanian.

sebelum riadah nii
putih+merah=ok la jugak








atirah  dengan tikah jamal.meoww,hee

this is sweet bff.saliah,ada

malam kedua ceramah dengan ust. ikram



sinaran lampu romantik! #slotsejarah

di subuh hari (hari ni bangun awal sket)


ini grup guwe.#slotmathmode

ahtong dan anas.

anas:ok,korang buat ni semua.nanti cek jawapan kat guru muda yee.


gambar dua ni diorang yang snap sendiri.$$.hehe

mereka berehat bersama twisties.nyumm!

sedap ngeteh mereka ni.santai betul kan~

pandang sini,senyum:)

fairuz,amalia dan atirah.kalkulator merata je..
amin ngan salam macam kembar je.

sambil menunggu bonda sampai
majlis penutupan oleh bonda.

memang tak muat kamera kalau 154 orang.tengah je yang fokus,yang lain tu..haha



done,penat menaip.apa yang penting,kem ini best la jugak walaupun kepenatan.kami bertolak petang ahad tu.selesai sudah.in shaa ALLAH bermanfaat:)


assalamualaikum (n.n)


 
Copyright sns-sitinur.blogspot.com :)