Assalam.sekian lama menunggu hadiah dari seseorang,rupanya hari ini telah sampai.hahah.hadiah tu dari sorang blogger.nape aku dapatkan?sebabnya aku ada join satu gieaway dia.menanglah giveaway tu.siap dapat hadiah esklusif lagi kau.hahah.hadiahnya ialah necklace hello kitty.waalaaweeh.
besar sampul dia tapi bila pegang nipis je.aku pun hairan,hadiah patutnya kecik je kan. rupa-rupanya dalam tu ada sampul kecil yang comel :)
abaikan jari telunjuk ku.hehe.comelkan akak yang lukis tuh.
tengok dalam sampul putih tu ada ni,hailaaa.sangat comel maa. inilah aku first time dapat rantai.hahahahaks :P
terpegun tengok rantai ni.aku suka buat hiasan benda-benda cenggini.lagipun kalau pakai pun memang aku alergik habis lah.cincin dan gelang apatah lagi.tadi pun cuba pakai sekejap,berapa minit lepas tu mula dah alergik kegatalan dia.haahaah.
terima kasih kepada kak dear xila kerana buat giveaway tersebut dan kepada sponsor necklace hello kitty ini:))
di sebabkan aku anak Pahang,aku pergilah minta pinjaman pendidikan dari yayasan Pahang.hanya meminta tapi taktahu lagi untuk kos apa.pada suatu hari...dapatlah mesej dari YP katanya kena pergi interview untuk pinjaman Ijazah Perbankan Islam dan Ekonomi pada 25 april 2013.wuahha,memang terbaik kan.sehari selepas aku IV JPA.
kenapa dapat untuk Perbankan Islam?sebabnya masa isi borang tu dia ada tawarkan untuk tiga negara iaitu Mesir, Jordan dan Morocco.aku dah lah taktahu mana satu nak pilih dan kos apa yang dia tawarkan.jadinya,aku tinggalkan kosong je la kat situ.haha.ada satu hari selepas aku hantar borang permohonan,ada orang telefon.dia tanya nak amek yang mana.dia sarankan Jordan.aku tanyalah untuk kos apa ye?dia cakap perbankan islam,dalam fikiranku,ni mesti yang IKIP punya program tuh.aku tanya dia lagi,yang mesir tu untuk apa?dia cakap MEDIC.heh,aku memang 'minat' la medic.takdelah,medic adalah bukan sasaranku walaupun mak ayah suruh.Allahu,jangan lah jadikan aku anak derhaka.aku cakap je la yang Jordan tuh.hehe.
sepertimana yanng kukatakan tadi interview tu hari Khamis/25 April.aku pun pergilah menumpang Husna Amalia dan Anis Amira.seawal 7 pagi bertolak dan sampai dalam 8.30 la.dah ramai dah woihh.pergi masuk bilik sembilan dan daftar.jumpalah kengkawan.memang ramai.huahhaa.best la jugak sebabnya jumpa ramai kawan baru.dia divide 3 bilik untuk 3 kos.medic-mesir,Jordan-Perbankan Islam dan Morocco-Pengajian Islam.yeyehh,memang ramai lepasan kuliah.lebih tua setahun la dari lepasan SPM.hehheh.
untuk sesi IV dia panggil ikut nama rupanya.nama aku dah lah bermula dengan huruf S.memang last laaa.beborak lah dulu.tanya-2 kawan yang dah kena IV.tunggu la nama aku ni bila la nak di panggil.dah 12.30 dah ni.perut buat konsert lagu apa taktahu.nasib aku bawak bekal jemput air tangan mak aku buat alas perut.sempat lagi aku tidur masa tu.haha.okay,aku memang konpem 120% kumpulan last sebabnya tinggal lagi 6 orang.yang untuk kos lain tu ada tinggal sikit-2 lagi.ngeh.
okay,sampai masanya dipanggil.masuk ke dalam bilik.ada 2 orang panel.seorang lelaki dan seorang perempuan.yeeyeeh!!!*dah tetiba*haha.mula-2 tu dia tanya la biodata semua berdasarkan apa yang kami lampirkan bersama borang permohonan dulu.
lepas tuu,yang perempuan tu(kuat betul slang english dia) tanya dalam bahasa inggeris tapi dia suh jawab arab.amenda ntah soalan pertama dia tapi di sebabkan ramai yang tak jawab(hehe,lama dah tinggalkan arab,jahatnya!!).soalan seterusnya "it's a simple question,what do you see from the window behind you".muahahaha,memangla senang kalau jawab BI/BM tapi dia nak arab.aku pun jawab dengan kelakarnya,"unazzimu as-sajarah jamilah".haha,ayat cam kopipes dari orang sebelah aku je.dah aku tatau nak jawab pe,kahkah.lepastu dia bagi nasihat la,aku translate yeee,kalau nak duk Jordan kena la pandai cakap arab....bla...blaa(lupa dah).hehe
habis yang tu,dia tanya dalam inggeris jugak tapi depend on kita nak jawab BI/BM.dia tanya "how science and technology can generate the economy in Pahang"..aku pung jawab lah dengan adanya ICAM.cecewah.haha.tiba-2 ada sub soalan la pulak dan aku maleyh jawab.ahaha.lama jugak dalam tu tapi duk senyap je semua orang.hehe.dah habis tu keluar laa..done with the IV.
sebelum masuk bilik yang kat dalam dewan tu berialah cari pasal muamalat memandangkan kami ni bakal mengambil kos Perbankan Islam.dah,perbankan islam pun aku tatau acano tuh?teruk aok.tapi yang belajar dalam Pendidikan Syariah Islamiah tu tau lah sikit-2 pasal muamalat.macam-2 nama ada:mudarabah,syarikat,...........(lupa lagi). (y)
lepas tu balik la dengan ayah Husna Amalia.dalam kereta tu Husna pasang CD hafiz hamidun dan lagu tuh aku tak pernah dengar sebelum ni.aku pun cari lah kat youtube dan jumpalah lagu tersebut.sodap giloos ekau den kabo.hehe.jom dengar....
ohh heeh,post ke dua untuk hari ni.aku pasti ramai lepasan SPM2012 kat luar sana dah cek untuk matrik diorang.alhamdulillah bagi yang berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi dan jangan bersedih jika tidak mendapat tawaran.UPU kan ada lagi,chill:))
aku pergi cek semalam dekat laman web moe.korang yang tak cek lagi boleh la jenguk di situ ataupun boleh semak melalui SMS -->
Taipkan MOE jarak MAT jarak NO. KP dan hantarkan ke 15888 Contoh : MOE MAT 920605051542 okay,aku dapat kat selangor.budak-2 sekolah aku berapa kerat je dapat kat selangor.ramai yang dapat dekat Kedah.ramai sangat weh.boleh buka satu kelas rasanya.hehe.kesian jugak dekat depaorang(eh?) sebabnya mostly duduk dekat Pahang siap bawah ketiak mak lagi,heh itu gurau.sebenarnya bila lagi kan kita nak berdikari & survive hidup kat luar sendiri kan.kenalah berlatih awal-2,kalau tak terperap lah kau kat situ.hihi.hidup kat asrama lain,hidup dekat matrik/kolej lain.kat matrik/kolej tadak cikgu nak jadi warden jaga 24 jam kita,kan?ke aku salah fakta?heh
kalau taknak masuk matrik tunggu la UPU.sama jugak kan jarak dia?jauh dari rumah.yess,harus berdikari dan aku ni bercakap bukanlah dah pandai sangat kan jaga diri.harus dan harus wehh belajar hidup sengsorang.nak cakap bebanyak pasal perbandingan F6/matrik/asasi/diploma aku memang tak pro ah tapi ada la info-2 sedikit. sedikit info/pendapat nak di kongsikan :
Kolej-kolej Matrikulasi Terbaik 1. Kolej Matrikulasi Pahang 2. Kolej Matrikulasi Perlis 3. Kolej Matrikulasi Pulau Pinang 4. Kolej Matrikulasi Labuan 5. Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
ulasan kaunselor halatuju : pada saya yang penting bukan ranking kolej matrikulasi tetapi apa yang pelajar akan dapat capai nanti, kerana dalam permohonan ke program ijazah (selepas matrikulasi nanti) tidak dinilai di kolej mana pelajar yang memohon belajar tetapi berapa CGPA yang dicapai oleh pelajar... yang dapat jauh-2 tu jangan jadikan jarak sebagai halangan sepertimana yang dikatakan oleh kaunselor halatuju juga :jauh-jauh pun dalam Malaysia sahaja..... kalau belajar dalam Malaysia dikatakan jauh tetapi dalam hati kalau dapat pergi belajar ke luar negara tak apa pula.... walaupun lebih jauh dari Malaysia
MATRIKS : BOLEHKAH MENUKAR ALIRAN?
Pertukaran Jurusan Sains kepada Perakaunan dibenarkan. Hantar surat rayuan kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi.
Pertukaran Jurusan Perakaunan kepada Sains TIDAK dibenarkan.
Pertukaran Aliran Sains Hayat kepada Sains Fizikal atau sebaliknya dibenarkan dan rayuan dibuat kepada pengarah kolej ditempatkan.
Pertukaran dari Aliran Teknikal kepada Sains atau sebaliknya perlu disalurkan kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi sahaja.
sedikit gambaran matrik selangor
Matrikulasi: Jika anda semua ‘berhati kecil’, tidak yakin dengan diri sendiri, liat untuk bekerja keras, inginkan kejayaan datang menggolek, maka eloklah anda tolak tawaran matrik walaupun ‘sebelah kaki’ sebenarnya sudah dapat masuk u .
Asasi: Anda berpeluang menikmati sesi pembelajaran dalam bidang yang anda minat serta suasana kehidupan di kampus di IPTA. Tak kena lelong ke nanti? Kalau pointer rendah tetap dilelong dan kena ambil kursus yang tiada kena mengena dengan bidang semasa di Asasi.
Diploma: Menyediakan anda untuk bekerja selepas tamat diploma. Nak sambung degree, tempat agak terhad kerana keutamaan diberi kepada lepasan STPM/ Matrik/ Asasi. Tak kena lelong? Betul…. tak dilelong sebab lepasan diploma ni kalau tak dapat tu, tak dapat la sampai habis. Kalau nak dapat, kena pointer tinggi-tinggi. Bila dah masuk U, hanya U tertentu saja yang serapkan pelajar diploma dia sendiri terus ke tahun 2. Yang lain, masuk tahun 1 macam orang lain juga.
harap-2 info tersebut membantu kalian dan juga aku untuk membuat keputusan sama ada di mana ingin meyambung pelajaran.apa yang penting untuk mendapat keputusan terbaik ialah dengan solat istikharah,Dia sentiasa ada untuk kita:)