Photobucket

November 21, 2011

Tajuk Cerpen ini: Iman 4.0 Flat..

asslamualaikum.tadi bukak da second acc fb.tengok-tengok cimo ade share satu file ney.pastu aku pun copy masuk dalam ni sebab takde entri nak tulis kan.heee:)

Mungkin apa yang ingin aku sampaikan ini adalah perkara biasa bagi sesetengah individu. Namun, aku harapkan moga pengalaman hidup ini dapat dijadikan iktibar dan titik tolak perubahan insan yang membacanya. Insya-Allah.
Aku berasal daripada keluarga yang serba kekurangan... makan, minum dan pakaian jauh sama sekali seperti rakan-rakan yang lain. Mungkin ini yang menyebabkan aku kurang mempunyai sahabat yang dapat mendengar keluh-kesah hidupku. Seingat aku, hanya ada tiga insan yang teramat penting dan bermakna dalam hidup pada waktu itu, ibu, kakak dan abang Cik. Mereka antara insan kurniaan Tuhan yang sentiasa menjadi tempat untukku bergurau dan berjenaka. Sahabat? Saat itu aku masih belum memahami makna di sebalik perkataan itu.
Aku masih ingat ketika saat aku ingin melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi. Dengan berbekalkan duit hasil daripada pemberian saudara terdekat, aku membawa diri menuju ke sebuah negeri yang sebelum ini belum pernah ku jejaki. Keseorangan diri, bukan bersama keluarga seperti insan dan rakan-rakanku yang lain. Aku masih ingat kata-kata arwah ibu beberapa hari sebelum keberangkatanku.
"Alif tak payah pergilah Kedah. Kalau mak sakit ke, mati ke, Alif takkan sempat jumpa mak.."
Kata-kata yang pada waktu itu sukar untukku tafsirkan dengan logik akal. Apa yang penting bagiku pada waktu itu ialah dapat melanjutkan pelajaran walau sejauh mana pun kaki ini perlu melangkah. Benak hati terfikir, mungkin ibu risau tentang perjalanan aku nanti. Jauh, dari Pahang menuju ke Kedah mengambil masa 10 jam dengan menaiki bas. Seorang diri pula.
"Allah ada ibu, Allah ada..."
Alhamdulillah, dengan bekal hanya Iman dan tawakal, akhirnya sampai juga kaki ini ke medan perjuangan ilmu bergelar Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah. Melihat rakan-rakan yang datang bersama keluarga, tergambar betapa gembiranya perasaan mereka. Bertuah mereka, patut bersyukur pada Ilahi. Ibu dan ayah mereka senang, ada kereta untuk membawa anak tersayang menuju ke medan perang. Ayah aku? Hmm... teringat pula kereta lamanya yang tersadai di depan rumah. Ayah selalu bertarung dengan kereta kesayangannya itu. Sekali sekala syukur jika kereta itu dapat dihidupkan, tetapi selalunya memang sukar mendengar dentuman enjin daripadanya.
Harapan aku hanyalah satu, aku ingin memiliki satu-satunya angka yang cukup dikejar oleh pelajar ketika itu, 4.0 flat. Doa dan usaha aku gandakan dari hari ke hari demi mengejar kejayaan tersebut. Teringin sekali membawa balik angka tersebut dan menunjukkannya pada ibu. Walaupun ibu mungkin tidak mengerti apa makna di sebalik angka itu, cukuplah dapat melihat senyuman di wajahnya tatkala aku mengatakan aku antara pelajar cemerlang di kolej ini. Harapan itu aku simpan dan semat di dada. Adakah peristiwa itu akan telah tertulis di Lauh Mahfuz? Sungguh, Tuhan lebih mengetahui.
Aku masih ingat hari itu, hari Khamis. Aku keluar dari bilik kuliah dan menuju ke kantin. Aku cuba meraba-raba poket, mencari sekiranya masih ada sisa-sisa wang yang masih tinggal. Harapanku hancur, poketku kosong. Duit elaun telah habis aku gunakan untuk membeli barang-barang untuk menghadapi kuliah dan peperiksaan nanti. Dengan niat berpuasa, aku melangkah longlai menuju ke arah bilik. Mataku masih memandang rakan-rakan yang sedang enak menjamu selera masing-masing. Kalau ikutkan nafsu, ingin saja aku pergi ke arah mereka dan meminjam wang seperti sebelum ini. Namun bila memikirkan hutang yang masih tidak dapat aku langsaikan, aku mengalah. "Minum air paip lagi hari ni," desis hati kecilku.
Salah satu cara untuk aku menghilangkan rasa lapar adalah tidur. Cara itulah yang sering aku lakukan sejak daripada kecil lagi. Keluarga yang miskin menyebabkan kami sekeluarga sering menahan lapar sehingga berhari-hari lamanya. Mungkin sebab itu puasa tidak menjadi satu masalah buatku. Berlapar di siang hari sudah menjadi rutin waktu kecilku. Malam? hanya minum air paip dan terus tidur.
Aku melemparkan badan yang kian penat di atas katil dan cuba untuk lelap. Peliknya pada hari itu, aku mudah melelapkan mata, tidak seperti selalu. Dalam tidur, aku bermimpi perkara yang amat aneh sekali. Bayangkan, dua buah kotak masing-masing berada di sebelah kiri dan kanan. Lalu dua kotak itu bergerak menuju ke tengah antara kiri dan kanan, bercantum menjadi satu kotak. Setelah lama kemudian, hanya salah satu kotak sahaja yang kembali ke tempat asalnya tadi iaitu di sebelah kanan sedang kotak yang asalnya berada di sebelah kiri masih kekal ditengah-tengah.
Aku tersentak dengan deringan telefon bimbit yang berada di sisi. Dengan mata yang kurang jelas kerana tidak memakai cermin mata, aku melihat nombor yang tertera di skrin telefon. Ni nombor ayah, desis hati. Tanpa berfikir panjang aku terus menjawab panggilan tersebut. Eh, kenapa suara abang aku yang keluar ni? Mungkin talian di sana tidak berapa baik, sebab itu suara ayah dah macam suara abang, fikirku.
"Alif, mak dah takde..."
Kata-kata abang itu aku sambut dengan jeritan yang teramat. Sukar untuk aku percaya saat itu. Dalam keadaan wang yang kosong, aku bergegas menuju ke bilik sahabatku, Kamal. Saat itu, hanya dia yang terbit di benak fikiran. Mungkin dia dapat meminjamkan sedikit duit untuk tambang bas pulang nanti. Sesampai aku di muka pintunya, dia secara spontan melihat ke arahku lalu bertanyakan hajat kedatanganku.
"Mak aku dah meninggal Mal. Aku nak balik tapi takde duit. Pinjam RM50 mal, nanti aku bayar balik.."
"Takpe, kau tunggu sini, nanti aku datang balik. Tunggu kejap.."
Itulah sifat seorang sahabat. Dengan menebalkan mukanya demi seorang sahabat yang dalam kesusahan, dia pergi dari satu bilik ke bilik yang lain untuk meminta sedikit bantuan bagi membantuku. Beberapa minit kemudian dia kembali dengan membawa sejumlah wang.
"Nah lif, RM150 budak-budak ni yang kasi. Tak payah bayar balik, kau buat tambang bas dan makan minum kau dalam perjalanan nanti. Aku tahu kau tak makan dari semalam. Nanti aku jumpa pensyarah untuk tanyakan tentang bas. Budak sekolah kebetulan balik cuti seminggu hari ni lif, jadi tiket bas ke timur banyak dah habis. Kau tunggu sini."
........................................................................
Mataku memandang tepat ke arah mayat itu. Aku masih tidak dapat menerima hakikat tersebut. Itu bukan ibuku, aku memandang ke arah langit lalu bertanya seolah-olah insan yang sudah kehilangan akal dan akidah. Ya Allah, apa dosa aku sehingga kau uji aku sebegini rupa? Air mata lantas membasahi pipi, seperti menjawab persoalanku. Aku pergi tanpa redha ibuku... ucapan terakhirnya masih terngiang-ngiang lagi di benakku...
"Alif tak payah pergilah Kedah. Kalau mak sakit ke, mati ke, Alif takkan sempat jumpa mak.."
Keberkatan dalam hidupku mula hilang, itu yang dapat aku rasai. Peperiksaan akhir semester satu merupakan penyeksaan buatku. Sukar sekali untuk aku menjawab persoalan yang diberi walaupun sebenarnya aku mengetahui jawapannya. Betul, walaupun aku tahu jawapan di sebalik soalan, aku masih tidak mampu menjawabnya, sukar untuk difahami, tapi itulah apa yang aku alami. Waktu itu aku mulai sedar, angka yang selama ini aku kejar tidak mungkin dapat aku miliki. Satu sahaja doa yang sering aku panjatkan pada Ilahi.
"Ya Allah, sekiranya Engkau tidak mengizinkan aku untuk memiliki 4.0 flat dalam pelajaranku, izinkanlah aku mendapat 4.0 flat dalam Imanku Ya Allah. Amin"
Saat itu barulah aku benar-benar sedar, aku terlalu mengejar 4.0 flat sehingga aku lupa tentang keberkatan daripada seorang ibu. Apabila keputusan diumumkan, hanya seorang pelajar sahaja yang mendapat 4.0 flat dalam kolejku. 4.0 flat, yang terbaik dan sempurna sekali, semua "A". Sehingga hari ini baru aku sedar, bukan 4.0 flat itu yang aku kejar. Tapi Iman 4.0 flat, Iman yang sempurna daripada semua segi. Semuanya "A", seperti para sahabat Baginda Nabi Muhammad S.A.W.
"Ya Allah, kurniakan aku iman 4.0 flat, Iman yang sempurna..."
Pada kawan-kawan dan para sahabat yang membaca, harap kamu semua dapat mengambil iktibar. Sampai saat ini, keberkatan dalam menuntut ilmu masih saya tercari-cari. Usaha telah saya lipat gandakan, pensyarah dan tenaga pengajar telah sehabis usaha saya hormati. Namun kemudahan dalam menuntut ilmu tidak lagi saya rasai seperti dulu. Keputusan dalam peperiksaan semakin menurun dan tekanan dalam hidup semakin bertambah. Kenapa? Kerana Ibu.
Saya berasal dari keluarga yang susah dan waktu penghijrahan saya ke Kedah itu adalah saat di mana ibu sedang mengalami sakit tenat tetapi saya tetap dengan pendirian untuk menuntut ilmu dengan harapan dapat membetulkan umat Islam dan diri sendiri. Sedangkan saya tidak sedar saya dalam kemurkaan Allah. Sehingga hari ini saya berdoa, moga Allah ampunkan dosa saya terhadap ibu. Tiap-tiap pagi saya hadiahkan pahala al-Mathurat buat ibu, tetapi masih sehingga kini belum terjawab persoalan di benak fikiran. Anak soleh atau anak derhakakah aku ini?

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: 'Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara, sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.'
[Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya]
Ingat sahabat sekalian, nabi menyebut "anak yang soleh". Ada satu syarat yang teramat berat sekali di situ iaitu soleh.
"Senangnya soleh di mata manusia, tetapi sukarnya untuk soleh di sisi Maha Pencipta."
- Artikel iluvislam.com

November 18, 2011

muehehehe.

assalamualalikum:)


oyeah,hari ni balik cuti akhir tahun dimana budak-budak SPM meneruskan perjuangan mereka.ermm,banyak perkara yan ingin diceritakan,diluahkan,disuarakan dan macam-macam lagilah.yang pasti aku akan menghabeskan jua penulisan aku hari ni cause pas ni insyaALLAH 9(doa-doakan la) aku tak nak online dah.TEET. *eh,boleh ke? takpe,kite tengok je lah ye sue?hehe


okeyh,first pasal result.alhamdulillah aku dapat 8 A dimana campur-campur la kan A-,A dan A+.dan seterusnya 3B.tapi ni yang teruk sket dari sbelum ni.ade yang dapat stret A,tahniah fariez.10 A pun ade.9A dan seterusnya.okeylah tu kan.korang dah buat yang terbaik untuk diagnostik ni.kite tengok lak ranking SBP yep.doakan yang terbaik.amin.tahun depan maybe dah tak same kelas ngan  budak 4 jaguh tahun ni.hukhuk.sedeyhnyek!hari selasa malam tu ada jamuan kelas bersama cikgu siti dan ckg azizi *memangla dorang kan suami isteri memang best gilaa malam tu makan nasi minyak.ambil gambar tapi afiqah husna tadek gi kem jati diri form 1.lepas iring ckgu balik.sambung ngan men macam-macam.dengan ade speaker dengan mic skali.maklumlah kelas aku tu semua MT sekolah blake tapi tak termasuk aku lah.kemas-kemas semua.lupe plak nak cakap yang kitorang buat kat kantin.




ape lagi eak,asal lupe plak ni.haa,aku bace novel Baju Pengantin Mak Andam lepas periksa aritu.novel tu yang sempat.haha,macam perlu je.memang meleleh la ayer mate ni.haha,kalau nak tengok dari fizikal aku ni memang nampak gila-gila sikit dan macam takde feeling pun.kawan-kawan aku pun cakap macam tu.heh,aku ade jugakla.memang sedih pun bace.sweet.aku sarankan korang bacelah.boleh mantapkan penulisan karangan dengan tambahan ayat-ayat gramatis semua.aku terpikir guane lah dorang yang menulis novel ni boleh pikir nak buat cite-cite yang sedap.ah,lantak dorang lah kan.dah nak camtu nak guane lagi kan.hish ape-apelah.buku sinergi aku tak habis nak bace.novel tu pasal islamic sket lah.takpe-takpe,cool.


ni pasal persekolahan pada tahun hadapan.hal ini bermakna aku dah jadi calon SPM.T_T.hikkk.pagi tadi ade perhimpunan *memang pagipagi ade pon ustaz shamwil cakap tahun depan nak lagi berdisiplin dan patuhi peraturan sekolah itu.perkara biasalah kan kalu duk sekolah kan.tak lari dari semua tu.yang ade perubahannya hari khamis pakai baju rumah ngan seluar slack.whoaa ini best.sebab sebelum ni kena pakai ngan seluar track yang tak sama warna tuh kan.bonda lak suh pakai lencana dan name lau ade.ish,mane nak cari lencana? dah la tahun last.hehe,okeoke.nanti la beli baru.




lagi-lagi,nak cite pasal malam perpisahan dengan form 5 dorm aku.SOBS.mula-mula-mula aku dah tido dah cause ade yang nak packing lagi.then,dorang kejut la sape yang tido tu except OJE yang terlalu kepenatan pergi ke maahad tahfiz.kitorang cakap-cakap la.sedih.dorang da takde dan amanah tu turun la kat kitorang yang form4 ni.sampai pukul satu lebey kurang.gudluck kak ecah,kak syak and kak fatin dalam spm.saya tau anda semua boleh buat.chayok!doakan kitorang yang nak berjuang lagi ni.takut:(


kerja sekolah amatlah belambak.gone ney?nak pergi jejalan lagi.hehe.insyaALLAH boleh jawab.dah la nak SPM tahun depan.memang tak caye sebab macam sekejap je aku baru masuk time form 1 aritu.,tuptup dah nak naik form 5 dah.memang senior lah aku ney walaupun perangai tak berubah lagi kan.hehe.cane la eh tahun depan kan.


okeylah,menda tu je aku nak story kat sini walaupun tadek orang nak bace kan.takpelah.lain kali pulak.assalamualaikum=)

November 8, 2011

kbai.

assalamualaikum semua,kbai?taktahu ke?itu singkatan bagi OK BYE.taktahulah mane datangnya nickname tu.aku tiru je lah kan.actually hari ni nak balik dah.penat dah duk rumah.nak gi sekolah pulak.hehe,ye ye o je kan.malam ni ada MALAM SANJUNG GEMILANG.mc dy biasalah kan mestilah syue ngan ayie.huwaa,hebat-hebat.MSG nilah yang bagi anugerah kat seme yang telah menaikkan nama sekolah kan.alhamdulillah ramai f4 yang dapat tak termasuk aku.aku ni tak aktif sangat sebenarnya kan.tak mampu nak dapat anugerah yang sekolah  bagi.takpe-takpe.bersyukur je lah ngan ape yang ade kan.taktahulah lagi nak pakai baju ape sebab aitu syue cite yang bonda nak wat gempak punya.sebelum ni kitorang pakai baju batik.itu dah menjadi kebiasaan ngan baju batik koy yang dah lusuh tu.haih,teringat plak nak bayar baju batik yang baru ni.hmm..kite tengok je lah nanti bagaimana yaa.satu lagi,petang ni sebenarnya ade rehearsal pemakaian pangkat.huhu.aku dapat la gak naik pangkat dalam pasukan pandu puteri ni.weheee!


esok yang betul-betulnya.harap-harap  berjalan dengan lancarlah kan.amin.sekali ngan tu ade TTS.tempur tanpa senjata oleh pkbm sekolah.whooaa.petang-petang dorang asyik wat latihan nak mantapkan pertunjukan tu nanti.tak sabar nak tengok rasenya.haha,


aku ni nak balik tapi tak packing lagi.teruknya--,  adek aku pun yang sheikh muhd azim tu pun balik petang ni.akak aku ni yang tak balik lagi kan.2 minggu lagi nak sekolah sebelum cuti akhir tahun dan tahun depan nak naik form5 pulak.mak eh.tak sanggup rasanya nak lalui dugaan sebelum SPM kan.takut pun ade.jadi senior dah aku skang ni.takde dah akak nagn abang yang lagi tua dalam sekolah tuh nanti kan.dengan pemimpinan yang baru dilantik aitu.semoga pemimpinan tahun depan berjalan degan lebih baik.amin..


okeylah nak gi onn fesbuk jap,nak tengok menda yang ade pastu nak gi packing.doakan perjalanan aku e sekolah baik-baik aja.till then,ASSALAMUALAIKUMwarahmatullahiwabarakatuh=)

November 5, 2011

happy eid:)


assalamualaikum:)

disini saya nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.

korbanlah seadanya,yek.

hepi befday gak kat afif irfan.beday dia 10zulhijjah.

ok,salam.

bercerita tentang periksa?

assalamualaikum!!


berbicara tentang periksa.mai sume bace!


ok,pekse aku mule dari 17 okt.haritu pekse BM dan sejarah k1.malam sebelum tu aku setudi komsas dulu.sej juz bace gitugitu je walaupun kado ke diri ini lemah dalam matapelajaran sejarah itu.
pagi tuh dorang kasi spot.aku pun sempat la bace sket.sek bek masuk la gak spot tuh.petang tuh sejarah.bolehlah jawab kan sebab bulat-bulat je kejenya.yang taktau tu hentam je lah.harap-harap hentam tu betullah kan.amin.


hari selasa tu pulak periksa BI ngan sejarah paper 2.summary BI payah nak cari point dya.aku pun copyje la manemane yang sesuai si dya.aku dapat tahu result semalam secara tak langsung sebab terjumpa madam kat bilik guru.so,aku ngan saliah pergi la tengok result.alhamdulillah A-.walaupun 70.heee.paling highest pun ayie ngan ainsya - 75.wohhooo.nampak sangat macam tak leh skor kan.mimi kat kelas 4pk tu 77.lagilah hebat.13 orang je A- dalam kelas tu.agak menyedihkan madam jugak agaknya kot.sorry madam :')..sejarah kertas 2 pulak macam hancur gila.esei die aku men bahan je.huhu.sedihnya sejarah.macam cikgu dah habis tanda je.tapi result?taktahu lah :/ aku hanya mampu doakan yang terbaik jek.cikgu hafsah,bagilah saya markah kesian sket --',


hari ketiga plak periksa math mod dan pqs.math mod tu aku bleh target kot tapi takleh yakin sangat,Allah bleh tarik bila-bila je kan.kertas dua tu graf aku buat dua-dua walaupun dia nak satu.cikgu siti tolonglah bagi markah yang oke-oke kat saya yaa.hehe.pqs?laa,Pendidikan Al-Quran dan Sunnah la.perlu hafal hadis banyak.aku buat latihan dalam JUJ alhamdulillah ade yang masuk.sian mek,dia jawab tiga je.padahal kena jawab 4.takpe mek.


khamis tuh tak pekse sebab pergi shah.ade budak thailand datang.kitorang yang pergi bandung tu kena la wat presentation sket an.esoknya la jawab PSI,pendidikan syariah islamiah.budak-budak kasi skop.bolehlah jawab gak walaupun lupe sket.hari jumaat tu balik.paper 1 dapat 31/40.alhamdulillah.kertas 2 ustazah tak abes tanda lagi an.bz saje kan.h0h0


wargh,menyala tak merah ney?hehe.sambung khamis mggu depan tu dengan subjek kimia.huh!lelah dibuatnya.tak engat sangat masuk ape dah.yang pasti skop yang dapat tu.paper 3 tu ntah pape jawab.lau kertas dua lagila kan.seharian menjawab KIMIA.memang chemist lah hari tuh seme orang.heee:)


blink blink.hari jumaat seterusnya pulak.add math\grrrrr/killer lah! dah la pagi tu start ngan add math dulu.mak ai.latihan da buat lenyek je.haduh.aku tak paham la.aku gi jawab soklan number 7 yang orang kate susah tu.aik,soalan number 8 tu lagilah.lepas pekse tu baru aku tau betapa simple nya nak jawab soklan 8 tuh.ishh.tuh la,nape aku taktau!petang tu pekse kertas 1.dalam dewan yang serba panas tuh.ni sebab nak selaras 1 form dalam tuh.mak eh,penuh dewan tuh.154 orang.bayangkan lah.ni memang tak cukup masa lah.papepon aku pkai hentam je.cikgu kate baru kertas 1 yang ditanda oleh cikgu baru.cikgu zizi kate ade gak yang 70 lebeyh dr 80.macam fariez je kan.takpelah,kite tengok nnty.


isnin plak,biologika.lagilaah peningnya.rase nak nanges je :'( tapi tahan je kan.dah memang aku tak banyak study.dalam kelas tak tumpu perhatian.haa,keluar dah ayat skema kan.p1 p2 p3.huh.  =.='
paper 3 la.bace menda lain tp kuar laen.anaerobic ngan aerobic lain kan?yes,tol la tu.buat je report tu hentam nak mampus.


keesokan nya lak arab.aish,baru nak bace pagi tu.mak ehh.sekbek sempat yang durus wa 'ibar tuh.tapi karangan?hancuss~paper 1 same gok.soalan dyaaaaaaa.banyak pakei hentam sajaa.masdar je banyak.alooohhhh,ustaz kan baik.wee


paper last yang killer teramat,physic la kan.huuuu.ni mmang nak nanges tol.kertas dua tuh.essai manyak salah wwooo.cikgu,malu..heeee~mintak maaf cikgu:(  #speechless


last day,pj ngan sivik.huhu.enjoy gilak.mainmain dan tak study langsung kan.tapi hati ni risau paper   punya result.ya allah,bagilah yang terbaik untukku.amin.




huuu,itulah ceritaku.sedeyh nyek.doakan aku dapat flying kaler not flying kick okey?


salam:)

 
Copyright sns-sitinur.blogspot.com :)