Photobucket

January 16, 2016

2016

Assalam. Fuhh fuhh tiup habuk kat blog. Haha. 2016 dah weh. Amacam tahun 2015 anda? ^^

Lama dah tak menulis ni. Sungguh, banyak yang draft tu just tunggu untuk nak edit and publish je. 11 Jan lepas paper last untuk sem 3. Entahlah. Sekejap je rasa walaupun nak melalui paper last tu macam apa dah. Sebabnya mostly kos lain dah habis. Stress gak la dengan last paper tu 3 credit hour. Dengan time on that day just beberapa kos je yang terlibat untuk paper last. Urggh. Apapun alhamdulillah dah berjaya mengharungi semuanya. Harapnya okaylah sem 3 ni hihuhu.

Baru je berapa hari cuti aku rasa bosan dah. Habis semua media sosial aku pergi. Aku bersosial secara silent reader tau. hahah. Sampai aku dah buat blog kedua dah (try la cari :p). Bukan apa, semangat menaip aku berkobar kobar dari tengah sem dulu dah tapi takde maknanya aku nak menaip dengan jadual pack tu. Then bila dah habis ni aku bukak blog ni stalk diri sendiri dan aku sengih sengsorang. Apsal la blog ni macam ni ? Mungkin faktor umur aku yang makin meningkat ni menyebabkan pemikiran aku makin matang huhuh. Yela,pehal nak pink pink bagai enn. Bukan salah pink tu. Tapi sebenarnya yang decoration blog ni yang berzaman dulu. Time zaman zaman pmr spm tuh. Aduhai, nampak tak punya takde masa aku nak ubah semua benda html ni. Rindu pulak nak edit edit and belajar tutorial. Atas faktor tersebut la aku memaksa untuk buat blog  baru yang mungkin lebih matang pada pandangan aku. Hahah. (Ya allah, cramp kejap tangan aku taip sebab guna phone ==')

Aku banyak je nak cerita tapi takkan nak sumbat dalam satu post kot kan. Just yang latestnya( apehal bahasa rojak ni adui maafin buk), semalam. Semalam ada la anak jiran aku ni darjah 5. Datang mintak tolong ajarkan sains. Aku on je dah bebosan duk rumah ni kan. At first aku tengok soalan tanya apa ntah aku lupa hehe. Aku syok jugak buat sains ni  pastu duk mengimbau zaman sekolah rendah dulu, sekolah yang sama dengan budak tu. Jap, sebelum tu aku nak cakap pasal soalan sains tu. Ada dia tanya apa kaitan ruang dan masa dalam situasi ni. Aku ni mulalah. Aku dah lah kena ajar budak tu kan. Okay. Aku assume dia macam hipotesis. Semakin bertambah ruang semakin bertambah masa. Haa macam tu kot. Masa tu terdetik hati ni nak cek jawapan belakang takut salah aku bagi jawapan kat anak orang malu plak aku. Hahah. Dah beberapa muka surat dia buat aku pon pergi lah  tengok jawapan kat belakang sebabnya soalan yang sama keluar. Aku pon pelik la. Takkan la macam tu je jawapan tu. Pergi cek rupanya kena kaitkan yang manipulasi n gerak balas situasi tu. Hmm. Malu jap kat budak tu. Yelah, kita ni dah belajar kira macam advance sangat padahal benda tu basic je. Time tu lah aku rasa rindu sangat belajar masa sekolah rendah.

 Aku tanya dia sapa ajar science. Dia kata cikgu nadzmi. Aku agak dah. Cikgu tu jugak yang ajar aku time aku sekolah dulu. Aku ingat lagi dia mengajar sangat tegas tapi baik. Then teringat lagi buat eksperimen pasal daun tak dapat cahaya matahari (kot). Sebabnya kitorg sama sama petik  daun kat luar dan letakkan dalam buku. Maknanya daun tu tak dapat cahaya matahari lah kan. Huhu. Time tu aku dapat mengimbau kenangan sains je sebab aku duk fokus ajar budak tu tak sempat nak mengimbau yang lain. Ahaha.

Okaylah. Yang tu je aku larat nak taip. Nanti aku tulis banyak lagi. Eh lupa plak nak cakap selamat tahun baru. Aku tak pernah ada azam sebenaqnya. So tahun ni azam aku adalah untuk ada azam. OMG  dah tercapai.---quote from matluthfi.

Salam.







September 12, 2015

Interview #3 : Asasi UM

          




ASSALAMUALAIKUM. setelah sekian lama tak update blog. Setahun lebih rasanya. haishh. Sekarang dah dah habis pun PASUM tapi nak share lah juga pengalaman interview sebelum masuk PASUM. Alah,yang korang isi UPU then ada certain kos and U yang kena hadapi interview dulu. Untuk yang PASUM ni,eh tau ke PASUM tu apa? PASUM stands for Pusat Asasi Sains Universiti Malaya. Biasanya untuk lepasan SPM yang isi UPU kalau nak dapat PASUM, kena buat first choice lah kat UPU tu. Ini adalah disebabkan Universiti ni demand sikit eh bukan,dia kan Universiti terunggul di Malaysia (eceh). 


           Biasanya lepas dua minggu adik-2 apply UPU, dia akan umumkan bila nak cek untuk interview. Untuk pengetahuan batch kami (batch 37) adalah batch pertama yang ditemuduga untuk kemasukan PASUM sesi 2013/2014. So, tak dapatlah nak tanya mana-2 senior soalan yang di jangkakan keluar. Hahah.



            Macam biasalah kena la tanya Pakcik Google soalan-2 lazim untuk  temuduga ni. Interview ni tak silap la dia buat kat setiap zon. Mula-2 aku dapat tempat IV kat UM Nilam Puri kat  Kelantan . Ada juga kat selatan,tengah dan Sabah Sarawak. Tapi aku minta tukar ke UMKL sebab lagi dekat berbanding Kelantan kalau nak pergi. 



            Seingat aku, aku dapat interview hari Selasa. Sesi IV ni dia buat dalam beberapa hari. Aku datang awal masa tu sebab dapat sesi awal. Malam sebelum tu dah round dah UM, cari tempat nak attend IV. kat surat tawaran dia tulis Auditorium Kompleks PASUM (lebih kurang camtu). First time aku round UM, Ya Allah besar amat. Padahal PASUM punya building secoet je kat situ. Yang lain-2 semua fakulti-2 budak degree. okay sambung-- 



             Hari IV tu memang sesak gila nak masuk kompleks PASUM tu tapi Alhamdulillah la dapat tempat parking yang strategik. Outfit of the day ialah baju kurung kuning. Nak bagi tips tentang pemakaian. Pakai lah baju yang formal dan sopan untuk temuduga ni walaupun untuk asasi je tapi kena biasakanlah sebab lepas ni banyak lagi korang kena attend IV.


             Sebelum masuk ke Audi tu ada kena cek dulu group and time to be interviewed. Seingat aku, aku dapat dalam 10.30 camtu. Awal jugaklah. Masuk je Audi,fuhhh bapak segala ekon (aircond) ke apa dia pasang. Terbang-merbang kain. Haha.First Impression, besaq gila bakhang Audi ni. Aku tak terfikir pula kuliah sebenarnya belajar kat situ. Kerusi semuanya pink. Dah masuk pulak kena sign then kena amek borang kuning. Aku pon amek port tempat duduk. Ramai ohh dalam tu. Baru pukul 8.00 taksilap aku time tu. Semuanya eksaited nak kena IV. 

            Tunggu punya tunggu tibalah nama aku dipanggil,sekali dengan budak group. Yeah,IV ini di buat berkumpulan. There's pros and cons. Tunggulah kat luar  bilik untuk di IV. Dah boleh kenal la sape bebudak group kita masa tu. Then,aku kenal-2 la dengan mereka. Al-kisahnya terjumpa budak yang pernah masuk sekolah aku dulu tapi sekejap je pastu dia keluar. Ehehe. Yang di jadikan cerita semuanya dari Pahang tapi sorang je dari KL. Tung tang tung tang borak-2 cuak sebelum masuk IV.


*****************************

         Dah masuk tu  ( dalam 5 orang kot,tak ingat sudah ==') kitorang pun duduk. Introduce yourself one by one. Seingat  aku ada dalam 3 orang IVer. Dan dan dan rupanya salah sorang tu lecturer fizik aku masa sem 2 (sebab tulis ni lepas habis asasi enn ahah) . Then, soalan tu dia bagi situation ada macam dapat duit la. Then korang kena bagi solution untuk buat apa. Ada la dia bagi 3 jawapan and pilih jawapan tu. Ini kena bincang ngan rakan dalam tu untuk dapat persefahaman. Oh lupa, masa lepas kena introduce tu IVer tu tanya la kenapa nak masuk UM. Prepare lah jawapan korang siap-2 ye. Be kretip gituh. Lebih kurang 20 minit kot. Then, dengan leganya keluarlah dari bilik tu.Fuhh,habis. IV asasi je pon, kah. 

        Aku jumpa la ayah aku dengan kakak aku lepas tu. Kitorang nak gerak gi PWTC sebab masa tu ada pesta buku. Lepas tu terus balik naik bas sebab ayah aku ada kursus kat Genting Highlands. Huu. Okay,hopefully korang dapat la sedikit sebanyak input dari entri ni. Sumpah weh berzaman aku tinggalkan draft menda ni tak sempat nak post. Dan actually aku sekarang dah masuk tahun dua untuk degree. Haa, nak tau kat mana aku sambung belajar, tunggu next entri yang taktau bila nak keluar. Nanti aku share pulak IV untuk masuk degree plak lepas PASUM dulu, okay? Assalamualaikum!


   
     










July 14, 2014

Review Hulala Shop

ASSALAM. Lamanya tak update kat blog ni. Berhabuk bersawang semua ada. Haha. Aku menulis ni sebenarnya ada tujuan. Nak review something kat korang yang tak kisah la korang ada smartphone ke tidak yang pastinya ada pasti teruja dengan apa yang mereka bisneskan :D

REVIEW :




So yeah,ini . 
 dia instagram basyeer hulala pemilik Hulala Shop. Nak follow kat insta?? Jap ehh, meh aku kasi review sikit berkenaan dengan Hulala Shop ni. First time aku boleh follow aku lupa bila tapi dah lama dah.. Tengok dia punya insta mak aaiii rambang mata nak beli mana satu. Tapi, sedihnya aku sampai sekarang tak beli apa-2 pun barang dorg sebabnya aku nak kumpul duit sendiri dulu,taknak pinjam mak bapak.. Haha. Hanya double tap dua kali je kat gambar tu. Nak tahu apa yang mereka jual? 

Korang boleh tengok sendiri kat insta ni, Hulala Shop ni ada jual ;





  • Phone - iPhone,Nokia jenis lama pun ada yang jenis campak kat kucing konpem anjing tu pengsan dulu. Yang aku perasan banyak yg secondhand tpi mesti laa masih power lagi!


uihh takpenah aku jumpa yg ni
  • Casing Phone-haa yg ni buat aku tak kelip mata kejap sebabnya casing yang dia jual bukannya yg bersepah kat Masjid jamek(eh,sorry) tapi jenis yg waterproof,yang gorgeous punya, yang harga berpatutan punyalah! iPhone ada, note 2&3 ada, S3 and S4 ada. Yang jeins S4&S3 mini pon ada. Belilah yg waterpfoof terus senang sebabnya  takkan korg nak balut ngan plastik je kan phone tu bila gi mandi kat swimming pool pastu acah-2 amek gambar dalam air (ngehehe). Last-2 kena beli phone lain sebab masuk air. Paling senang, macam-2casing  ada!!


  • Monopod- kau tengok bermacam jenis dah monopod dorg ada jual. taknak ke satu?? Lenguh tangan duk pegang phone amek gambar reramai pastu tgok balik gambar tu penuh dengan muka kau sorg je. Haaha. tetiba aku takpaham apa beza semua tu?? takpe,asalkan namanya ada pod kat blakang tu. Huhu. Erm, jenis shuttle taksilap ada jugaaa.




  • POWERBANK- kau boleh agak tak mendape yg gambar tu pada first impression kau laaa. Ni aku dah tulis mesti la tau ape kan =='. Haaa, ni ha powerbank,zaman sekarang bukan lah soket yg pakai nak jumpa bila nak cas phone tapi kita-2 ni setiap hari sibuk. Cuma la beli satu kat sini,cantik pun cantik, nak kata mahal pun tidak. Beli je satu,senang hidup dan phone korang mesti sentiasa ada bateri huhuu. Bagi aku yang powerbank chanel tu stail tpi yg macam tong gas tu lagi lah. Kalau orang lain tengok mesti  orang tak dapat agak mendape tu. Insya allah selamat power bank korg. Hahaha




  • Kamera- jangan ingat dengan setakat guna phone kamera korang punya gambar cantik. Ahaha, Apatah lagi kalau korang ni nak bajet jadi photographer, mestilah kena ada DSLR(aku taktau nama panjang dia apa) satu. Agak-2 kerja 3 bulan cukup kot duit nak beli. Kamera ala-2 GoPro pon ada dia jual. Harga berpatutan tu. ape tu orang cakap, Affordable.






  • Headphone- time nak study mesti lah nak kan ketenangan dah ketenangan tu berganda bila korang pasang muzik kegemaran korang yang melembutkan hati,melapangkan minda(eceh) tapi bila pasang je kat laptop or phone je guna speaker cam tkbest je. Cuba dapatkan satu headphone ni konfem kalau ribut pon takdengar. Yang jenis lain pon ada kat Hulala Shop kalau korang takberkenan ngan yang ni. Hidup akan lebih bermakna lepas ni dan korang mesti takkan kasi sapa-2 pinjam. HAhaha










Rasannya setakat tu je yg aku dapat review kan kat korang. HAAAAA, jangan lupa follow ;



  @basyeerhulala   



Untuk mendapatkan pelbagai gadjet-2 terkini serta aksesori phone juga.. Eh lupa,speaker yg ada lampu warna-warni ada juga :P 
Taksilap aku macam-2 lagi Hulala Shop ni jual tapi mungkin aku takperasan. 
Korang kena la follow insta dia ni dulu then usha-2 lah apa yg ada kat situ. Aku harap Hulala Shop akan terus berbisnes dengan jayana walaupun aku takpernah beli apa-2 pun kat situ dan insha Allah akan beli untuk support lagi dorang punya bisnes. Semoga bisnes di Hulala Shop akan mendapat lebih lagi sambutan serta mendapat keredhaan dan keberkatan dan taklupa juga rezeki yang melimpah. 

 
 
 
Copyright sns-sitinur.blogspot.com :)