Photobucket

February 6, 2012

alhamdulillah!!

ASSALAMUALAIKUM

harini bile on je pagi-2 hati aku ni terdetik lah nak gi usha-2 sape pemenang contamination yang aku join berzaman dulu tu.yelah,aku ni dah la duduk asrama.payah sket la kan.punyelah gi previous-2 post akak ni.jumpelah jugak pemenang dia pasal contaminantion by killjoys tu.tengok pemenang number 1,2 dan seterusnya bukanlah aku.taknaklah berharap sangat sebab baru first time join contest macam tu.tup-2 tengok pemenang nombor 5 ...

Pemenang kelima :)=no.127 (  http://sns-sitinur.blogspot.com/2012/01/contamination-giveaway-by-killjoy.html ) -permission denied?..

haha,yang lawaknya permission denied.sory eh kak.haritu aku memang aku pergi privatekan sebab ngatkan contest tuh dah ade pemenangnya.huhu.alhamdulillah menang tempat ke-5.tak caye er?lau tak caye tengok ngan mata kepala anda sendiri kat sini --> http://darkhanna93.blogspot.com/2012/02/heyyyy-pemenang-siri-1.html.hadiah yang dberikan adalah seperti di bawah...



5th place

Lens(Pretty Geo Lens ), topup rm5(Misz Adel ), banner(Misz Wany), header(Misz Wany),necklace(FDC),Baucar rm5(Pearl Closet)

tapi aku tak paham cara penghantaran hadiah tu.harap-2 akak tu boleh jelaskan lah ek.yang topup tu aku tak pastilah sebab phone aku dah la guna bil dan jarang-2 sekali nak guna.dah memang budak duduk asramakan.aku nak ucapkan terima kasih kepada penaja contest tersebut dan akak yang telah menge tag kan blog aku nih.kalau tak memang tak dapat den nak masuk contest sebegini rupa.haha.terimakasih juga kepada sponsor-2 hadiah di atas.jasamu dikenang walaupun hadiah tu tak berada di tangan aku lagi.semoga sampai dengan baiknya hadiah tu kat rumah aku.okelah,hari ni aku nak balik sekolah dah.doakan aku dapat study leklok dan tak tidur dalam kelas lagi.sekiann..

ASSALAMUALAIKUM:)





February 5, 2012

BIODATA RASULULLAH SAW


• Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

• Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah) • Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

• Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

• Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf

• Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

• Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

• Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
• Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. • Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
• Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
• Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. 
• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.. 
• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. 
• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
• Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
• Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
• Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

⇨salam maulidul rasul

ASSALAMUALAIKUM
in the name of Allah,the most gracious and most merciful

sebelum tu pause kan lagu kat atas ni,
jom sama-sama kita berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W


اللَّهُـمّ صَــــــلٌ علَےَ مُحمَّــــــــدْ و علَےَ آل مُحمَّــــــــدْ

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ

صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ


يَا نَبِي سَلاَمٌ عَلَيْكَ

... يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيكَ
...
يَا حَبِيْبُ سَلاَمُ عَلَيْكَ

صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْكَ

أَشْرَقَ البَدْرُ عَلَيْنَا

فَاخْتْفَتْ مِنهُ البُدُورُ

مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا

قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُورِ

أَنْتَ شـَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ

أَنْتَ نُورٌ فَوْقَ نُورِ

أَنْتَ اِكْسِيْرٌ وَغَالِي

أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُورِ

يَا حَبِيْبِي يَا مُحَمَّد

يَا عَرُوسَ الخَافِقَيْنِ

يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّد

يَا إِمَامَ القِبْلَتَيْنِ

مَنْ رَّأَى وَجْهَكَ يَسْعَد

يَا كَرِيمَ الوَالِدَينِ

حَوْضُكَ الصَّفِى الـمُبَرَّد

وِرْدُنَا يَومًا النُّشُورِ

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى

مُسْتَجِيبُ الدَّعَوَاتِ

رَبِّ اِرْحَمْنَا جَمِيعًا

بِجَمِيعِ الصَّالِحَاتِ

وَصَلاَةُ اللهِ عَلَى أحْمَد

عَدَّ تَحْرِيرِ السُّطُورِ

أَحْمَدُ الهَادِى مُحَمَّد

صَاحِبُ الوَجْهِ الـمُنِيرِ

" Sesungguhnya orang yang paling dekat denganKU pada hari kiamat adalah orang yang
paling banyak berselawat kepadaKU.."
(HR - Al-Nasai & Ibnu Hibban)

bagaimana dengan hari anda pada hari ini? pasti lebih baik daripada semalam bukan.jadi bersama-samalah kita bersyukur ke hadrat ilahi kerana dapat lagi kita menghirup oksigen yang segar pada pagi 12 rabiul awal ini dan di beri juga nikmat Islam dan iman.alhamdulillah.jadi kita digalakkan berselawat lebih-lebih lagi pada hari kelahiran Rasul kita yang penuh keberkatan ini.



di kesempatan ini ana ingin mengucapkan SALAM MAULIDUL RASUL  buat yang beragama Islam.kita ini adalah umat Nabi yang terakhir di mana berlaku pelbagai perkara yang bertentangan dengan Islam.nauzubillah.sedarkah kita sebelum nabi wafat baginda menyebut  'ummati,ummati,ummati' yang bermaksud ummatku.betapa sayang dan risaunya Nabi kepada kita. tidakkah kita sedar bahawa NABI telah mengorbankan segala macam perkara demi agama Islam ini.tapi kita membalasnya dengan apa.bayangkan jika NABI MUHAMMAD ada bersama kita pada saat ini melihat kemungkaran berlaku di mana-mana sahaja.LAU KANA BAINANA,apakah reaksi NABI pada tika itu?



dengan itu, Semoga kita dapat menghayati pengorbanan dan perjuangan Rasulullah
 SAW.Salah satu tanda kita cinta kepada Baginda adalah dengan meneruskan legasi 

Baginda:DAKWAH..Sampaikanlah walau sepotong ayat.. tapi dapat sampaikan berjuta-juta 

ayat sepatutnya jadi target kita semua.Dakwah bagi kami adalah BUAT KERJA - bukan 

sekadar duduk diam melihat orang lain membuat kerja atau condemn orang lain atau kutuk

orang lain tak abis-abis.

Manfaatkanlah ilmu, kepakaran dan channel masing2 untuk meneruskan prophetic mission; dakwah.


jom dengar lagu yang dinyanyikan oleh kanak-kanak comel di bawah ini:)





 
 
 
Copyright sns-sitinur.blogspot.com :)