April 27, 2013

Interview #1 : Program Khas Kejuruteraan Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ)

Assalam:)lama betul tak menulis.okay,disebabkan application aku untuk MARA di tolak semena-menanya.haha.cewah,yelah mana taknya SPM result aku sebenarnya 10A1B.Bi B+,pheww.memang melepas untuk MARA.hahaa.takpe,aku pun apply jugak untuk JPA ni.padahal engineering,dahlah ayah aku tak kasi.ngehngeh


bila dah boleh cek untuk JPA,aku pun cek la dah aku pun dapat.biasa je perasaan dia.haha.cakap kat ayah aku nak pergi,ayah aku pun macam takbenarkan je.tapi aku nak gi jugak sebab nak cari pengalaman interview.tak kisah la kalau tak dapat.dah orang lain semua dah ada pengalaman interview.aku je tak gi mana-2 IV (interview) .Mara tahun ni tak buat IV,dorang buat IQ test.yang mara-jpa buat IV.aku pun tanya la budak-2 yang pergi IV MARA-JPA.ada la jugak kawan-2 aku yg dah pergi share dorang punya pengalaman.










yang atas tu surat tawaran dia.okay,berbincanglah dengan makayah aku cane nak gi sebabnya ayah aku kena gi kursus.keputusannya,aku gi tido kat umah mak sedara aku supaya esok dia boleh tunjukkan jalan untuk mak aku yang nak hantar aku kat UIA.hehe,berbelit ayat.dahlah pergi awal konon takut jem strauberi berlaku.haha.sampai je pergi lah parking,pergi usha tempat tu.tadak orang lagi.yelah,dalam pukul 7.30 sampai.haha.ada jumpa staff tu,dia kata "awalnya datang" hehe.yang sorang lagi dia pergi tunjukkan tempat nak daftar ngan toilet.hehe.

tunggu lah sampai kaunter tu bukak.dalam masa tu ada la yang datang.mostly chinese,tadak pulak india.bila kaunter pendaftaran dah buka,pergi la daftar dan bagi apa yang dia minta tu.aku org yang kedua mendaftar.then,dia suruh cari nama,tandatangan dan tengok nombor.no 10.dahlah kumpulan pertama.weewit.dia bagi tag num 10.

selepas semua orang dah mendaftar,ada sedikit briefing untuk SAC & temuduga tu.nama orang tu Nazri,dia sruh beratur dan pakai tag nombor tadi.tiba-2 dia cakap "eh,yang pakai nombor sepuluh tu macam dah datang semalam".heh.malu seketika.ahak.


then,bermula SAC(student assessment centre)dan temuduga.sepertimana  yang sedia maklum,JPA start tahun lepas dia menggunakan sistem ini di mana ada 3 bilik dan calon akan masuk ke setiap bilik.okeh,meh aku terangkan lagi kegelapan korang yang terkedu je baca apa yg aku tulis nih.haha.

3 bilik = 3 group,maknanya dia akan rotate untuk setiap bilik.so,pagi yg aku kena  interview tuh ada 3 grup.satu grup sepatotnya 10 orang.memandangkan hari tu ada orang tak datang,gruop aku jdi 7 orang je.bilik pertama yg aku dapat ialah bilik penyelasaian masalah.full bahasa melayu.yang kedua case study,full in english.dan bilik ketiga di panggil bilik temuduga: dia akan kasi satu soalan dalam BI dan jawab dalam BI dan satu soalan dalam BM dan perlu jawab dalma BM.



                     

meh aku ceghita pasal IV aku tu,lai lai...

BILIK SATU:PENYELESAIAN MASALAH(BM)

bila dah masuk bilik tu,dah nampak dah ada kerusi bersusun.beri salam semua,dia suruh duduk.ada dua orang panel seorang lelaki dan seorang perempuan.dia bagi task di mana kami perlu berbincang sesama sendiri,tulis di kertas mahjung dah bentang.task : langkah-langkah mengatasi buli dalam negara Malaysia.haaa,macam kena buat karangan kan tajuk dia.panel tu bagi 25minit untuk bincang dah 15 minit untuk bentangkan.

kitorang tak kenal saru sama lain.ada sorang ni dia minta kertas lah untuk catat-2 apa yg nak kitorang tulis.pastu dia cakap pe kata kita taaruf dulu.haha.okay,nama dia yg tukang catat-2 tu hafizi.then,rafi,dia ni aku pernah kenal la sebelum tapi tak pernah ckap sebab pernah satu grup ngan dia  kat PISSA dulu,budak semsas.imran,ni muka dia macam pernah jumpa tapi di mana ya.penat aku fikir tapi tetap takjumpa.yang sorang lagi ni nama dia TEY je aku ingat,hehe.dia budak cina.4 orang lelaki grup aku.yang perempuan sekali dengan aku dua orang budak cina.sorang tu dia suruh panggil KHOO je,dari raub.sorang lagi panggil HUIQII,dari Alor Akar je.dan sorang lagi aku lah.cukup kan 3 orang.

time kitorang bincang tu kitorang brainstorm dulu pasal punca buli.dan seterusnya kami bincang  langkah-2 dia.masa tu kami pecah kan lagi kepada dua kumpulan.itu untuk tulis la point apa yang patut.disebabkan aku suka tulis(hah?),aku angkat tangan kata nak tulis.dah siap tulis tu,divide la sapa nak cakap yg ini yang itu.dah lebih dah ni 25 minit dan panel tu kasi extra 5 minit.

dah masa untuk bentang,kami bentanglah mengikut apa yg di tulis.aku dapat point last.lepas tu ada la yg menambah-2 skit.panel tu ada tanya 'bagaimana yang ayahnya imam dan ibunya seorang yang alim tetapi anaknya pembuli.soalan ni aku jawab la.hehe.dah habis tu,salam la dengan panel.cakap terima kasih semua:)



BILIK DUA : CASE STUDY (BI)

panel dua orang juga.berumur sudah dan sorang tu berkopiah.hehe.ni panel-2 ni dia amek lecturer dari U yang terdekat.dia suruh bincang 'how the subject can enhance the sense of belonging among the youngster'.subject dia ialah datuk Lee Chong Wei.dah lah kena cakap inggeris kan,sonyap sedikit drpd yg BM tadi.hehe.aku pun tambah-2 menda dorang cakap.then,aku yg tulis lagi.heww,takpo  naa.haha.pastu bentang macam biasa.dah habis bentang tu panel tu tanya la kenapa pilih oversea,haa,aku pun jawab la dengan sehabis baik mungkin.dia tanya lagi,apa yg patut buat dengan sports arena ni jika anda semua jadi engineer.bape kerat je yang jawab.haha.eh,durasinya sama je macam yang pertama tadi.



BILIK KETIGA : BILIK TEMUDUGA (BI&BM)

yang ni bilik yang terakhir lah kira.bila masuk blik tu sama juga,ada dua orang panel,seorang lelaki(india) dan seorang perempuan.dalam bilik ni je kitorang duduk atas kerusi yg di sediakan sebabnya untuk bilik yang sebelum ni kami duduk kat lantai yg ada karpet tu kan,kerusi semua tolak tepi.heheh.soalan pertama adalah dalam BM berbunyi 'bagaimana untuk meningkatkan kualiti pengangkutan awam di Malaysia'.dia suruh bincang-2 dulu,nasib aku bawak masuk buku nota,kira boleh la catat2 apa yang patut.yang untuk ni,dia akan tanya sorang-2 tapi kira untung la sebab tahu kan apa dia soalannya.nasib lah aku nombor 10,jadinya jawab last skali.nasib lagi orang-2 sebelum aku tak bagi point yang aku nak jawab.haha.

nak tau apa yang aku jawab??letak CCTV dalam setiap pengangkutan awam.huaahhaa.memang puas hati betul prof india tu.tapi awas,untuk sesi ini dia akan condemn kita dan terus-menerus pangkah kita.mungkin aku yang last kot so dia tak banyak pangkah aku la.aku perasan yang awal-2 tadi banyak kot dia berdebat ngan member-2 grup aku tuh.perasaan malu lu tidak la jika kena pangkah sebab semua orang akan dia debat.hohho.

untuk soalan BI lak,lebih kurang macam ni lah : kalau masa awak belajar kat luar negara,ada seorang wakil kompeni ni dia tawar kerja kat negara tu.apa respon kami yang di taja JPA ni.aku jawab la aku tolak sebab kita dah ada kontrak dengan JPA.yg prof pompuan tu dia pangkah,tapi kalau awak terima tawaran dia awak akan dapat gaji besar dan boleh bayar balik kepada JPA.aku cakap la aku taknak bayar sesen pon kat JPA.heehee v.v

habis sudah interview ku pada hari itu.memang best jugak la,dapat kawan baru.aku tak aim sangat nak dapat tapi aku aim nak dapat pengalaman je.yes,,now i have the experience in interview.heheh,tercapai hasratku.esoknya pulak aku ada interview untuk pinjaman Yayasan Pahang.nanti aku cerita pasal tu pulak.ohehh,nak bagi sedikit tips mungkin ada adik-2 atau rakan sebaya atau senior-2 yang nak pergi interview.tak kisah lah kan interview apa.jom..

TIPS INTERVIEW

sebelum temuduga

  • cetak apa yang di perlukan
  • cari seberapa banyak mungkin info berkaitan dengan temuduga/kos tersebut
  • berlatih speaking depan cermin supaya menjadikan diri anda lebih yakin
  • buat sedikit catatan pasal nak perkenalkan diri,kalau boleh banyakkan cakap pasal pencapaian kita
  • bertanyakan rakan-2 yang telah menghadiri temuduga tersebut

semasa

  • jangan terlalu gementar kerana ketenangan mengatasi kebijaksanaan.hihi
  • cuba membuat eye-contact dengan panel,jangan tunduk sangat.nanti lagi lah dia tanya kita kan
  • menjawab dengan baik apa yang di tanya
  • cuba menonjolkan diri dengan cara yang patut
  • etika pemakaian harus di patuhi
  • jangan goyang-2kan kaki anda bila duduk,ia akan menarik perhatian panel.hoho
  • cuba menjadi orang yg volunteer awal.hehe

setelah

  • tawakaltualallah yang lebih baik,kita dah berusaha kan,allah yang menentukannya
  • cuba lah usha-2 laman web ataupun emel  dia kot-2 dah keluar keputusan
  • berkongsilah dengan rakan-2 yang sepertimana yang telahku kongsikan:)





semoga apa yang telah aku sampaikan ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada kalian yang membacanya:Dterima kasih kerana telah baca entri yang paling panjang aku rasa.haha.assalam.


 

5 smile (s) here :

Fatin Nabila Zainal said...

OMG, you are so clever girl! :D

Siti Nur said...

@Fatin Nabila Zainal :hehhe,not so clever actually with 1B in SPM.there 15000++ students who are more clever than me and involving you too:)thanks!

Addin Aisyah said...

wahh. nice experience.. :) all the best! ^^

Siti Nur said...

@Addin Aisyah : yeah,thankyou:)

Nilam Sari said...

Awak dapat ke biasiswa jpa? Dkt mana?

 
Copyright sns-sitinur.blogspot.com :)