January 27, 2013

ya hanana //maulidurrasul 1434 | 2013

|ASSALAMUALAIKUM|

ya hanana bermaksud betapa beruntungnya kami.sambil tu jom dengar lagu korang buleh juga nak tau lirik dia.sila tanya pakcik gugerl.heww

kecil lagi mereka

apa perisian korang sempena 12 rabiulawal ini?aku tengok macam-2 program yang diadakan.hoho,skema ayat.jadinya,aku ada join satu program kat masjid taqwa.dekat je ngan rumah aku,jalan kaki pun boleh.malam tu ada program sempena maulidurrasul.forum al-muqorrabin.3 orang panel;Ust Fadhilah,Ustzh Intan Salwa dan seorang lagi aku lupa namanya.ngeh~banyak jugak input yang aku dapat tapi malangnya tk dicatatkan,hehe.tapi,apa yg aku ingatnya..


  • Nama MUHAMMAD adalah nama pertama yang ada setelah berpuak-puak bangsa lahir selepas Nabi ADAM.sekarang ni dah ramai yang nama muhammad kan.sangat hebat nama ini.
  • Tiada seorang pun yang nama mereka di sanjung setiap pagi selain nabi MUHAMMAD kerana setiap subuh,iaitu pada waktu fajar,pasti akan azan kan.ASY HA DU ANNA MUHAMMAD RASULULLAH.nama pemimpin lain ade ke sebut dan dilaungkan pagi-2 macam tu?ado?hehe
  • ketika ibu nabi mengandungkannya,tidak ada satu sakit/sindrom bahawa siti aminah itu mengandung.punyalah Nabi kita tak menyusahkan ibunya.kelahirannya pula tidak menyakitkan.allahurabbi.lagipula,ibunya tidak pernah mengidam apa-2 ketika mengandungkan nabi.
  • bau peluh nabi wangi,tak macam kita.kena pakai deodoran bagai kan..fuyoo
  • sejak syaitan ada,4 kali mereka menjerit.in shaa allah betul la  apa yang aku ingat ni.pertama,masa dia dikeluarkan dari syurga.kedua,masa kena tunduk kepada nabi adam.ketiga,ketika nabi MUHAMMAD S.A.W di lahirkan.keempat,semasa surah al-fatihah diturunkan.punyalah hebat sampai setan pun nak menjerit.al-fatihah kan ubat segala penyakit.
  • sentiasalah berzikir dan berselawat kelak akan mendapat syafaat Nabi MUHAMMAD in shaa Allah!
  • kira-kira lebih 70,000 orang yang akan  ke syurga/mendapat syafaat nabi.wallahua'lam. 
  • semoga kita mendapat minum air telaga kautsar.ameen. 
  •  selalulah kita mengikut sunnah nabi.setiap sudut sesuatu perkara itu ada sunnahnya tersendiri.contoh;makan dengan tangan kanan.sonang jo kan.kalau dah biasa tu memang tak lali dah.ke ada yang makan tangan kiri?ada kelebihannya di situ.





yaa,itu je yang aku dapat ingat.in shaa allah betul apa yang aku tulis tu.ingatan ni bukan kuat sangat.pengajaran,sentiasalah bawa buku nota anda kemana-mana.hehe (Y).korang yang tahu ni silalah berkongsi dengan orang lain.bak kata al-asyrafi 'Dakwah itu satu seni'.kita sesiapa pun boleh dakwah asalkan kita islam.mungin dengan cara ini aku dapat berdakwah.pelbagai medium yang ada tapi ikut kita lah nak ambik peluang ke atau tidak kan. harapannya semoga kita menjadi lebih baik,mengikut akhlak rasulullah.ada yang takleh kita ikut bak kata ustaz fadhilah seperti tadi tu aku kata bau peluh rasulullah wangi.yang lain-lain tu berjuta lagi boleh ikut.bukan sekadar sunnah nabi yang kahwin ramai tu.laki-laki kalau nka kawin ramai mesti pakai alaan tu je kan.padahal banyak lagi buleh tiru nabi.hehe.tak kesah lah.



so,itu sahaja yang nak aku kongsikan.lagipun dah lama terperap sebagai draft.hari ni alhamdulllah dapat update semula.hehe.maassalamah:)



0 smile (s) here :

 
Copyright sns-sitinur.blogspot.com :)