Photobucket

February 9, 2013

JOM BUAT DUIT !

ASSALAMUALAIKUM.

hari ini terpikir pulak nak tutorial.muahaha,perasan je hebat.tapi takpa naa,asalkan aku dapat menolong kengkorang untuk menjana duit melalui internet.aku pun tak berapa pro sangat dalam hal ini.maklumlah duit pun ciput je dan tak pernah cashout lagi.hahhaa.

melalui internet ni banyak syarikat macam suruh promosi iklan-2 dorang.dengan itu,kalian akan mendapat duit.cewaah.ni lagi untung buat para blogger yang gempakzz dek kerana visitor blog depaorang.so,apa yang nak aku share pada hari ini ialah iklan says.my.iklan ini non-blogger/blogger ke.dua-2 bolah join.at least kita ada medium nak promote iklan tu contohnya ; twitter / facebook .


1.klik link ini ---->says.my

2.keluar macam ni kan???klik kat Join the community.




3.lengkapkan butir-2 tersebut.yang kotak merah tu.pastu klik kat create my account.



4.then,korang tengok kat situ ada banyak gambar-2 iklan kan.klik mana satu yang korang nak promote.kalau yang takde button hijau maknanya tu share macam biasa je.kalau ada plak,maknanya korang akan dapat rewards kalau ada orang lain tekan korang punya iklan tuh.ni contoh yang aku punya laa.


5.dah tekan tuh,mesti keluar lebih kurang macam ni kan??then,tekan mana satu button yang kotak merah tuh.kalau fb,tekan la kat fb tuh.akan keluar la kat fb korang.tips;tulislah ayat menarik tertarik sikit supaya orang klik.sama jugak kat button lain tuh...



















tamatlah sudah untuk iklan yang tu.nak promote yang lain??boleh.tekan je 
mana-2.nak tengok duit korang???tekan je dashboard.dia akan keluar macam ini... 



ahhaaa,tu ciput je yang aku dapat.kalau korang nak cashout,kena sampai earnings dia RM50.baru berbaloi keluarkan kan kan...kalau ringan tangan,klik lah bebanyak says.my aku kat atas tu.haha.


budak sekolah & PLKN balik,
aku duk rumah taktahu dah nak buat apa,
rindunya nak sekolah!!






February 1, 2013

rutin harian di sekolah & asrama #1

assalamualaikum



kali ni nak cerita pasal ruitn plok.ni macam cerita apa yg kita buat,eh-eh,aku la.haa,apa yg aku buat kat sekolah dan asrama.

rutin yg mahu dibicarakan hari ini ialah prep petang.haha,ni selalunya budak lelaki tersangatlah malas mahu ke kelas.rela di marah oleh warden kot.kelas P&P habis pukul 2.30 petang.dengan berlari-2 anak(padahal berlari pecut) menuju ke dewan makan.nak-2 lagi bila perut berkeroncong.lapau wehh.

lepas makang tuh ada yang balik ke dorm,mungkin nak lepak lepas berjam-2 belajar dalam kelas.hoho.sangatlah.yang akunya terus menuju ke surau untuk menunaikan solat zuhur.lepas sembahyang selalunya baca al-quran.kenalah ingat Allah selalu kan.kengkadang kalau malas/ngantuk terlena kejap kat surau.ada teknik nak tidur tuh,haha.tidur duduk,sakit tengkuk wooo.




klik gambar:)

lepas dah lega sikit tu pergi la kelas.kalau tak cukup makan lagi singgah la KOOP(koperasi) beli makanan sambil menghabiskan duit.hehe.then,pergi ke kelas.mentelaah pelajaran.kengkadang syahid terus.al-maklumlah petang kan.aku ni la,suka sangat tidur.korang jangan tiru.haha.

kalau nak studi tempat best sikit pergi ke library.air-cond gituh.baru best nak belajar.alhamdulillah kalau sikit orang kat library,hidup bagai di salji.kehkeh,takde ah.halangan ada lagi kat library tu iaitu TV.menjeling-2 ke TV wooo tk konsentret nak belajar.waduh,masalah-2..

prep bermula 3.30 tapi ramai yang datang awal sebabnya kalau tak ke dorm nak kemana lagi kan?habis pulak 4.30.hmm,sangat rugi kalau buang masa tu walaupun sekejap kan..aku pun banyak buang masa.astaga.

ni korang yang duduk asrama espnya silalah hargai masa yang telah diberi iaitu prep petang.buatlah apa yang patut.selalunya aku buat kerja sekolah sambil membuat bising dalam kelas.teruknya -,-'

sekian:)




January 27, 2013

ya hanana //maulidurrasul 1434 | 2013

|ASSALAMUALAIKUM|

ya hanana bermaksud betapa beruntungnya kami.sambil tu jom dengar lagu korang buleh juga nak tau lirik dia.sila tanya pakcik gugerl.heww

kecil lagi mereka

apa perisian korang sempena 12 rabiulawal ini?aku tengok macam-2 program yang diadakan.hoho,skema ayat.jadinya,aku ada join satu program kat masjid taqwa.dekat je ngan rumah aku,jalan kaki pun boleh.malam tu ada program sempena maulidurrasul.forum al-muqorrabin.3 orang panel;Ust Fadhilah,Ustzh Intan Salwa dan seorang lagi aku lupa namanya.ngeh~banyak jugak input yang aku dapat tapi malangnya tk dicatatkan,hehe.tapi,apa yg aku ingatnya..


  • Nama MUHAMMAD adalah nama pertama yang ada setelah berpuak-puak bangsa lahir selepas Nabi ADAM.sekarang ni dah ramai yang nama muhammad kan.sangat hebat nama ini.
  • Tiada seorang pun yang nama mereka di sanjung setiap pagi selain nabi MUHAMMAD kerana setiap subuh,iaitu pada waktu fajar,pasti akan azan kan.ASY HA DU ANNA MUHAMMAD RASULULLAH.nama pemimpin lain ade ke sebut dan dilaungkan pagi-2 macam tu?ado?hehe
  • ketika ibu nabi mengandungkannya,tidak ada satu sakit/sindrom bahawa siti aminah itu mengandung.punyalah Nabi kita tak menyusahkan ibunya.kelahirannya pula tidak menyakitkan.allahurabbi.lagipula,ibunya tidak pernah mengidam apa-2 ketika mengandungkan nabi.
  • bau peluh nabi wangi,tak macam kita.kena pakai deodoran bagai kan..fuyoo
  • sejak syaitan ada,4 kali mereka menjerit.in shaa allah betul la  apa yang aku ingat ni.pertama,masa dia dikeluarkan dari syurga.kedua,masa kena tunduk kepada nabi adam.ketiga,ketika nabi MUHAMMAD S.A.W di lahirkan.keempat,semasa surah al-fatihah diturunkan.punyalah hebat sampai setan pun nak menjerit.al-fatihah kan ubat segala penyakit.
  • sentiasalah berzikir dan berselawat kelak akan mendapat syafaat Nabi MUHAMMAD in shaa Allah!
  • kira-kira lebih 70,000 orang yang akan  ke syurga/mendapat syafaat nabi.wallahua'lam. 
  • semoga kita mendapat minum air telaga kautsar.ameen. 
  •  selalulah kita mengikut sunnah nabi.setiap sudut sesuatu perkara itu ada sunnahnya tersendiri.contoh;makan dengan tangan kanan.sonang jo kan.kalau dah biasa tu memang tak lali dah.ke ada yang makan tangan kiri?ada kelebihannya di situ.





yaa,itu je yang aku dapat ingat.in shaa allah betul apa yang aku tulis tu.ingatan ni bukan kuat sangat.pengajaran,sentiasalah bawa buku nota anda kemana-mana.hehe (Y).korang yang tahu ni silalah berkongsi dengan orang lain.bak kata al-asyrafi 'Dakwah itu satu seni'.kita sesiapa pun boleh dakwah asalkan kita islam.mungin dengan cara ini aku dapat berdakwah.pelbagai medium yang ada tapi ikut kita lah nak ambik peluang ke atau tidak kan. harapannya semoga kita menjadi lebih baik,mengikut akhlak rasulullah.ada yang takleh kita ikut bak kata ustaz fadhilah seperti tadi tu aku kata bau peluh rasulullah wangi.yang lain-lain tu berjuta lagi boleh ikut.bukan sekadar sunnah nabi yang kahwin ramai tu.laki-laki kalau nka kawin ramai mesti pakai alaan tu je kan.padahal banyak lagi buleh tiru nabi.hehe.tak kesah lah.



so,itu sahaja yang nak aku kongsikan.lagipun dah lama terperap sebagai draft.hari ni alhamdulllah dapat update semula.hehe.maassalamah:)



 
Copyright sns-sitinur.blogspot.com :)