Photobucket

December 22, 2011

PMR 2011



Assalamualaikum semua.
lama tak hapdate belog ini.
takde mase kot.
buat kerja dan online<--hape ntah.
banyak post yang di drafkan.muahaha.
yang ni takleh nak draf lagilah.
sebab teruja sangat.
hari ni result PMR keluarkan.
aku pon sampai termimpi malam tadi.
pelik kan.padahal aku dah lepas dah semua benda tuh.
punyelah caring kat adek-2 ni.cewahh!
aku mimpi 10 orang je stret A.
menda lah kan.
debor gak.
buatnya betul.
malam tadi ayah aku gi buat analisis kat PPD.
balik dalam pukul 12.30.
macam tahun lepas gak kan.

pagi tadi,gi text munira.
adek dorm aku tuh.
dye kate OTW.ohooh.
tak sabar betul aku ni.
dalam sebelas lebey text lagi.
tak balas.cuak lah tu.haha
then,ayah aku balik.
bawak kertas analisis tuh.
cepat-2 tengok.
InSTAR num 2 dalam pekan.
SHAH the first place.
memang camtulah tiap tahun.
hasilnya?
alhamdulillah.

41 daripada 86 stret A
GPS 1.16

meningkat weyhh.
aku pun dengan yakinnya text si munira tadi kate congrats.
sebab aku tahu mesti dia stret a punya.
memang btul pon.
batch aku tahun lepas 38 je and GPS  1.21
malu la plak ngan diorang ni.
trial pon dorang agak teruk sampai kena warning ngan ayahanda.
mungkin tu lah hikmahnya. 
tahniah la kat adek-2 ni.
yang tak berjaya tu ingat,PMR ni sekadar nak tahu aliran ape yang patut amek.
kat adek dorm aku tahniah SYAQIRIN ngan MUNIRAH ngan FARAH.
syaq ngan munir 9A.
farah lak 6A.oke la tuh.
jangan sedey plak farah.
yang dua orang lagi tuh jangan terlebih hepi lak.
tahun depan banyak lagi cabaran.
subjek susah wooo.
\saiko/

haha,teruja betul ngan diorang ni.
sebab dengan ade yang saketnya.
terpaksa pekse kat bilik saket.
farah nasuha,dia stret a gak walaupun jawab dalam keadaan saket.
aku plak sian tengok ustaz bakeri hari-2 datang waktu prep tengok diorang ni.
bertuah gila dapat cikgu penyelaras macam tu.
korang dah buat ustaz bak bangge tau.tahniah.
berbaloi ape yang korang dah buat selama ni.
banggekan sekolah ngan ustaz sendiri.
tahniah,tahniah dan tahniah lagi!
tahun depan rasenya ramai lagila budak sains agame

kepada anda yang membaca ni esp lepasan PMR 2011,tahniah!

okelah,dah lepas perasaan teruje ni.haha.
assalamualaikum!

December 16, 2011

SOLEHAH


Finalis SOLEHAH 2011




Assalamulaikum.
weyh,korang tengok tak program realiti Solehah malam tadi?
yang episod penentuan tu.
kat TVAl-Hijrah tuh.
tengok?
bestkan.
aku tengok sampai habis malam tadi.
 ni senarai finalis solehah



semua sekali 10 orang.
dari awal takde penyingkiran.
bagus la,dapatla semua timba ilmu kan.
persembahan awal dia selawat.
jom tengok






macam-2 tajuk yang diorang persembahkan.
nak tahu tak juara,naib juara ngan tempat ke-3?
walaupun korang dah tau kan.
nak gak aku bitau.haha








nilah juara nya.
dapat kereta lagi tuh.ahah.
RM30,000.
banyak lagi la hadiah dye.
wah-2,bertuah gilaa.
tapi jangan lupe sambung dakwah tuh ek,buka  semata-2 hadiah je kan.


bawah ni persembahan diaa.




boleh tahan la gak cara penyampaian dakwah akak ni.huaha.
berbaloilahh!tahniah kak amie sofia:D






yang kedua plak kak wan nor mazuani.
dari kuantan tuu,bangge la sebagai jiran kuantan.huu
tengok persembahan dia plak.
siap buat kejutan lagi:)




ni dapat RM20000.ehekk!
tu je aku tau.




kak nurul eswani.
RM10,000.ohmyyy!


tuh je laa aku nak tunjuk.
kalau nak tengok.
kalau nak tengok finalis yang selebihnya gi sini sini.
cari lah mana-2 korang nak tengok.


haa,ni lagi best.
persembahan terakhir tapi sebelum pengumuman pemenang laa.


okeyy,enjoy!




comel kan budak-2 tu.
kecik-2 lagi dah pandai.alhamdulillah.
bangge mak bapak.


bila plak SOLEHAH ke-2 bakal menyusul?
kita tengok je la nanti.
huu:)
assalamualaikum!

December 14, 2011

alhamdulillah

assalamualaikum.
hari ni saya dah belajar bermacam-macam perkara.
sakit dah mate ngadap screen ni.
kena pakai spek ni,huhu.
tengok.
aku dah edit macam-2 kat blog nnih
thanks kat sape yek?
nanty kreditkan lah.
kerana banyak menolong.
puas hati la gak.
hari ni buat kerja blog
esok wat kerja sekolah plak.
kire fair and square lah kan?
tapi header kat atas tuh tak reti nak ubah.
tolong-2 lah sape yang reti.
saya ni kuno sket.haha

tadi pergi kat home.
nampak ade satu artikel yang pendek tak pun cerita kot.
jom baca

Seorang lelaki NON-MUSLIM datang ke Malaysia untuk bercuti, kebetulan pada hari tersebut merupakan hari agama baginya, dia pun pergilah mencari GEREJA berdekatan tetapi tidak diketemui.
Akhirnya beliau bertanya kepada seorang wanita: "Saudaraku, dimana Gereja yang terdekat?"
Kemudian wanita itu menjawab: "Maaf, saya ISLAM."
Selepas itu, non-muslim tadi berkata: "Oooo.. Saya ingat kamu adalah sebahagian dari kami (bukan Islam) sebab biasanya seorang wanita ISLAM akan pakai penutup kepala (jilbab). Maaf², saya tadi tidak dapat MEMBEZAKAN awak ISLAM atau Kristian

 dah bace kan?
memang terasa gila lah bagi sesiapa yang terasa.
but aku rase ni memang btul.
kan dah hukum hakam nya begitu?
buat malu je lah.
aku sekadar berkongsi sahaja.
untuk mengingatkan kepada yang lebih baik.
insyaALLAH,kita sama-2 berubah ye wahai rakan seISLAMku?

sampai situ sahaja:)

assalamualaikum.
orait,

December 9, 2011

cara mandi wajib yang betul

assalamualaikum:)

tadi masa berjalan-jalan dekat mane ntah terjumpa artikel ni.
sangat sesuai untuk kita sebagai seorang umat islam.
so,kat sini nak berkongsi lah serba sedikit bagi yang tidak tahu.
malah yang sudah sedia maklum boleh juga memahami dengan lebih mendalam.
wallahualam.

Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah…
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut,tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.Untuk melakukan mandi wajib yang betul,seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya,ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),Ustaz Haji Mat Jais Kamos, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah,didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.
“Akibatnya,mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.Apabila mandi wajib tidak sah,ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul.” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.
Mandi wajib yang juga disebut sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam.Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara:
Pertama : Niat.
Kedua : Menghilangkan najis pada badan.
Ketiga : Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”
Niat itu didalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.Bagi perempuan yang habis haid,niat mandi wajib ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas,niat mandi wajibnya ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.
Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah.Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya.Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan,niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.
Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2,iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan,menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan,najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib.Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
Sementara rukun mandi wajib yang ke 3,iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir,meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan,sama ada bulu2 yang jarang atau lebat.Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul,sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka.Bulu2 dalam lubang hidung pula,tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin.Tetapi sekiranya,bulu2 di dalam hidung itu bernajis,ia wajiblah dibasuh.
Mengenai kuku pula,jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku,kotoran itu wajiblah dibuang.Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.
Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai,inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai,mandi wajib seseorang itu tidak sah.Oleh itu,seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai,jika dia hendak mandi wajib,dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya,sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.
Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai.Inai sebenarnya akan meresap ke rambut,tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.
Tetapi dalam hal ini,jangan pula ada yang salah faham.Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis,bukanlah bermaksud menjadi tidak sah.Dalam hal ini,sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza.Jadi,mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.Dalam hal ini juga,sukalah saya menyatakan,huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib.Jadi,ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.
Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula,Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani,keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja,iaitu keluar darah haid,nifas dan melahirkan anak(wiladah).
Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga,air paip,sungai laut dan tasik.Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula,mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh,tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.
Selepas bersetubuh pula,jika ia dilakukan pada waktu malam,jika tidak mahu mandi wajib lagi, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat,manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
Rasulullah S.A.W Bersabda : " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat, Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafaat kepada manusia lain." [Hadith Riwayat Muslim]









finally -.-


yeah,baca dah tu ?
memang Allah dekat ngan kita sebenarnya.inallahmaana.kat mana-2 pun Allah sentiasa bersama kita.
jangan risau untuk membuat sesuatu yang baik dan risaulah untuk membuat perkara yang negatif.

--------------------------selingan-----------------------

ouh,finally i've finished my homework.
not all but a little bit.just literature a.k.a KOMSAS.
tepuk tangan sket *sendiri la.
tapi perlu di tacap-2kan lagi.
insyaAllah akan siap hari ni jugak.

alahai,kau baru nak siap hari ni?

orang lain dah nak habis buat homework lain dah sue.
lambat la kau.

mungkin ade yang cakap macam tu.
ouh,never mind.cakapla lagi.tak kesah la.hehe.
memang la aku ni lambat sket buat kerja.
at least,buatla jugak kan.

 untuk anda, anda, dan anda.
kalau terasa lah.nak siapkan  KOMSAS ni tak.
mestilah nak.
tapi tak tahu kat mana nak dapat sumbernya ya?
betul betul betul.
meh sini saya tolong awak walaupun awak tak nak.

cuba pergi dekat link cikgu ni.
aku tak kenal la cikgu tu sape.
tadi pergi gali cari kat google jumpa menda ni.
amek je lah kan.
sila pergi ke sini untuk kesenangan masa depan anda.


orait,GTG.
assalamualaikum :)












click yaww !

December 6, 2011

kerja sekolah ;/

assalamualaikum:)memandangkan cuti yang panjang dan budak batch 95 ni nak masuk jadi f5 tahun depan,cikgu-2 kitorang ni dengan baiknya kasi bekalan bawak balik rumah.terima kasih banyak-2 ye cikgu.bekalan tu mestilah homework kan.tak kan biskut kraker tu pulak.heee.so,nak buat list la kerja sekolah gue nih(bukan nak mintak simpati,hehe)

BAHASA MELAYU : komsas tingkatan 5
BAHASA INGGERIS : hand out
BAHASA ARAB : hand out
PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH : buat pembetulan PAT
PENDIDIKAN AL-QURAN DAN SUNNAH : nota sirah tingkatan 5
SEJARAH : nota bab 1-5 tingkatan 5
MATEMATIK MODEN : hand out
MATEMATIK TAMBAHAN : hand out
FIZIK : hand out
BIOLOGI : lengkapkan hands on
       +            KIMIA : hand out
_____________________________________
_______cukup 11 SUBJEK_________


dah tengok kan? banyak gila.tapi wat cool je.heheh.masih ade yang belum di langsaikan.takpe,nak berjaya kena la camni.banyak HW.dah nak SPM tahun depan.kena la bergerak lebih maju.tak caye la plak nak jadi calon SPM dah tahun depan.ya allah,sekejapnye masa berlalu.rasenya baru aitu amek result PMR.haha.semoga tahun depan lebih baik dari tahun ni.

lagi satu,result PAT dah sampai rumah.result menurun tapi bersyukurlah jugak kan.tengok kat ranking SBP tu,fariez yang number satu dalam batch pon dapat nombor 202 dalam SBP.dia kata budak yang dapat no1 tu sepupu dia.memang keturunan hebat ape.haha,tak kesah lah.meh tengok ranking SBP aku.

klik kalau nak lebih jelas

atas aku sket ARRA

name aku yang dikotakkan tu.715/9173.alhamdulillah:)

muahaha.nasib baik dalam top1000.bukan top10.bersyukur la weh!pertingkatkan lagi untuk SPM tahun depan.let by gone be by gone.

sekian,assalamualaikum !


December 5, 2011

penat.

assalamualaikum:)
lama tak tengok BLOG ney.nak kate rindu tak sangat.hehe.sori.seminggu menghilang dari pekan.bukan kene buang daerah  tapi pergi cuti-cuti Malaysia.hehe..orang duk sedap gi tusyen kite ni gi jalan-jalan plak ek.


 baru malam tadi sampai ke pekan.dari perak ke shah alam.dari shah alam turun ke cheras and then balik la rumah.mengambil masa 10 hari.fuhh,padahal dalam malaysia gak.


meh nak cite sket.kalau taknak bace gi la tekan button X kat atas belah kanan ye..hari khamis dua minggu lepas.hui lamenye. pergi bertolak ke pulau pinang menaiki kapal terbang.kehkeh.penerbangan dalam negeri je.dalam 1jam lebey sampai la.aku ngan tiga yang lain je pergi awal.sampai sane mak sedara aku amek.gi round USM p.pinang tuh.pastu pi pekena laksa penang.heheh.meleleh ayaq mata naa.haha.dalam pukul lapan tu sampai la rumah dia kat parit buntar,perak.pening gila lepas tu.adek aku yang kecik tu plak menanges cari mak ayah dia.kena la aku pujuk sebab dia tu rapat ngan aku sket.hehe.bange-2.malam tu ade gak perkara yang memang sangat tak diingini berlaku.sedeyh gile tapi takpe.aku kene tabah gak.ngeh2.


esoknya lak duk umah tak wat menda.mak sedara aku tu plak dia gi kerja.duk bilik je lah aku.bosan teramat sangat.takde ape yang best  pun haritu.juz menunggu mak ayah adik ngan tok aku je sampai.tunggu punye tunggu sampai gak mak abah ni lebey kurang 11 malam lebey.yang tok aku dia tak larat dah.dia tinggal  kat umah maklong aku kat batu gajah sebab sebelum mak ayah aku datang parit buntar tuh,singgah umah mak long jap kan.then,makan-makan char kuey teow.tu pun first time makan kuey teow kat luar.aku mane minat kuey teow selain kena makan kat dema.hehe.


hari sabtu tu plak pegi round bandar parit buntar.memang kat sana banyak kemboja jual baju kot.gi lah usha-2 baju.lagipun kakak aku nga cari baju untuk pertunangan dia nanti.bajunya cantik-2 mesti hargapun sama je kan.melepas lah nak beli baju yang lawa-lawa tuh.T_T.kat sana banyak jual baju kurung ngan tudung-tudung.bukan t-shirt atau  blouse ke.hari tu jugak kan kena bace doa akhir tahun dalam kalendar hijrah.petang tu dalam pukul 6 kitorang kat sana  bace yaasin then doa akhir tahun.dalam pukul tujuh tu berangkat plak ke simpang ampat lebey kurang 20 KM dari situ.aku panggil dia tok cik.tok cik ni adik ipar kepada tok aku.boleyh paham tak tau buat-buat paham je lah.


ahad tu plak pergi kuala gula.alah,tempat perlancongan tu.sampai sana tu pun tengah hujan.so,burungnya ade la gak berterbangan di udara.eceh.kalau nak naik boat katenya 13 orang satu boat RM180.hukaloh.tokse lah,lagipun hujan kan.gi lah jalan-jalan sampai tersesat jalan pun ade.haha =='


isnin ni la yang agak bestnye.pergi ke pulau mutiara.taktau ke?ahh,deoh sangat.gi sana naik feri skali angkot ngan keretanya skali.ketenya balik tu baru    
lalu jambatan.sampai-sampai dah tengah hari.pergi solat kat surau USM.tunggu mak sedara yang kat parit buntar tu tadi kat situ lah.dia bawak lunch sekali.jadi,takyah la ayah aku nak bazir duit sara makan anak dia ni.haha.pergi makan kat tepi pantai.mulanya nak gi batu feringghi taoi dah jauh ke belakang.gi je la kat pantai tu.depan dia boleh la nampak pulau jerjak.lepas gi makan sampai kenyang tadi pergi akuarium.tempat tu takdelah besar sangat tapi budak-budak kan suka tempat camtu (tak termasuk aku yek)..tengah-tengah nak keluar balik dah dari akuarium tuh,jumpa plak jiran aku.amboihh,memang tak besar Malaysia ni.petang tu lepas solat asar pi pekena pasembur.tahu tak pasembur tu.haa,dengan banggenye aku nak bitau walupun aku pun baru tahu apebende tu.pasembur tu sejenis macam rojak la kan.dia macam-macam boleh campur.ade ketam lah,seafood.kalau tak boleh bayangkan lagi pergi tanya pakcik google takpun yahoo.kan senang.tehee.malam tu balik lebey kurang kul sepuluh sampai rumah tok cik.tok aku tak ikut pun sebab memang tak larat nak jalan-jalan ni.


selasa pergi pulak ke zoo taiping.ade orang cakap 'eleyh,takde kelas  gi zoo' bhahaha.lantak la.naik train..adek aku yang irfan tu briyee iyee.biasalah budak kecik kan.korang pun dulu same la termasuk aku kan kan.kite kene memahami yang lebey kecil.hehe.perginya pada sebelah pagi sebab kat sana time dia nak hujan mase petang je.pagi tu okeyla kalau nak berjalan.sebelum tu pergi hantar kakak aku balik ke U dia.dia naek bas dari kamunting.beli tiket pagi tu jugak.


rabu tu plak pergi bukit merah laketown.tempat dia macam waterpark la tapi tak best sangat sebab dah lama kot.best lagi BGRC.hehe.bukan nak promote.main aer sampai tengah hari.penat.si irfan tu sampai nak burn dah muke.dulu dialah takut sangat nak pergi dekat tempat air macam tu.petang tu ape lagi.melentok lah.penat main air.air je padahal.melampau gile -.-


khamis tu berangkat ke shah alam.adik kepada mak aku.sampai malam la jugak.masuk-masuk rumah dia ade sedara yang lain tapi tak kenal.tidur kat rumah pak sedara aku tu 2 malam.hari esoknya plak mula-mula taktau nak gi mana.aku pun cadangkan lah gi i-city kat ayah aku walaupun taktau dekat ke jauh.rupenya dekat je.alang-alang pergi je lah.patutnya gi malam lebih untung lah sebab banyak lampu-lampu dia pasang.memandangkan takde mase sangat gi jelah pagi tu.sejuk gile oh.bape kali ntah aku kluar masuk.kate orang tu temp dalam tu -5.mak oiii.aku skali aku tergelincir tapi nampak macam biasa je kan.hehe.balik tu nampak lak gedung jakel wat sale besar-besaran.lagilah macam nak serbu je tapi takde mase.melepas lah mak aku ngan aku skali.haha.


sabtu tu berangkat pulang ke pekan.sebelum tu gi umah mak sedara kat cheras.makan tengah hari kat situ.dalam pukul 9 lebih sampai rumah.sampai-sampai rumah pengsan semua.haha.itula trip aku untuk kali ni.mesti bosan kan korang bace sebab takde gambar.hehe.gambar tak dimasukkan lagi.lagipun malas nak tunggu gambar  tu di upload dalam blog ni.


orait.mintak maaf sebab membuatkan korang bosan.nanti bace lak entri sal result.hehe.okey,assalamulaikum :)

 
Copyright sns-sitinur.blogspot.com :)