Photobucket

December 7, 2012

SPM 2012 is OFFICIALLY OVER

Assalamualaikum warahmatullah.

ok.apa khabar anda-2 sekalian dan follower yang tk seberapa ramai *lap air mata  .ud'ulakum bitaufik wannajah fi kulli sannah wa kullu 'am wa antum bikhoir.hal antum tafhum?ahh,kesah lah.jadi anda sila duduk diam-2 atas kerusi.fokus...fokus kan hati jiwa dan qalbu anda sebab saya mahu menyatakan bahawa saya SUDAH TAMAT ZAMAN PERSEKOLAHAN.*ceh,tu je ke??rilek-2.hati dah berbunga-2 dan burung-2 berterbangan kat udara tuh.tak nampak?pergi luar tingkap sana la kak oi.ok stop.amacam kalian punya SPM?mesti hebak kang?bukan macam aku nih.meh sini awak-2 semua dengar cerita aku.*hekss T.T

seminggu sebelum SPM aku kelihatan macam rilek je.taktau nak stadi ape.tapi bila hari jumaat tu mulalah nak amek buku komsas yang tebal dan yang hujung tahun 2011 ckgu suruh buat tu,ingat tak?hehe.then,ade yang kasi skop.nak caye ke tak,nak caye ke tak?aku pun usha-2 gak skop tuh sebabnya cikgu kata jangan caya sangat.stadi-2 la macam biasa.cuak?mesti la cuak.hari sabtu sebelum SPM da sixers buat sesi bersalam-salaman.bengkak mata aku,sedih apa taktahu.sesi bermaaf-maafan antara kami.ade gak tengok budak laki lap-2 air mata.biasalah tu,budak nak insaf.pastu,kami pergi ke dewan gemilang untuk membaca surah yaasin sebagai perlindungan bagi kami untuk menjawab soalan periksa.in syaa Allah dipermudahkan.




on the first day,berdebar-2 bila ckgu syuk bg tips-2.rasa takleh pkir dah.padahal BM je kan.taktau la haritu berdebar gila.baca sana baca sini tak masuk jugak.aisk,cuak2.sebelum masuk dewan tuh memang dah langkah kaki kanan.tengok atas meja ada buku jawapan.mak ehh,SPM 2012 dah ke.cepatnya.takcaye pon ade.papepun,kena jawablah jugak kan.

  • Bahasa melayu (5/11/12) 

  • Bahasa inggeris (6/11/12) 

  • Sejarah (7/11/12) 

  • Math Mode (8/11/12) 

  • Pendidikan Syariah Islamiah (19/11/12)

  • Add math (20/11/12)

  • Physics (21/11/12) 

  • Chemistry (26/11/12)

  • Biologi (27/11/12) 

  • Bahasa arab (3/12/12) 

  • Pendidikan al-quran dan as-sunnah (5/12/12) 







alhamdulillah,tepat jam 4.30 ptg 5 disember 2012,tamatlah peperiksaan SPM 2012 bagi budak sains agama.serius,memang takrase pape sebabnya kteorang je dalam dewan tuh.masa budak sains tulen habis last paper diorang,rase gak berdebar ngan sakit hati.haha.mereka dah la buat aksi-2 yang menggangu emosi kami.apentah.teringat plak ketua pengawas kat depan tu cakap.keluar-2 depan ustaz ikram dah tunggu.malaslah nak check.section a PQS aku jawab macam ape ntah.enough.menda semua tu kan dah lepas.jangan dikenang.haha.sekarang ni hanya mampu berdoa supaya dapat pemeriksa yang baik hati dan senang nak bagi markah terutamanya bagi calon CP015A055.amin.



bagi lepasan SPM 2012.ingat,ini baru permulaan kehidupan kita.dulu-2 ada cikgu,warden and kawan-2 jagakan kita.kalau mak ayah itu memang sentiasa.ilmu bukan dituntut di sekolah sahaja malahan dimana-2 sahaja kita berada.ingat lagi soalan pqs,allah menghilangkan ilmu dengan mematikan ulama'.so,kita lah kena berusaha menuntut ilmu tersebut supaya ia tidak hilang.lepas ni,bawa hala tuju masing-2.doakan batch 95 terutamanya the sixers mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2012.In shaa Allah.

lastly,aku akan sentiasa merindui InStar,budak dorm siti khadijah,budak-2 kelas aku since aku form 1 hinggalah kini,guru-2 yang telah banyak berkorban untuk kami, dan semualah yang aku kenal kat sekolah tuh.untuk budak-2 f4 2011,jangan lupa untuk revise korang punya subjek yang tertinggal.sekejap je masa tu dik.manfaatkan. |janganjadimacamaku| :3


verily,the help of Allah is always near


truly,






0 smile (s) here :

 
Copyright sns-sitinur.blogspot.com :)