Photobucket

January 11, 2013

serius rindu

ASSALAMUALAIKUM :)

humm,berkobar-2 aku nak tulis entri ini.plan keluarga aku hari ni nak balik kampung,ziarah kubur tok.dah seminggu lebih dah tok meninggalkan dunia ini.tersentap jugak aku.-al-fatihah-

tetibe plak nak buat tahlil kat rumah sepupu aku kat MRSM TAR.dia ni mengajar biologi kat sekolah tu merangkap warden la kot,dah duduk rumah warden.btw,rumah warden tu besau kot berbanding ngan sekolah aku.MRSM kann..

then,dalam pukul enamlebih keluar dr rumah menuju ke destinasi.rasa macam ayah aku nak hantar balik asrama pulak.ohmyy,aku start dah.rindunya nak balik sekolah.kalau boleh,aku nak je suruh ayah aku hantar gi sekolah tu.nak jenguk-2 budak sekolah.tapi apakan daya,takkan la pulak yekk.

masa tengah dalam kereta tu,nak masuk simpang peramu,nampak la sorang ni bawak motor,pakai spek.huii,macam kenal.alohh,cikgu zizi rupanya.aku intai-2 la kat tingkap.dia tak perasan kot.teringat plak kepada subjek ADDMATH.aku ingat lagi masa f4,first-2 belajar addmath.aku macam debor gila sebabnya senior-2 semua cakap susah la.dan-2 plak lepas beberapa minggu belajar,tak silap aku tajuk function rasanya.cikgu nak buat test.pergh,terbaik.aku takpaham ape-2 ni.bantai je lah.dah habis tu mestilah dapat markah kan.dan tak silap aku dapat markah 43 atau 47 kot.belaka lain-2 semua hebat.last-2 alhamdulillah boleh carry gak ADDMATH tu.sonang jo adek oii ADDMATH ni kalau nak tahu.kuncinya adalah latihan bagi aku la.tktau la bagi bebudak lain yang superb dalam ADDMATH ni.


macam pernah buat je soalan-2 tu.kan-2?


I love MATH!



dah,tinggalkan kenagan ADDMATH tu.sambung plak.dah sampai jambatan Sg. Che Omar(pernah dengar tak?femes sungai ni.haha) memang trang tang-tang dah SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI TUN ABDUL RAZAK,PEKAN.ya rabb, nak gi sekolah ni balik.tolonglah!!!hee(Y).walaupun sekolah ni nampak ceruk tapi aku sayeng banget bak kata indonesians.ape lah budak-2 dorm aku tengah buat tu.kata hati,ceyh.memang aku gila rindu tahap maksimum dah ni.plan aku nak gi sekolah tak jadi-2 ni.camne erk??tengoklah nanti,aku ajak budak-2 keyel turun padang.baru gempak sket.muehehe.

dah sampai MRSM,solat maghrib then baca yaasin dengan tahlil.selesai,alhamdulillah.lagi bersyukur aku sebab dapat makanan.huu,kalau kat sekolah dulu memang kelakar la,kalau ada makanan,ada je yang menyambar nye kan.patot la aku gemok.haha.

nak balik pulak tadi,lagi sekali usha sekolah.diorang ni tengah prep ni.hmmm~~~sodeyh eden.haaa,tu lah cerita aku.nak cerita kat sini bahawasanya nanti korang yang tengah sekolah tu,akan rindu plus sedih bila dah keluar sekolah.tak caya?kita tengok nanti.

aku kangen jugak mereka-2  ni...

hari last diornag sekolah tapi bukan kami.

guru-2 muda sekalian.nampak happy ja semua. :D

ni paling cool XD


jom dengar lagu ni.bagi aku,sangat-2 best dan menambahkan semangat untuk  berjihad.sambil-2 tu doakanlah untuk saudara kita di palestin.ALLAHUAKBAR!!







cerita zaman sekolah #1


in the name of Allah the most gracious and the most merciful

mentang-2 aku dah habis sekolah,kena cerita pasal zaman-2 sekolah dahulu.ay,mestilah kan.

haa,pada tanggal 1 Apr 2012,aku ngan seberangkatan kengkawan aku telah mem'benchmarking'kan diri ke sekolah SBP tertentu.haiyaa,ni sekolah punya program la ni.ikut je la.aku telah ditempatkan kat InteGomb/SBPI Gombak.ada kawan-2 yang lain ke SBPI Rawang,Sekolah Sultan Alam Shah(tk pasti mana satu) dengan Sekolah Tunku Jaafar(sepatutnya Sekolah Sains Seri Puteri).

So,pagi Ahad tu kitorang bertolak dengan membawa beg bagai nak pindah sekolah terus dengan buku berlambak.ini serius weh.nak belajar kat sekolah orang,dahlah selama dua minggu.korang ade?haha.ayok,jangan marah.

mula-2 dalam bas tu cikgu cakap nak hantar budak yang benchmark kat rawang.horaayy!boleh la aku tengok sekolah tu.tapi tetibe cikgu plak tukar plan mengikut pemandu bas yang lebih arif tentang perjalanan dan pengurusan masa.cewaah.so,bebudak yang gi Gombak akan dihantar dulu.huk aloh,memangla.dah exit tol gombak,mesti sampai Gombak dulu en.redho je la..

dah sampai tu,kami turun la.sedih pulok rase.dah la wakilnya 10 orang je.cikgu!!!time tu lah rasa macam 'err,takbestnya'.macam-2 la pemikiran aku ni pkir.

tapi,sebenarnya sangat-2 best esp last-2 masa nak balik.taknak balik plak rasa.haha.ok-2,aku pun malas nak tulis panjang-2.kalau nak tulis pun kena berjela-2 dan korang pun bosan pastu aku pun delete post ni pastu ini pastu itu. (-T.T-)

let's the pictures tell the story























ni paling  syahdu skali.heww


banyak lagi yang nak diceritakan melalui gambar.skema dah.tapi maleh ah.aku ni macam dah jadi  promoter dah.takpe-2 boleh gak korang nak pilih InteGomb sebagai pilihan sekolah untuk adik-2.apa aku nak cakap ni bahawa InteGomb sangat hebat tambah-2 lagi Jumperz.haa,ni nama batch diorang.sangat membantu,bekerjasama macam wonderpets,saling memahami.ni apa yang aku dapat tengok la.mungkin ada lagi perkara-2 yang lebih ohsem yang aku tk dapat lihat.sekolah ni memang hebat lah.thumbs up InteGomb and Jumperz!


sori kalau ada terkasar bahasa ya,
 InteGombians (Y)

ikhlas,
   






 

January 7, 2013

tahun ini

\ASSALAMUALAIKUM/


alhamdulillah.masih lagi bernafas anda kan?masih ada peluang lagi untuk mengabdikan diri kepadaNYA.masih lagi diberi kesempatan untuk bertaubat kepadaNYA.masih lagi diberi ruang masa untuk menjalani hidup di atas pentas lakonan dunia.masih lagi beriman dan bertaqwa kepada ALLAH dan mentaati perintah rasul dan ALLAH.alhamdulillah.

malam ini baru diberi peluang untuk menaip.orang lain sibuk pasal AJL,pasal nak pilih U mana nanti bila dah online UPU,pasal PLKN.heh,kawan-2 kita ada yang tengah ber-PLKN.selamat la ya kawan.sudah masuk ke tahun 2013.tinggalkan kenangan kita di 2012.

SELAMAT TAHUN  BARU 2013

masih tidak terlambat lagi aku kan.semoga tahun baru menjadi tahun yang dirahmati oleh ALLAH.


 faratika khairi amar fariez raja anas aiman


untuk kawan-2 aku kat UPM ;faratika,khairi,anas...sori lah aku takleh nak join korang masuk awal UPM.kesian BOBO.hehe.aku tengok anas dalam gambar tuh sumpah macam ayah orang.takot aku.haha.selamat mengambil degree awal la eak.untunglah dapat hangout dengan budak-2 tuh.jealous menerpa diri ini.heh.mereka ni budak terpilih untuk fast track.program asasi sains pertanian.so,jimat masa.untung mereka.mungkin rezeki aku kat tempat lain.untuk mereka yang nak pergi UTP,selamat berjuang juga:)

baru-2 haritu aku pergi Masjid Shah Alam untuk sambutan tahun baru.aku follow kakak aku pergi rumah dia hari khamis.program tu stat hari isnin,31 dis.memang bosan tahap hmmm lah.duduk terperap dalam bilik.nasib baik aku bawak buku sophie kinsella.baca punya baca,pahamnya sikit je.hari jumaat tu pergi la mydin kat bawah apartment tu.gila punya besar macam giant.maklumla kat pekan mydin tu kecik je.beli la makanan.hari sabtu pergi online kat SEGi college.petang tu pergi sunway pyramid.adoi,aku dah la tak suka jenjalan tanpa arah ni.apa tu orang kata,window shopping?gitu lah gamaknya.jalan-2,tengok orang main ice.aku pun lupe name ape tu.tetibe tengah jenjalan,aku nampak muka sorang ni.lah,adik elfira loy rupanya.namanya taktahu.kenal muka je.okay dah-2.

cerita sambutan tahun baru pulak.



sangat-2 best.alhamdulillah,kami menyambut tahun baru dengan alunan selawat dan asmaul husna dari imam muda najdi.ikrar sebagai pemuda bijak jauhi zina.in shaa allah.ANDA BIJAK JAUHI ZINA!


semua retis kat atas tu ada kecuali heliza helmi.sangat best lah forum malam tu yg bertajuk 'bual bicara cinta anak muda'..panelnya prof mamat,sham kamikaze dan wardina safiyyah.banyak isu yang dibangkitkan dalam forum ini yg dipengerusikan oleh fedtri yahya pasal cinta anak muda sekarang ini.kelakar jugak usikan fedtri yahya.persembahan edcoustic paling best sekali aku rasa walaupun simple.ternampak jugak ally iskandar datang ngan isteri dia.cantik-2!

pagi tahun baru tu kitorang qiamullail yang di imam kan oleh imam muda najdi.merdu suaranya.agak mengantuk jugak la kan.masa dhuha plak kami disinari oleh solat sunat dhuha yg di imamkan oleh imam muda hassan.dia ada bagi sedikit tazkirah juga lah selepas tu.banyak inputnya,masyaALLAH.

penutup pulak ada persembahan UNIC.doa dhuha dan doa rabitah.teringat pula budak-2 kelas.selalu baca doa rabitah sebelum prep.in shaa ALLAH di update pada masa akan datang:)

jom berdoa:)

Ya Allah,engkau mengetahui hati-2 ini.telah berkumpul kerana kasihkanMU,bertemu dan patuh padaMU,bersatu memikul dakwahMU,hati-2 ini telah berjanji setia,mendaulat dan menyokong syariatMU,maka eratkanlah akan ikatannya,kekalkan kemesraan hati ini,tunjukkan ia jalan yang sebenar,limpahkan dengan cahaya RabbaniMU,yang tak pernah padam,dan lapangkan dengan iman.





in shaa allah,11 A+ :D



 
 
Copyright sns-sitinur.blogspot.com :)