Salam. Memandangkan ramai tengah frasa nak masuk U or Matrik, so aku tinggalkan emel and Ask.fm aku so korang boleh tanya kalau ada keraguan atau persoalan. Insya Allah aku akan tolong jawab termampu yang mungkin. Meh aku bagitau sket latar belakang pendidikan aku so korg macam dapat kos/kursus yang lebih kurang dengan aku ni takdelah ragu sangat kan nak tanya.
fuhh berkobar nak tulis. taktau la nape harini macam so-so je produktiviti diri ini. ceh. dengan minggu depan ada dua test lagi gigih aku duk tulis ni. Semalam baru habis satu test dah. Hm. Minggu depan nak balik untuk midsem lagi,yuhuu. Bunyi macam stress but hari ni aku release kan stress jap. Dengan Apa? haaa, hari ni aku ada jadi volunteer untuk projek astar caring day so that im the member of ASTAR CaRing Team. YEah! Tahun lepas duduk kolej ni tak pernah join pon projek tu, Tahun ni saje la join, dengar kata best kan.
Basically projek ni just macam buat humanity servis la.Dorang sebelum ni ada pernah pergi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pastu pergi rumah orang tua buat aktiviti jugak la. Yang join tu just AJK je lah. So that kali ni buat kat ASTAR/ kolej pertama UM (kolej aku la ==.). Dia minta la bebudak kolej jadi volunteer sebab kitorg akan assist budak-2 yang akan datang. Weee.
Pagi-2 dah start dah program ni tunggu bebudak datang. Budak tu biasanya dorang panggil dari rumah anak yatim, sindrom down etc. Banyak game yang dorang sediakan untuk bebudak tu main. Aku pon heksaited nak main dik oii. Haha.
Jom tengok gambar before bebudak tu datang :
Final briefing dari biro aktiviti
Dalam lapan setengah tu dorang dah start sampai dah. should be 2 volunteers assist one children but at that time i have no partner so that i take one children only hihi. Awal-2 sampai tu dorang amek goodies bag dengan marble robot(mainan budak), aku rasa nak amek satu je bagi adik aku haha. Pastu kena tukar baju yang ada dalam beg tu.
Welcome to ASTAR!
Dik,beratur dik :D
Our maskot, Helang
Outdoor games
Ice breaking session
Kan aku cakap tadi aku amek sorang, kawan aku yang dua orang lagi amek sorang perempuan so aku decide la amek laki. Amek je mana-2 haha. Sekali amek budak tu nama dia fitri adanis (taktau ejaan betul cane), darjah 3. Sama umur ngan adik aku je tapi dia lagi kurus, ko makan ape je dik. adui. hihi
Enjoy the photo, nanti aku update lagi. (kena study weh,no more time)
SALAM ALAIK. Ada lah semalam aku pergi tengok movie. Ha engko,free je pun. Haha. Sebenarnya ada program movie screening or bedah filem basically anjuran KAFA UM. PAda mulanya berat hati sikit sebab takde geng nak pergi. Memasing sibuk dengan hal lain. Aku menguatkan hati jugak la nak pergi (ceh), maka aku pun rempit la ke tempat berkenaam, fakulti sains. tempat kelas elektif aku, Nutrition. Mula-2 sampai dah agak dah mesti tak ramai sebab weekend kan. Aku pun mendaftarlah and masuk dewan kuliah tu. Tunggu dalam limabelas minit and ada ucapan sikit dari pengerusi KAFA (my senior tuh haha). Haa lupa pulak, yang bedah filem tu sebenarnya orang lain tapi masa tu dia tak sampai lagi,otw dari airport sebab baru balik dari tanah merah kelate. Start la cerita tu. Aku taktau pon cerita tu cerita kartun. Mula-mula tengok apahal la pasang cite katun ni. Tak sesuai! HAHA, takdelah,aku tengok je lah sebab dah tayang kan. Nak tau cerita apa? Jeng JEng JEng
Movie UP
Meh aku bagi sinopsis sikit pasal movie ni;
Carl Fredricksen, a 78-year-old balloon salesman, is about to fulfill a lifelong dream. Tying thousands of balloons to his house, he flies away to the South American wilderness. But curmudgeonly Carl's worst nightmare comes true when he discovers a little boy named Russell is a stowaway aboard the balloon-powered house.
Rupanya sedutan dari video ni lah yang ada satu lagu tu buat jap aku google ;
Haha tetiba lagu cinta plak ==.
Sebenarnya tema bedah filem ni pasal humanity. Flow cerita ni awal-awalnya dia cerita la pasal sorang laki ni pastu kawen sampai la tua. Suami isteri ni suka adventure. Ada la dorang berangan nak pergi buat rumah kat waterfall. Pada fikiran aku sumpah mustahil kan (dah nama pun kartun). Last-last daoat jugak. Macammana dia boleh buat rumah dia kat situ, haa, dia tak buat tapi dia bawak rumah dia tu (kartun sangat). Macam-macam hal lah dia kena lalui. Korang kena tengok la cite ni panjang sangat nak tulis ,hehe. Berdasarkan cerita ni pada mulanya aku nak kaitkan lah pasal humanity. Aku tak jumpa pun. Dah akhir-akhir tu baru nampak sikit pasal humanity (mungkin banyak tapi aku je tak nampak).
Kan aku cakap benda ni kita kena bedah filem ni. Yang tukang 'bedah' nya nama diaSyed Azmi Alhabshi, aktivis kemanusiaan. Dia ni rupanya graduan farmasi UKM and sekarang dah 5 tahun jadi lecturer. Dalam hati aku, mungkin ni lah hikmah aku datang sini,inspired jap nak habiskan kos pamasi ni hmpphh! Dia ni kiranya macam suka buat kerja amal la. Alhamdulillah jumpa gak aku ahli farmasi macam ni. Speaking dia fluent sangat sampai dia cakap dia akan cuba cakap BM(nampak tak). Aku listkan sedikit sebanyak ibrah(pengajaran/opinion) dari filem ni;
you can loss everything that you worked for it: mungkin kita sekarang ni bekerja kuat sangat untuk dapatkan sesuatu tapi tak siapa tahu kau boleh hilang benda yang kau dapat tu sekelip mata,so appreciate it selagi ia ada.
it's not true kalau kau kerja kuat kau dapat segala yang kau nak : tak semestinya sebabnya mungkin apa yang kau nak nak tu tak baik untuk kau.
pertemuan adalah dugaan: yup i totally agree with this. seseorang yang hadir dalam hidup kita mesti ada something yang priceless or we can learn from it. Tak kisah lah dia buat baik or buat jahat kat kau. Dia datang kat kita utuk kita bantu dia, bukan untuk diri kita. So, fikirkan perasaan dia.
Dare to fail and brave: berani untuk buat sesuatu walaupun it seem impossible. Kegagalan adalah permulaan kejayaan,you know that rite.
Appeciate the nature : actually nowadays we overconsume the nature until there is no balance between the supply and consume. Dia ada cerita yang kawan dia sampao buat talk pasal burger yang best sangat berharga RM84.00. Dia cakap la, ko nak dapatkan kepuasan burger tu sampai bayar mahal-2 tapi dia just spend RM 2.00 untuk makan burger Ramly je contohnya la. Padahal duit selebihnya tu boleh la buat makan bagi homeless people. Aku sangat sangat setuju bab ni. Tapi aku sentap kejap la sebab aku tak spend money aku dengan betul sangat pon (heh). Contohnya lagi orang nak sangat macbook air padahal laptop lain berkualiti juga. Apa yang nak di tekankan kat sini adalah pasal jangan jadi gila benda sangat (kebendaan/duniawi).
Thats all kot apa yang dia bincangkan. Ada lagi dia pesan pada kitorg yang student untuk buat sedekah yang ramai student tak buat iaitu; spend money wisely, manage time properly, seek knowledge eagerly, make du'a frequently regardless the place. Ko takpayah la kot kata nak humanity sangat smpai nak gi Gaza, Syria tapi berdoa malas. Padahal doa tu lah paling makbul sekali sebagai penuntu ilmu. Kat mana-mana je boleh berdoa (kecuali tandas la kot) sebabnya doa ni senjata kita sebagai orang mukmin.
Last but not least, show your humanism by showing that your religion is the best!
Assalam. Fuhh fuhh tiup habuk kat blog. Haha. 2016 dah weh. Amacam tahun 2015 anda? ^^ Lama dah tak menulis ni. Sungguh, banyak yang draft tu just tunggu untuk nak edit and publish je. 11 Jan lepas paper last untuk sem 3. Entahlah. Sekejap je rasa walaupun nak melalui paper last tu macam apa dah. Sebabnya mostly kos lain dah habis. Stress gak la dengan last paper tu 3 credit hour. Dengan time on that day just beberapa kos je yang terlibat untuk paper last. Urggh. Apapun alhamdulillah dah berjaya mengharungi semuanya. Harapnya okaylah sem 3 ni hihuhu. Baru je berapa hari cuti aku rasa bosan dah. Habis semua media sosial aku pergi. Aku bersosial secara silent reader tau. hahah. Sampai aku dah buat blog kedua dah (try la cari :p). Bukan apa, semangat menaip aku berkobar kobar dari tengah sem dulu dah tapi takde maknanya aku nak menaip dengan jadual pack tu. Then bila dah habis ni aku bukak blog ni stalk diri sendiri dan aku sengih sengsorang. Apsal la blog ni macam ni ? Mungkin faktor umur aku yang makin meningkat ni menyebabkan pemikiran aku makin matang huhuh. Yela,pehal nak pink pink bagai enn. Bukan salah pink tu. Tapi sebenarnya yang decoration blog ni yang berzaman dulu. Time zaman zaman pmr spm tuh. Aduhai, nampak tak punya takde masa aku nak ubah semua benda html ni. Rindu pulak nak edit edit and belajar tutorial. Atas faktor tersebut la aku memaksa untuk buat blog baru yang mungkin lebih matang pada pandangan aku. Hahah. (Ya allah, cramp kejap tangan aku taip sebab guna phone ==') Aku banyak je nak cerita tapi takkan nak sumbat dalam satu post kot kan. Just yang latestnya( apehal bahasa rojak ni adui maafin buk), semalam. Semalam ada la anak jiran aku ni darjah 5. Datang mintak tolong ajarkan sains. Aku on je dah bebosan duk rumah ni kan. At first aku tengok soalan tanya apa ntah aku lupa hehe. Aku syok jugak buat sains ni pastu duk mengimbau zaman sekolah rendah dulu, sekolah yang sama dengan budak tu. Jap, sebelum tu aku nak cakap pasal soalan sains tu. Ada dia tanya apa kaitan ruang dan masa dalam situasi ni. Aku ni mulalah. Aku dah lah kena ajar budak tu kan. Okay. Aku assume dia macam hipotesis. Semakin bertambah ruang semakin bertambah masa. Haa macam tu kot. Masa tu terdetik hati ni nak cek jawapan belakang takut salah aku bagi jawapan kat anak orang malu plak aku. Hahah. Dah beberapa muka surat dia buat aku pon pergi lah tengok jawapan kat belakang sebabnya soalan yang sama keluar. Aku pon pelik la. Takkan la macam tu je jawapan tu. Pergi cek rupanya kena kaitkan yang manipulasi n gerak balas situasi tu. Hmm. Malu jap kat budak tu. Yelah, kita ni dah belajar kira macam advance sangat padahal benda tu basic je. Time tu lah aku rasa rindu sangat belajar masa sekolah rendah. Aku tanya dia sapa ajar science. Dia kata cikgu nadzmi. Aku agak dah. Cikgu tu jugak yang ajar aku time aku sekolah dulu. Aku ingat lagi dia mengajar sangat tegas tapi baik. Then teringat lagi buat eksperimen pasal daun tak dapat cahaya matahari (kot). Sebabnya kitorg sama sama petik daun kat luar dan letakkan dalam buku. Maknanya daun tu tak dapat cahaya matahari lah kan. Huhu. Time tu aku dapat mengimbau kenangan sains je sebab aku duk fokus ajar budak tu tak sempat nak mengimbau yang lain. Ahaha. Okaylah. Yang tu je aku larat nak taip. Nanti aku tulis banyak lagi. Eh lupa plak nak cakap selamat tahun baru. Aku tak pernah ada azam sebenaqnya. So tahun ni azam aku adalah untuk ada azam. OMG dah tercapai.---quote from matluthfi. Salam.
ASSALAMUALAIKUM. setelah sekian lama tak update blog. Setahun lebih rasanya. haishh. Sekarang dah dah habis pun PASUM tapi nak share lah juga pengalaman interview sebelum masuk PASUM. Alah,yang korang isi UPU then ada certain kos and U yang kena hadapi interview dulu. Untuk yang PASUM ni,eh tau ke PASUM tu apa? PASUM stands for Pusat Asasi Sains Universiti Malaya. Biasanya untuk lepasan SPM yang isi UPU kalau nak dapat PASUM, kena buat first choice lah kat UPU tu. Ini adalah disebabkan Universiti ni demand sikit eh bukan,dia kan Universiti terunggul di Malaysia (eceh).
Biasanya lepas dua minggu adik-2 apply UPU, dia akan umumkan bila nak cek untuk interview. Untuk pengetahuan batch kami (batch 37) adalah batch pertama yang ditemuduga untuk kemasukan PASUM sesi 2013/2014. So, tak dapatlah nak tanya mana-2 senior soalan yang di jangkakan keluar. Hahah.
Macam biasalah kena la tanya Pakcik Google soalan-2 lazim untuk temuduga ni. Interview ni tak silap la dia buat kat setiap zon. Mula-2 aku dapat tempat IV kat UM Nilam Puri kat Kelantan . Ada juga kat selatan,tengah dan Sabah Sarawak. Tapi aku minta tukar ke UMKL sebab lagi dekat berbanding Kelantan kalau nak pergi.
Seingat aku, aku dapat interview hari Selasa. Sesi IV ni dia buat dalam beberapa hari. Aku datang awal masa tu sebab dapat sesi awal. Malam sebelum tu dah round dah UM, cari tempat nak attend IV. kat surat tawaran dia tulis Auditorium Kompleks PASUM (lebih kurang camtu). First time aku round UM, Ya Allah besar amat. Padahal PASUM punya building secoet je kat situ. Yang lain-2 semua fakulti-2 budak degree. okay sambung--
Hari IV tu memang sesak gila nak masuk kompleks PASUM tu tapi Alhamdulillah la dapat tempat parking yang strategik. Outfit of the day ialah baju kurung kuning. Nak bagi tips tentang pemakaian. Pakai lah baju yang formal dan sopan untuk temuduga ni walaupun untuk asasi je tapi kena biasakanlah sebab lepas ni banyak lagi korang kena attend IV.
Sebelum masuk ke Audi tu ada kena cek dulu group and time to be interviewed. Seingat aku, aku dapat dalam 10.30 camtu. Awal jugaklah. Masuk je Audi,fuhhh bapak segala ekon (aircond) ke apa dia pasang. Terbang-merbang kain. Haha.First Impression, besaq gila bakhang Audi ni. Aku tak terfikir pula kuliah sebenarnya belajar kat situ. Kerusi semuanya pink. Dah masuk pulak kena sign then kena amek borang kuning. Aku pon amek port tempat duduk. Ramai ohh dalam tu. Baru pukul 8.00 taksilap aku time tu. Semuanya eksaited nak kena IV.
Tunggu punya tunggu tibalah nama aku dipanggil,sekali dengan budak group. Yeah,IV ini di buat berkumpulan. There's pros and cons. Tunggulah kat luar bilik untuk di IV. Dah boleh kenal la sape bebudak group kita masa tu. Then,aku kenal-2 la dengan mereka. Al-kisahnya terjumpa budak yang pernah masuk sekolah aku dulu tapi sekejap je pastu dia keluar. Ehehe. Yang di jadikan cerita semuanya dari Pahang tapi sorang je dari KL. Tung tang tung tang borak-2 cuak sebelum masuk IV.
*****************************
Dah masuk tu ( dalam 5 orang kot,tak ingat sudah ==') kitorang pun duduk. Introduce yourself one by one. Seingat aku ada dalam 3 orang IVer. Dan dan dan rupanya salah sorang tu lecturer fizik aku masa sem 2 (sebab tulis ni lepas habis asasi enn ahah) . Then, soalan tu dia bagi situation ada macam dapat duit la. Then korang kena bagi solution untuk buat apa. Ada la dia bagi 3 jawapan and pilih jawapan tu. Ini kena bincang ngan rakan dalam tu untuk dapat persefahaman. Oh lupa, masa lepas kena introduce tu IVer tu tanya la kenapa nak masuk UM. Prepare lah jawapan korang siap-2 ye. Be kretip gituh. Lebih kurang 20 minit kot. Then, dengan leganya keluarlah dari bilik tu.Fuhh,habis. IV asasi je pon, kah. Aku jumpa la ayah aku dengan kakak aku lepas tu. Kitorang nak gerak gi PWTC sebab masa tu ada pesta buku. Lepas tu terus balik naik bas sebab ayah aku ada kursus kat Genting Highlands. Huu. Okay,hopefully korang dapat la sedikit sebanyak input dari entri ni. Sumpah weh berzaman aku tinggalkan draft menda ni tak sempat nak post. Dan actually aku sekarang dah masuk tahun dua untuk degree. Haa, nak tau kat mana aku sambung belajar, tunggu next entri yang taktau bila nak keluar. Nanti aku share pulak IV untuk masuk degree plak lepas PASUM dulu, okay? Assalamualaikum!
ASSALAM. Lamanya tak update kat blog ni. Berhabuk bersawang semua ada. Haha. Aku menulis ni sebenarnya ada tujuan. Nak review something kat korang yang tak kisah la korang ada smartphone ke tidak yang pastinya ada pasti teruja dengan apa yang mereka bisneskan :D REVIEW :
So yeah,ini .
dia instagram basyeer hulala pemilik Hulala Shop. Nak follow kat insta?? Jap ehh, meh aku kasi review sikit berkenaan dengan Hulala Shop ni. First time aku boleh follow aku lupa bila tapi dah lama dah.. Tengok dia punya insta mak aaiii rambang mata nak beli mana satu. Tapi, sedihnya aku sampai sekarang tak beli apa-2 pun barang dorg sebabnya aku nak kumpul duit sendiri dulu,taknak pinjam mak bapak.. Haha. Hanya double tap dua kali je kat gambar tu. Nak tahu apa yang mereka jual?
Korang boleh tengok sendiri kat insta ni, Hulala Shop ni ada jual ;
Phone - iPhone,Nokia jenis lama pun ada yang jenis campak kat kucing konpem anjing tu pengsan dulu. Yang aku perasan banyak yg secondhand tpi mesti laa masih power lagi!
uihh takpenah aku jumpa yg ni
Casing Phone-haa yg ni buat aku tak kelip mata kejap sebabnya casing yang dia jual bukannya yg bersepah kat Masjid jamek(eh,sorry) tapi jenis yg waterproof,yang gorgeous punya, yang harga berpatutan punyalah! iPhone ada, note 2&3 ada, S3 and S4 ada. Yang jeins S4&S3 mini pon ada. Belilah yg waterpfoof terus senang sebabnya takkan korg nak balut ngan plastik je kan phone tu bila gi mandi kat swimming pool pastu acah-2 amek gambar dalam air (ngehehe). Last-2 kena beli phone lain sebab masuk air. Paling senang, macam-2casing ada!!
Monopod- kau tengok bermacam jenis dah monopod dorg ada jual. taknak ke satu?? Lenguh tangan duk pegang phone amek gambar reramai pastu tgok balik gambar tu penuh dengan muka kau sorg je. Haaha. tetiba aku takpaham apa beza semua tu?? takpe,asalkan namanya ada pod kat blakang tu. Huhu. Erm, jenis shuttle taksilap ada jugaaa.
POWERBANK- kau boleh agak tak mendape yg gambar tu pada first impression kau laaa. Ni aku dah tulis mesti la tau ape kan =='. Haaa, ni ha powerbank,zaman sekarang bukan lah soket yg pakai nak jumpa bila nak cas phone tapi kita-2 ni setiap hari sibuk. Cuma la beli satu kat sini,cantik pun cantik, nak kata mahal pun tidak. Beli je satu,senang hidup dan phone korang mesti sentiasa ada bateri huhuu. Bagi aku yang powerbank chanel tu stail tpi yg macam tong gas tu lagi lah. Kalau orang lain tengok mesti orang tak dapat agak mendape tu. Insya allah selamat power bank korg. Hahaha
Kamera- jangan ingat dengan setakat guna phone kamera korang punya gambar cantik. Ahaha, Apatah lagi kalau korang ni nak bajet jadi photographer, mestilah kena ada DSLR(aku taktau nama panjang dia apa) satu. Agak-2 kerja 3 bulan cukup kot duit nak beli. Kamera ala-2 GoPro pon ada dia jual. Harga berpatutan tu. ape tu orang cakap, Affordable.
Headphone- time nak study mesti lah nak kan ketenangan dah ketenangan tu berganda bila korang pasang muzik kegemaran korang yang melembutkan hati,melapangkan minda(eceh) tapi bila pasang je kat laptop or phone je guna speaker cam tkbest je. Cuba dapatkan satu headphone ni konfem kalau ribut pon takdengar. Yang jenis lain pon ada kat Hulala Shop kalau korang takberkenan ngan yang ni. Hidup akan lebih bermakna lepas ni dan korang mesti takkan kasi sapa-2 pinjam. HAhaha
Rasannya setakat tu je yg aku dapat review kan kat korang. HAAAAA, jangan lupa follow ;
Untuk mendapatkan pelbagai gadjet-2 terkini serta aksesori phone juga.. Eh lupa,speaker yg ada lampu warna-warni ada juga :P
Taksilap aku macam-2 lagi Hulala Shop ni jual tapi mungkin aku takperasan.
Korang kena la follow insta dia ni dulu then usha-2 lah apa yg ada kat situ. Aku harap Hulala Shop akan terus berbisnes dengan jayana walaupun aku takpernah beli apa-2 pun kat situ dan insha Allah akan beli untuk support lagi dorang punya bisnes. Semoga bisnes di Hulala Shop akan mendapat lebih lagi sambutan serta mendapat keredhaan dan keberkatan dan taklupa juga rezeki yang melimpah.
Assalam.sekian lama menunggu hadiah dari seseorang,rupanya hari ini telah sampai.hahah.hadiah tu dari sorang blogger.nape aku dapatkan?sebabnya aku ada join satu gieaway dia.menanglah giveaway tu.siap dapat hadiah esklusif lagi kau.hahah.hadiahnya ialah necklace hello kitty.waalaaweeh.
besar sampul dia tapi bila pegang nipis je.aku pun hairan,hadiah patutnya kecik je kan. rupa-rupanya dalam tu ada sampul kecil yang comel :)
abaikan jari telunjuk ku.hehe.comelkan akak yang lukis tuh.
tengok dalam sampul putih tu ada ni,hailaaa.sangat comel maa. inilah aku first time dapat rantai.hahahahaks :P
terpegun tengok rantai ni.aku suka buat hiasan benda-benda cenggini.lagipun kalau pakai pun memang aku alergik habis lah.cincin dan gelang apatah lagi.tadi pun cuba pakai sekejap,berapa minit lepas tu mula dah alergik kegatalan dia.haahaah.
terima kasih kepada kak dear xila kerana buat giveaway tersebut dan kepada sponsor necklace hello kitty ini:))
di sebabkan aku anak Pahang,aku pergilah minta pinjaman pendidikan dari yayasan Pahang.hanya meminta tapi taktahu lagi untuk kos apa.pada suatu hari...dapatlah mesej dari YP katanya kena pergi interview untuk pinjaman Ijazah Perbankan Islam dan Ekonomi pada 25 april 2013.wuahha,memang terbaik kan.sehari selepas aku IV JPA.
kenapa dapat untuk Perbankan Islam?sebabnya masa isi borang tu dia ada tawarkan untuk tiga negara iaitu Mesir, Jordan dan Morocco.aku dah lah taktahu mana satu nak pilih dan kos apa yang dia tawarkan.jadinya,aku tinggalkan kosong je la kat situ.haha.ada satu hari selepas aku hantar borang permohonan,ada orang telefon.dia tanya nak amek yang mana.dia sarankan Jordan.aku tanyalah untuk kos apa ye?dia cakap perbankan islam,dalam fikiranku,ni mesti yang IKIP punya program tuh.aku tanya dia lagi,yang mesir tu untuk apa?dia cakap MEDIC.heh,aku memang 'minat' la medic.takdelah,medic adalah bukan sasaranku walaupun mak ayah suruh.Allahu,jangan lah jadikan aku anak derhaka.aku cakap je la yang Jordan tuh.hehe.
sepertimana yanng kukatakan tadi interview tu hari Khamis/25 April.aku pun pergilah menumpang Husna Amalia dan Anis Amira.seawal 7 pagi bertolak dan sampai dalam 8.30 la.dah ramai dah woihh.pergi masuk bilik sembilan dan daftar.jumpalah kengkawan.memang ramai.huahhaa.best la jugak sebabnya jumpa ramai kawan baru.dia divide 3 bilik untuk 3 kos.medic-mesir,Jordan-Perbankan Islam dan Morocco-Pengajian Islam.yeyehh,memang ramai lepasan kuliah.lebih tua setahun la dari lepasan SPM.hehheh.
untuk sesi IV dia panggil ikut nama rupanya.nama aku dah lah bermula dengan huruf S.memang last laaa.beborak lah dulu.tanya-2 kawan yang dah kena IV.tunggu la nama aku ni bila la nak di panggil.dah 12.30 dah ni.perut buat konsert lagu apa taktahu.nasib aku bawak bekal jemput air tangan mak aku buat alas perut.sempat lagi aku tidur masa tu.haha.okay,aku memang konpem 120% kumpulan last sebabnya tinggal lagi 6 orang.yang untuk kos lain tu ada tinggal sikit-2 lagi.ngeh.
okay,sampai masanya dipanggil.masuk ke dalam bilik.ada 2 orang panel.seorang lelaki dan seorang perempuan.yeeyeeh!!!*dah tetiba*haha.mula-2 tu dia tanya la biodata semua berdasarkan apa yang kami lampirkan bersama borang permohonan dulu.
lepas tuu,yang perempuan tu(kuat betul slang english dia) tanya dalam bahasa inggeris tapi dia suh jawab arab.amenda ntah soalan pertama dia tapi di sebabkan ramai yang tak jawab(hehe,lama dah tinggalkan arab,jahatnya!!).soalan seterusnya "it's a simple question,what do you see from the window behind you".muahahaha,memangla senang kalau jawab BI/BM tapi dia nak arab.aku pun jawab dengan kelakarnya,"unazzimu as-sajarah jamilah".haha,ayat cam kopipes dari orang sebelah aku je.dah aku tatau nak jawab pe,kahkah.lepastu dia bagi nasihat la,aku translate yeee,kalau nak duk Jordan kena la pandai cakap arab....bla...blaa(lupa dah).hehe
habis yang tu,dia tanya dalam inggeris jugak tapi depend on kita nak jawab BI/BM.dia tanya "how science and technology can generate the economy in Pahang"..aku pung jawab lah dengan adanya ICAM.cecewah.haha.tiba-2 ada sub soalan la pulak dan aku maleyh jawab.ahaha.lama jugak dalam tu tapi duk senyap je semua orang.hehe.dah habis tu keluar laa..done with the IV.
sebelum masuk bilik yang kat dalam dewan tu berialah cari pasal muamalat memandangkan kami ni bakal mengambil kos Perbankan Islam.dah,perbankan islam pun aku tatau acano tuh?teruk aok.tapi yang belajar dalam Pendidikan Syariah Islamiah tu tau lah sikit-2 pasal muamalat.macam-2 nama ada:mudarabah,syarikat,...........(lupa lagi). (y)
lepas tu balik la dengan ayah Husna Amalia.dalam kereta tu Husna pasang CD hafiz hamidun dan lagu tuh aku tak pernah dengar sebelum ni.aku pun cari lah kat youtube dan jumpalah lagu tersebut.sodap giloos ekau den kabo.hehe.jom dengar....