March 1, 2013

rutin harian di sekolah & asrama #2


rutin hari ini adalah makan.bila cakap pasal makan,rasa macam nak tergelak.ehhee,mungkin sensitif bab makan-2 ni.kalau kat sekolah dulu sehari tu makan lima kali tak silap.memang banyak makan.

sekali makan pagi.sekali makan tengahari.sekali minum petang.sekali makan malam.sekali minum malam.yang makanan beratnya makan tengahari dan malam lah.

kalau kat sekolah makannya kat kantin.keknyee sangat tak suka pergi kantin bila time rehat.bukan tak suka sebenarnya tapi lebih kepada tak minat.dahtu,bila akhir-2 nak habis sekolah mulala berlari-2 anak(ayu gitu) ke kantin.sangat kelakar.

kalau takpun pergi ke KOOP.menghabiskan duit dengan beli yogurt,atleast boleh menguruskan badan.muahaha.nak-2 lagi yang low fat punya.tapi macam tak berkesan.kehkeh.

nak dijadikan cerita budak asramalah,selalunya puasa.makan punya lagi sedap.tapi jangan diutamakan makanan sedap je bila puasa.ibadah tu kena ikhlas.baru berkat.alhamdulillah.

meh kita tengok lak koleksi makanan dalam loker.bersusun semua jenis biskut.ngeh-2.ni kes pasal terover bizi sampai lupa masa nak makan.bila nak makan,dema dah tutup.biskut jadi mangsa.kengkadang buat penghilang ngantuk semasa dalam kelas.nyorok-2 suap dalam mulut.hahaha.

apa-2 pun kita kena bersyukur dengan rezeki depan mata.jangan asyik nak  kompelen saje.memanglah kesihatan kena jaga kan.tapi masa makan tu ingat ke orang yang takdek makanan langsung tu???bersyukur ke tidak kita ni.asyik nak merungut je kan.ingat-2 la sikit ye..
  
 ''Tidak sekali-2 Rasulullah S.A.W mencela makanan.Jika baginda menyukainya,maka Baginda makan.Jika Baginda tidak menggemarinya, maka Baginda tidak makan.'' (HR Bukhari & Muslim)





 

2 smile (s) here :

 
Copyright sns-sitinur.blogspot.com :)