
Movie UP
Meh aku bagi sinopsis sikit pasal movie ni;
Rupanya sedutan dari video ni lah yang ada satu lagu tu buat jap aku google ;
Haha tetiba lagu cinta plak ==.
Sebenarnya tema bedah filem ni pasal humanity. Flow cerita ni awal-awalnya dia cerita la pasal sorang laki ni pastu kawen sampai la tua. Suami isteri ni suka adventure. Ada la dorang berangan nak pergi buat rumah kat waterfall. Pada fikiran aku sumpah mustahil kan (dah nama pun kartun). Last-last daoat jugak. Macammana dia boleh buat rumah dia kat situ, haa, dia tak buat tapi dia bawak rumah dia tu (kartun sangat). Macam-macam hal lah dia kena lalui. Korang kena tengok la cite ni panjang sangat nak tulis ,hehe. Berdasarkan cerita ni pada mulanya aku nak kaitkan lah pasal humanity. Aku tak jumpa pun. Dah akhir-akhir tu baru nampak sikit pasal humanity (mungkin banyak tapi aku je tak nampak).
Kan aku cakap benda ni kita kena bedah filem ni. Yang tukang 'bedah' nya nama dia Syed Azmi Alhabshi, aktivis kemanusiaan. Dia ni rupanya graduan farmasi UKM and sekarang dah 5 tahun jadi lecturer. Dalam hati aku, mungkin ni lah hikmah aku datang sini,inspired jap nak habiskan kos pamasi ni hmpphh! Dia ni kiranya macam suka buat kerja amal la. Alhamdulillah jumpa gak aku ahli farmasi macam ni. Speaking dia fluent sangat sampai dia cakap dia akan cuba cakap BM(nampak tak). Aku listkan sedikit sebanyak ibrah(pengajaran/opinion) dari filem ni;
- you can loss everything that you worked for it: mungkin kita sekarang ni bekerja kuat sangat untuk dapatkan sesuatu tapi tak siapa tahu kau boleh hilang benda yang kau dapat tu sekelip mata,so appreciate it selagi ia ada.
- it's not true kalau kau kerja kuat kau dapat segala yang kau nak : tak semestinya sebabnya mungkin apa yang kau nak nak tu tak baik untuk kau.
- pertemuan adalah dugaan: yup i totally agree with this. seseorang yang hadir dalam hidup kita mesti ada something yang priceless or we can learn from it. Tak kisah lah dia buat baik or buat jahat kat kau. Dia datang kat kita utuk kita bantu dia, bukan untuk diri kita. So, fikirkan perasaan dia.
- Dare to fail and brave: berani untuk buat sesuatu walaupun it seem impossible. Kegagalan adalah permulaan kejayaan,you know that rite.
- Appeciate the nature : actually nowadays we overconsume the nature until there is no balance between the supply and consume. Dia ada cerita yang kawan dia sampao buat talk pasal burger yang best sangat berharga RM84.00. Dia cakap la, ko nak dapatkan kepuasan burger tu sampai bayar mahal-2 tapi dia just spend RM 2.00 untuk makan burger Ramly je contohnya la. Padahal duit selebihnya tu boleh la buat makan bagi homeless people. Aku sangat sangat setuju bab ni. Tapi aku sentap kejap la sebab aku tak spend money aku dengan betul sangat pon (heh). Contohnya lagi orang nak sangat macbook air padahal laptop lain berkualiti juga. Apa yang nak di tekankan kat sini adalah pasal jangan jadi gila benda sangat (kebendaan/duniawi).
Thats all kot apa yang dia bincangkan. Ada lagi dia pesan pada kitorg yang student untuk buat sedekah yang ramai student tak buat iaitu; spend money wisely, manage time properly, seek knowledge eagerly, make du'a frequently regardless the place. Ko takpayah la kot kata nak humanity sangat smpai nak gi Gaza, Syria tapi berdoa malas. Padahal doa tu lah paling makbul sekali sebagai penuntu ilmu. Kat mana-mana je boleh berdoa (kecuali tandas la kot) sebabnya doa ni senjata kita sebagai orang mukmin.
Last but not least, show your humanism by showing that your religion is the best!
regards,

0 smile (s) here :
Post a Comment