January 16, 2016

2016

Assalam. Fuhh fuhh tiup habuk kat blog. Haha. 2016 dah weh. Amacam tahun 2015 anda? ^^

Lama dah tak menulis ni. Sungguh, banyak yang draft tu just tunggu untuk nak edit and publish je. 11 Jan lepas paper last untuk sem 3. Entahlah. Sekejap je rasa walaupun nak melalui paper last tu macam apa dah. Sebabnya mostly kos lain dah habis. Stress gak la dengan last paper tu 3 credit hour. Dengan time on that day just beberapa kos je yang terlibat untuk paper last. Urggh. Apapun alhamdulillah dah berjaya mengharungi semuanya. Harapnya okaylah sem 3 ni hihuhu.

Baru je berapa hari cuti aku rasa bosan dah. Habis semua media sosial aku pergi. Aku bersosial secara silent reader tau. hahah. Sampai aku dah buat blog kedua dah (try la cari :p). Bukan apa, semangat menaip aku berkobar kobar dari tengah sem dulu dah tapi takde maknanya aku nak menaip dengan jadual pack tu. Then bila dah habis ni aku bukak blog ni stalk diri sendiri dan aku sengih sengsorang. Apsal la blog ni macam ni ? Mungkin faktor umur aku yang makin meningkat ni menyebabkan pemikiran aku makin matang huhuh. Yela,pehal nak pink pink bagai enn. Bukan salah pink tu. Tapi sebenarnya yang decoration blog ni yang berzaman dulu. Time zaman zaman pmr spm tuh. Aduhai, nampak tak punya takde masa aku nak ubah semua benda html ni. Rindu pulak nak edit edit and belajar tutorial. Atas faktor tersebut la aku memaksa untuk buat blog  baru yang mungkin lebih matang pada pandangan aku. Hahah. (Ya allah, cramp kejap tangan aku taip sebab guna phone ==')

Aku banyak je nak cerita tapi takkan nak sumbat dalam satu post kot kan. Just yang latestnya( apehal bahasa rojak ni adui maafin buk), semalam. Semalam ada la anak jiran aku ni darjah 5. Datang mintak tolong ajarkan sains. Aku on je dah bebosan duk rumah ni kan. At first aku tengok soalan tanya apa ntah aku lupa hehe. Aku syok jugak buat sains ni  pastu duk mengimbau zaman sekolah rendah dulu, sekolah yang sama dengan budak tu. Jap, sebelum tu aku nak cakap pasal soalan sains tu. Ada dia tanya apa kaitan ruang dan masa dalam situasi ni. Aku ni mulalah. Aku dah lah kena ajar budak tu kan. Okay. Aku assume dia macam hipotesis. Semakin bertambah ruang semakin bertambah masa. Haa macam tu kot. Masa tu terdetik hati ni nak cek jawapan belakang takut salah aku bagi jawapan kat anak orang malu plak aku. Hahah. Dah beberapa muka surat dia buat aku pon pergi lah  tengok jawapan kat belakang sebabnya soalan yang sama keluar. Aku pon pelik la. Takkan la macam tu je jawapan tu. Pergi cek rupanya kena kaitkan yang manipulasi n gerak balas situasi tu. Hmm. Malu jap kat budak tu. Yelah, kita ni dah belajar kira macam advance sangat padahal benda tu basic je. Time tu lah aku rasa rindu sangat belajar masa sekolah rendah.

 Aku tanya dia sapa ajar science. Dia kata cikgu nadzmi. Aku agak dah. Cikgu tu jugak yang ajar aku time aku sekolah dulu. Aku ingat lagi dia mengajar sangat tegas tapi baik. Then teringat lagi buat eksperimen pasal daun tak dapat cahaya matahari (kot). Sebabnya kitorg sama sama petik  daun kat luar dan letakkan dalam buku. Maknanya daun tu tak dapat cahaya matahari lah kan. Huhu. Time tu aku dapat mengimbau kenangan sains je sebab aku duk fokus ajar budak tu tak sempat nak mengimbau yang lain. Ahaha.

Okaylah. Yang tu je aku larat nak taip. Nanti aku tulis banyak lagi. Eh lupa plak nak cakap selamat tahun baru. Aku tak pernah ada azam sebenaqnya. So tahun ni azam aku adalah untuk ada azam. OMG  dah tercapai.---quote from matluthfi.

Salam.







0 smile (s) here :

 
Copyright sns-sitinur.blogspot.com :)