Photobucket

May 11, 2016

HEY YOU, SPM leavers


Salam. Memandangkan ramai tengah frasa nak masuk U or Matrik, so aku tinggalkan emel and Ask.fm aku so korang boleh tanya kalau ada keraguan atau persoalan. Insya Allah aku akan tolong jawab termampu yang mungkin. Meh aku bagitau sket latar belakang pendidikan aku so korg macam dapat kos/kursus yang lebih kurang dengan aku ni takdelah ragu sangat kan nak tanya.


Sekolah : SBPI PEKAN,PAHANG
Aliran : Sains Tulen Agama

Asasi : Pusat Asasi Sains Universiti Malaya, UM
Aliran : Sains Hayat

Degree : Universiti Malaya
Kursus : Ijazah Sarjana Muda Farmasi (Hons)



Ask me at sitinur_29gurlz@yahoo.com || Ask.fm







April 2, 2016

ASTAR Caring Day 2016



fuhh berkobar nak tulis. taktau la nape harini macam so-so je produktiviti diri ini. ceh. dengan minggu depan ada dua test lagi gigih aku duk tulis ni. Semalam baru habis satu test dah. Hm. Minggu depan nak balik untuk midsem lagi,yuhuu. Bunyi macam stress but hari ni aku release kan stress jap. Dengan Apa? haaa, hari ni aku ada jadi volunteer untuk projek astar caring day so that im the member of ASTAR CaRing Team. YEah! Tahun lepas duduk kolej ni tak pernah join pon projek tu, Tahun ni saje la join, dengar kata best kan. 



Basically projek ni just macam buat humanity servis la.Dorang sebelum ni ada pernah pergi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pastu pergi rumah orang tua buat aktiviti jugak la. Yang join tu just AJK je lah. So that kali ni buat kat ASTAR/ kolej pertama UM (kolej aku la ==.). Dia minta la bebudak kolej jadi volunteer sebab kitorg akan assist budak-2 yang akan datang. Weee. 

Pagi-2 dah start dah program ni tunggu bebudak datang. Budak tu biasanya dorang panggil dari rumah anak yatim, sindrom down etc.  Banyak game yang dorang sediakan untuk bebudak tu main. Aku pon heksaited nak main dik oii. Haha. 

Jom tengok gambar before bebudak tu datang :







Final briefing dari biro aktiviti


Dalam lapan setengah tu dorang dah start sampai dah. should be 2 volunteers assist one children but at that time i have no partner so that i take one children only hihi. Awal-2 sampai tu dorang amek goodies bag dengan marble robot(mainan budak), aku rasa nak amek satu je bagi adik aku haha. Pastu kena tukar baju yang ada dalam beg tu.

Welcome to ASTAR!

Dik,beratur dik :D

Our maskot, Helang

Outdoor games

Ice breaking session

Kan aku cakap tadi aku amek sorang, kawan aku yang dua orang lagi amek sorang perempuan so aku decide la amek laki. Amek je mana-2 haha. Sekali amek budak tu nama dia fitri adanis (taktau ejaan betul cane), darjah 3. Sama umur ngan adik aku je tapi dia lagi kurus, ko makan ape je dik. adui. hihi

Enjoy the photo, nanti aku update lagi. (kena study weh,no more time)


senamrobik,lincah betul budak kecik tu!


CARE WITH LOVE, LOVE WITHOUT BORDERS !


Doakan aku boleh jawab test minggu depan,


March 27, 2016

MOVIE SCREENING , UM Cares For Humanity

SALAM ALAIK.  Ada lah semalam aku pergi tengok movie. Ha engko,free je pun. Haha. Sebenarnya ada program movie screening or bedah filem basically anjuran KAFA UM. PAda mulanya berat hati sikit sebab takde geng nak pergi. Memasing sibuk dengan hal lain. Aku menguatkan hati jugak la nak pergi (ceh), maka aku pun rempit la ke tempat berkenaam, fakulti sains. tempat kelas elektif aku, Nutrition. Mula-2 sampai dah agak dah mesti tak ramai sebab weekend kan. Aku pun mendaftarlah and masuk dewan kuliah tu. Tunggu dalam limabelas minit and ada ucapan sikit dari pengerusi KAFA (my  senior tuh haha). Haa lupa pulak, yang bedah filem tu sebenarnya orang lain tapi masa tu dia tak sampai lagi,otw dari airport sebab baru balik dari tanah merah kelate. Start la cerita tu. Aku taktau pon cerita tu cerita kartun. Mula-mula tengok apahal la pasang cite katun ni. Tak sesuai! HAHA, takdelah,aku tengok je lah sebab dah tayang kan. Nak tau cerita apa? Jeng JEng JEng


Movie UP


Meh aku bagi sinopsis sikit pasal movie ni;

Carl Fredricksen, a 78-year-old balloon salesman, is about to fulfill a lifelong dream. Tying thousands of balloons to his house, he flies away to the South American wilderness. But curmudgeonly Carl's worst nightmare comes true when he discovers a little boy named Russell is a stowaway aboard the balloon-powered house.










Rupanya sedutan dari video ni lah yang ada satu lagu tu  buat jap aku google ;



Haha tetiba lagu cinta plak ==.


Sebenarnya tema bedah filem ni pasal humanity. Flow cerita ni awal-awalnya dia cerita la pasal sorang laki ni pastu kawen sampai la tua. Suami isteri ni suka adventure. Ada la dorang berangan nak pergi buat rumah kat waterfall. Pada fikiran aku sumpah mustahil kan (dah nama pun kartun). Last-last daoat jugak. Macammana dia boleh buat rumah dia kat situ, haa, dia tak buat tapi dia bawak rumah dia tu (kartun sangat). Macam-macam hal lah dia kena lalui. Korang kena tengok la cite ni panjang sangat nak tulis ,hehe. Berdasarkan cerita ni pada mulanya aku  nak kaitkan lah pasal humanity. Aku tak jumpa pun. Dah akhir-akhir tu baru nampak sikit pasal humanity (mungkin banyak tapi aku je tak nampak). 

Kan aku cakap benda ni kita kena bedah filem ni. Yang tukang 'bedah' nya nama dia Syed Azmi Alhabshi, aktivis kemanusiaan. Dia ni rupanya graduan farmasi UKM and sekarang dah 5 tahun jadi lecturer. Dalam hati aku, mungkin ni lah hikmah aku datang sini,inspired jap nak habiskan kos pamasi ni hmpphh! Dia ni kiranya macam suka buat kerja amal la. Alhamdulillah jumpa gak aku ahli farmasi macam ni. Speaking dia fluent sangat sampai dia cakap dia akan cuba cakap BM(nampak tak). Aku listkan sedikit sebanyak ibrah(pengajaran/opinion) dari filem ni;

  • you can loss everything that you worked for it: mungkin kita sekarang ni bekerja kuat sangat untuk dapatkan sesuatu tapi tak siapa tahu kau boleh hilang benda yang kau dapat tu sekelip mata,so appreciate it selagi ia ada.
  • it's not true kalau kau kerja kuat kau dapat segala yang kau nak : tak semestinya sebabnya mungkin apa yang kau nak nak tu tak baik untuk  kau. 
  • pertemuan adalah dugaan: yup i totally agree with this. seseorang yang hadir dalam hidup kita mesti ada something yang priceless or we can learn from it. Tak kisah lah dia buat baik or buat jahat kat  kau. Dia datang kat kita utuk kita bantu dia,  bukan untuk diri kita. So, fikirkan perasaan dia.
  • Dare to fail and brave: berani untuk buat sesuatu walaupun it seem impossible. Kegagalan adalah permulaan kejayaan,you know that rite.
  • Appeciate the nature : actually nowadays we overconsume the nature until there is no balance between the supply and consume. Dia ada cerita yang kawan dia sampao buat talk pasal burger yang best sangat berharga RM84.00. Dia cakap la, ko nak dapatkan kepuasan burger tu sampai bayar mahal-2 tapi dia just spend RM 2.00 untuk makan burger Ramly je contohnya la. Padahal duit selebihnya tu boleh la buat makan bagi homeless people. Aku sangat sangat setuju bab ni. Tapi aku sentap kejap la sebab aku tak spend money aku dengan betul sangat pon (heh). Contohnya lagi orang nak sangat macbook air padahal laptop lain berkualiti juga. Apa yang  nak di tekankan kat sini adalah pasal jangan jadi gila benda sangat (kebendaan/duniawi).

Thats all kot apa yang dia bincangkan. Ada lagi dia pesan pada kitorg yang student untuk buat sedekah yang ramai student tak buat iaitu; spend money wisely, manage time properly, seek knowledge eagerly, make du'a frequently regardless the place. Ko takpayah la kot kata nak humanity sangat  smpai nak gi Gaza, Syria tapi berdoa malas. Padahal doa tu lah paling makbul sekali sebagai penuntu ilmu. Kat mana-mana je boleh berdoa (kecuali tandas la kot) sebabnya doa ni senjata kita sebagai orang mukmin.

Last but not least, show your humanism by showing that your religion is the best!



regards,


January 16, 2016

2016

Assalam. Fuhh fuhh tiup habuk kat blog. Haha. 2016 dah weh. Amacam tahun 2015 anda? ^^

Lama dah tak menulis ni. Sungguh, banyak yang draft tu just tunggu untuk nak edit and publish je. 11 Jan lepas paper last untuk sem 3. Entahlah. Sekejap je rasa walaupun nak melalui paper last tu macam apa dah. Sebabnya mostly kos lain dah habis. Stress gak la dengan last paper tu 3 credit hour. Dengan time on that day just beberapa kos je yang terlibat untuk paper last. Urggh. Apapun alhamdulillah dah berjaya mengharungi semuanya. Harapnya okaylah sem 3 ni hihuhu.

Baru je berapa hari cuti aku rasa bosan dah. Habis semua media sosial aku pergi. Aku bersosial secara silent reader tau. hahah. Sampai aku dah buat blog kedua dah (try la cari :p). Bukan apa, semangat menaip aku berkobar kobar dari tengah sem dulu dah tapi takde maknanya aku nak menaip dengan jadual pack tu. Then bila dah habis ni aku bukak blog ni stalk diri sendiri dan aku sengih sengsorang. Apsal la blog ni macam ni ? Mungkin faktor umur aku yang makin meningkat ni menyebabkan pemikiran aku makin matang huhuh. Yela,pehal nak pink pink bagai enn. Bukan salah pink tu. Tapi sebenarnya yang decoration blog ni yang berzaman dulu. Time zaman zaman pmr spm tuh. Aduhai, nampak tak punya takde masa aku nak ubah semua benda html ni. Rindu pulak nak edit edit and belajar tutorial. Atas faktor tersebut la aku memaksa untuk buat blog  baru yang mungkin lebih matang pada pandangan aku. Hahah. (Ya allah, cramp kejap tangan aku taip sebab guna phone ==')

Aku banyak je nak cerita tapi takkan nak sumbat dalam satu post kot kan. Just yang latestnya( apehal bahasa rojak ni adui maafin buk), semalam. Semalam ada la anak jiran aku ni darjah 5. Datang mintak tolong ajarkan sains. Aku on je dah bebosan duk rumah ni kan. At first aku tengok soalan tanya apa ntah aku lupa hehe. Aku syok jugak buat sains ni  pastu duk mengimbau zaman sekolah rendah dulu, sekolah yang sama dengan budak tu. Jap, sebelum tu aku nak cakap pasal soalan sains tu. Ada dia tanya apa kaitan ruang dan masa dalam situasi ni. Aku ni mulalah. Aku dah lah kena ajar budak tu kan. Okay. Aku assume dia macam hipotesis. Semakin bertambah ruang semakin bertambah masa. Haa macam tu kot. Masa tu terdetik hati ni nak cek jawapan belakang takut salah aku bagi jawapan kat anak orang malu plak aku. Hahah. Dah beberapa muka surat dia buat aku pon pergi lah  tengok jawapan kat belakang sebabnya soalan yang sama keluar. Aku pon pelik la. Takkan la macam tu je jawapan tu. Pergi cek rupanya kena kaitkan yang manipulasi n gerak balas situasi tu. Hmm. Malu jap kat budak tu. Yelah, kita ni dah belajar kira macam advance sangat padahal benda tu basic je. Time tu lah aku rasa rindu sangat belajar masa sekolah rendah.

 Aku tanya dia sapa ajar science. Dia kata cikgu nadzmi. Aku agak dah. Cikgu tu jugak yang ajar aku time aku sekolah dulu. Aku ingat lagi dia mengajar sangat tegas tapi baik. Then teringat lagi buat eksperimen pasal daun tak dapat cahaya matahari (kot). Sebabnya kitorg sama sama petik  daun kat luar dan letakkan dalam buku. Maknanya daun tu tak dapat cahaya matahari lah kan. Huhu. Time tu aku dapat mengimbau kenangan sains je sebab aku duk fokus ajar budak tu tak sempat nak mengimbau yang lain. Ahaha.

Okaylah. Yang tu je aku larat nak taip. Nanti aku tulis banyak lagi. Eh lupa plak nak cakap selamat tahun baru. Aku tak pernah ada azam sebenaqnya. So tahun ni azam aku adalah untuk ada azam. OMG  dah tercapai.---quote from matluthfi.

Salam.







 
Copyright sns-sitinur.blogspot.com :)