Photobucket

January 7, 2013

tahun ini

\ASSALAMUALAIKUM/


alhamdulillah.masih lagi bernafas anda kan?masih ada peluang lagi untuk mengabdikan diri kepadaNYA.masih lagi diberi kesempatan untuk bertaubat kepadaNYA.masih lagi diberi ruang masa untuk menjalani hidup di atas pentas lakonan dunia.masih lagi beriman dan bertaqwa kepada ALLAH dan mentaati perintah rasul dan ALLAH.alhamdulillah.

malam ini baru diberi peluang untuk menaip.orang lain sibuk pasal AJL,pasal nak pilih U mana nanti bila dah online UPU,pasal PLKN.heh,kawan-2 kita ada yang tengah ber-PLKN.selamat la ya kawan.sudah masuk ke tahun 2013.tinggalkan kenangan kita di 2012.

SELAMAT TAHUN  BARU 2013

masih tidak terlambat lagi aku kan.semoga tahun baru menjadi tahun yang dirahmati oleh ALLAH.


 faratika khairi amar fariez raja anas aiman


untuk kawan-2 aku kat UPM ;faratika,khairi,anas...sori lah aku takleh nak join korang masuk awal UPM.kesian BOBO.hehe.aku tengok anas dalam gambar tuh sumpah macam ayah orang.takot aku.haha.selamat mengambil degree awal la eak.untunglah dapat hangout dengan budak-2 tuh.jealous menerpa diri ini.heh.mereka ni budak terpilih untuk fast track.program asasi sains pertanian.so,jimat masa.untung mereka.mungkin rezeki aku kat tempat lain.untuk mereka yang nak pergi UTP,selamat berjuang juga:)

baru-2 haritu aku pergi Masjid Shah Alam untuk sambutan tahun baru.aku follow kakak aku pergi rumah dia hari khamis.program tu stat hari isnin,31 dis.memang bosan tahap hmmm lah.duduk terperap dalam bilik.nasib baik aku bawak buku sophie kinsella.baca punya baca,pahamnya sikit je.hari jumaat tu pergi la mydin kat bawah apartment tu.gila punya besar macam giant.maklumla kat pekan mydin tu kecik je.beli la makanan.hari sabtu pergi online kat SEGi college.petang tu pergi sunway pyramid.adoi,aku dah la tak suka jenjalan tanpa arah ni.apa tu orang kata,window shopping?gitu lah gamaknya.jalan-2,tengok orang main ice.aku pun lupe name ape tu.tetibe tengah jenjalan,aku nampak muka sorang ni.lah,adik elfira loy rupanya.namanya taktahu.kenal muka je.okay dah-2.

cerita sambutan tahun baru pulak.



sangat-2 best.alhamdulillah,kami menyambut tahun baru dengan alunan selawat dan asmaul husna dari imam muda najdi.ikrar sebagai pemuda bijak jauhi zina.in shaa allah.ANDA BIJAK JAUHI ZINA!


semua retis kat atas tu ada kecuali heliza helmi.sangat best lah forum malam tu yg bertajuk 'bual bicara cinta anak muda'..panelnya prof mamat,sham kamikaze dan wardina safiyyah.banyak isu yang dibangkitkan dalam forum ini yg dipengerusikan oleh fedtri yahya pasal cinta anak muda sekarang ini.kelakar jugak usikan fedtri yahya.persembahan edcoustic paling best sekali aku rasa walaupun simple.ternampak jugak ally iskandar datang ngan isteri dia.cantik-2!

pagi tahun baru tu kitorang qiamullail yang di imam kan oleh imam muda najdi.merdu suaranya.agak mengantuk jugak la kan.masa dhuha plak kami disinari oleh solat sunat dhuha yg di imamkan oleh imam muda hassan.dia ada bagi sedikit tazkirah juga lah selepas tu.banyak inputnya,masyaALLAH.

penutup pulak ada persembahan UNIC.doa dhuha dan doa rabitah.teringat pula budak-2 kelas.selalu baca doa rabitah sebelum prep.in shaa ALLAH di update pada masa akan datang:)

jom berdoa:)

Ya Allah,engkau mengetahui hati-2 ini.telah berkumpul kerana kasihkanMU,bertemu dan patuh padaMU,bersatu memikul dakwahMU,hati-2 ini telah berjanji setia,mendaulat dan menyokong syariatMU,maka eratkanlah akan ikatannya,kekalkan kemesraan hati ini,tunjukkan ia jalan yang sebenar,limpahkan dengan cahaya RabbaniMU,yang tak pernah padam,dan lapangkan dengan iman.





in shaa allah,11 A+ :D



 

0 smile (s) here :

 
Copyright sns-sitinur.blogspot.com :)